Jumaat, 12 Jun 2015

[SUKAN] HAMPEH!!! 0.00 Point Je Yang Termampu? Jom Saksikan Video Aksi "Hebat" Penerjun Filipina... #suaramelayubaru

Asalnya nak beraksi dengan penuh semangat, alih-alih jadi bahan kelakar pula... mushkil juga aku, takkan ini je standard yang ditunjukkan oleh atlet dalam temasya sukan sebesar Sukan Sea...


Jom saksikan video rakaman aksi penerjun dari Filipina...




Kegagalan David Pahoyo kemudiannya dituruti oleh seorang lagi rakannya yang juga dari Filipina, Fabrigas...


Kedua-dua penerjun ini hanya mampu memperolehi 0.00 point... 

Video aksi mereka menjadi viral di kalangan pelayar internet khususnya FB... 


Reaksi kepada kegagalan mereka, Pahoyo walaupun terpaksa menanggung malu namun masih mampu tersenyum kerana baginya, bukan senang dapat mewakili negara dalam temasya Sukan Sea...

Bagi aku, dari satu sudut, mereka memang sudah melakukan yang terbaik cuma mungkin nasib tidak menyebelahi mereka... jadi, jika dinilai secara keseluruhan tidak wajar para juri memberi 0.00 point... adakah aksi sewaktu landing itu mempengaruhi keseluruhan point? Bagaimana pula dengan aksi awal sewaktu melakukan sommersoult? 

Apapun, pastinya juri mempunyai alasan mereka tersendiri...


Begitu juga respon yang diberikan oleh rakan Pahoyo... kononnya aksinya itu disebabkan tidak mahu melihat rakannya mendapat malu seorang diri...

Dari satu sudut lagi, bagi aku standard Sukan sea perlu dititik beratkan... kita tidak mahu penyertaan atlit hanya sekadar tangkap muat sahaja... lebih baik jangan sertai lagi jika masih gagal mencapai standard tertentu... banyak lagi cara atau event boleh disertai jika alasan mencari pengalaman diberi... kerana ini sukan sea, sukan yang dianggap berprestij di rantau Asia Tenggara...

Jika ini sahaja standard yang ditunjukkan oleh atlit Sukan Sea, Maka pingat yang dimenangi oleh atlit lain boleh dipertikai kualitinya...
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE