Rabu, 3 Jun 2015

[POLITIK] TERKINI !!! Penyandang Kecundang Ditendang... Kemenangan Nik Abduh Petanda Kebangkitan Golongan Ulama PAS... #suaramelayubaru

Sah dan sahih... Suhaizan selaku penyandang Ketua Pemuda Pas Pusat telah 'torenjit' di tangan pencabarnya Ustaz Nik Abduh...

Bukan setakat itu sahaja, hampir kesemua calon yang bertanding yang mewakili team pro ulama telah berjaya mendapat tempat dalam kepimpinan Pemuda Pas Pusat bagi penggal yang baru ini...


Ketua Pemuda Pas yang baru, Ustaz Nik Abduh yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berjaya memperolehi sebanyak 429 undi berbanding Saudara Suhaizan yang hanya mendapat 263 undi...

Bagi kerusi Timbalan Ketua Pemuda Pas pula, anak kepada Presiden Pas yang juga merupakan penyandang kerusi ini, Ustaz Mohd Khalil berjaya mempertahankan kerusi setelah memperolehi 436 undi... beliau menewaskan pencabarnya dari team Suhaizan, Saudara Raja Ahmad Iskandar yang hanya mendapat 257 undi...


Sementara itu, satu usul penting telah dibentang dan mendapat sokongan dari perwakilan Pemuda Pas, usul melibatkan hubungan Pas dengan rakan Pakatan Rakyat... Dewan Pemuda Pas bersetuju agar Pas menamatkan hubungan dengan DAP, tetapi dalam masa yang sama mahu hubungan dengan Pakatan Rakyat diteruskan...

Ini susulan daripada perkembangan isu melibatkan konflik antara Pas dan Dap yang dilihat semakin bergoncang akhir-akhir ini khususnya menyentuh isu pelaksanaan hudud...

Sebenaqnya aku pun tak paham apa yg dimaksudkan dengan menamatkan hubungan dengan Dap tapi teruskan hubungan dgn Pr... adakah ini bermaksud hubungan Pas hanya dengan Pkr sahaja atau dalam Dap pun sebenarnya ada kumpulan yang pro bekerjasama dengan Pas?


Apapun, aku mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Khalil serta seluruh jawatankuasa baru kerana berjaya dipilih menerajui kepimpinan Pemuda Pas...

Aku percaya keputusan pemiliham Pemuda Pas ini pastinya memberi petanda dan akan mempengaruhi keputusan pemilihan jawatankuasa PAS Pusat kelak... 
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE