Selasa, 9 Jun 2015

[SUKAN] LAGI PANAS!!! Syukur, Bukan Zamri Baba... Saksikan Video M. Fadly Immamuddin Dirempuh Pelumba Thailand Dari Belakang... #suaramelayubaru

Alhamdulillah, bukan Zamri Baba yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku selepas garisan penamat, tetapi pelumba tuan rumah, M. Fadly Immamuddin..

Namun, aku tetap bersimpati dan mengucapkan takziah kepada M. Fadly, keluarga dan seluruh peminat serta rakyat Indonesia keseluruhannya di atas kemalangan tragis yang telah menimpa M. Fadly...


Sebelum itu, aku mengambil kesempatan memohon maaf kepada Zamri, ahli keluarga, para peminat sukan permotoran dan seluruh rakyat Malaysia di atas ralat laporan yang disampaikan dalam posting sebelum ini... untuk makluman, pembetulan pada posting sebelum ini telah dibuat...

Jom kita tengok dulu video kemalangan ngeri yang melibatkan M. Fadly dan pelumba dari Thailand...



Kemalangan ini berlaku sebaik sahaja M Fadly tiba di garisan penamat... Fadly yang ketika itu meraikan kejayaannya bersama penonton tuan rumah tidak menyedari seorang lagi pelumba dari Thailand sedang menghampirinya dari belakang..


Pada ketika itu, kedudukan kaki M. Fadly sedikit terbuka... pelumba Thailand cuba mencelah dari belakang dalam keadaan sangat laju manakala Fadly sudah pun memperlahankan motorsikalnya...


Pelumba Thailand tidak sempat mencelah lalu merempuh kaki M. Fadly dari belakang... dikhuatiri, kaki kiri M. Fadly mengalami kecederaan parah...

Pihak hospital sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik di atas kecederaan yang dialami M. Fadly... namun sehingga kini tidak ada pihak yang tampil menerangkan situasi terkini termasuk masa depan M. Fadly dalam sukan permotoran ini...


Sementara itu, berdasarkan laporan terkini keadaan pelumba negara, Zamri Baba, keadaannya masih belum ada sebarang perubahan besar... Zamri masih berada di dalam keadaan koma dan diberi perhatian rapi oleh pakar-pakar perubatan...

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan kepada kedua-dua pelumba ini dan berharap agar Zamri dan M. Fadly dapat kembali pulih seperti sediakala... InsyaAllah...

Jom saksikan video kemalangan tragis melibatkan pelumba negara, Zamri Baba dalam perlumbaan pusingan ke-2 Kejuaraan FIM (ARRC) 2015 di Litar Sentul, Indonesia... (Klik Sini)
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE