Rabu, 17 Jun 2015

[SUKAN] KESIAN!!! Gambar Malaysia Vs Algeria... Malaysia Menang Final Ragbi Tapi Kalah Bertumbuk... #suaramelayubaru

Huhuhu... ingatkan permainan ragbi tu pun sudah dianggap satu sukan yang ganas, rupa-rupanya masih ada lagi yang lebih ganas dalam permainan yang dah dianggap ganas...


Perlawanan akhir antara pasukan Malaysia menentang Algeria dicemari dengan insiden pergaduhan di minit2 akhir perlawanan... pertandingan merebut Piala Cresent di Padang Politeknik Merlimau bermula rancak dengan masing-masing berbalas serangan...

Sehinggalah di babak akhir perlawanan, pemain Algeria dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah... pada ketika itu Malaysia sedang mendahului dengan 19-11...

Pemain Algeria mula bertindak kasar ke atas pemain Malaysia dan memprotes keputusan pengadil hingga akhirnya berlaku pergelutan di antara kedua pasukan... 

Jom saksikan gambar...








Tamat perlawanan, seramai 12 orang pemain terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan akibat pergaduhan...

2 orang pemain Malaysia mengalami kecederaan agak serius yang mana salah seorang daripadanya patah jari tangan... pemain Algeria juga turut menyerang tempat duduk VIP dan beberapa penyokong turut terlibat...

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku ini...






Walau bagaimanapun, pasukan Malaysia tetap dinobatkan sebagai juara Piala Cresent ini dengan keputusan 19-11, walaupun masih berbaki 2 minit perlawanan...

Sebenarnya, sukan ragbi bukanlah sukan yang ganas seperti kebanyakan orang gambarkan... aku sendiri pernah bermain sukan ragbi sehingga peringkat mewakili negeri Kedah sewaktu zaman persekolahan dulu...

Ia merupakan satu sukan yang lasak dan dapat membentuk tubuh yang tegap... malah permainannya juga memerlukan persefahaman yang erat dalam pasukan serta penuh dengan strategi dan kebijaksanaan serta kepantasan berfikir untuk membuat keputusan...

Tapi, apabila sukan yang sihat ini dimainkan dengan nafsu, bukan dengan minda maka akan berlakulah perkara tidak diingini... ragbi akan menjadi sangat menarik jika semua pihak mengikut peraturan dan sistem yang telah ditetapkan...
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE