Selasa, 16 Jun 2015

[POLITIK] SAH!!! Mazlan Surrender... Jom Tengok Sapa Di Kalangan Pesuruhjaya PAS Negeri Yang Bukan Dari Team Ulama... #BersamaSabah #suaramelayubaru

Sah... Mazlan Aliman letak jawatan daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat... keputusan ini sekaligus menamatkan spekulasi berkenaan kedudukan Mazlan dalam PAS...


Mazlan Aliman berjaya menempatkan dirinya di kalangan ahli jawatankuasa baru yang mendapat undi tertinggi sekalipun namanya tidak tersenarai dalam 'cai' team pro ulama yang diedarkan kepada perwakilan sebelum pemilihan berlangsung... beliau dikatakan cenderung kepada team pro perubahan atau pro PR walaupun beliau menafikannya... sebagai rekod, beliau memperoleh 548 undi dan menduduki tempat ke 14 daripada 18 kerusi Ajk yang dipertandingkan...

Menurut Mazlan, antara sebab kenapa beliau meletak jawatan adalah untuk memberi tumpuan kepada NGO pimpinannya, ANAK... Mazlan memang dikenali seorang yang lantang bersuara khususnya isu2 melibatkan golongan FELDA...

Namun begitu, sebab utama perletakan jawatannya adalah kerana kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh perwakilan... menurutnya lagi, beliau menerima pencalonan untuk bertanding Ajk kerana yakin perwakilan akan memilih berdasarkan kemampuan dan sumbangan calon dalam memperjuangkan dasar-dasar Pas...

Beliau kecewa dengan sistem 'cai' yang tiba2 menular dalam pemilihan kepimpinan Pas... perwakilan sepatutnya memilih calon berdasarkan rasional kerana semua calon yang bertanding sudah dikenali oleh perwakilan... 

"Cai telah merosakkan demokrasi dan ketelusan yang sepatutnya subur di dalam Pas"...

Bagi Mazlan lagi, pemilihan kali ini telah merosakkan segala yang diperjuangkan oleh Pas sebelum ini... PAS kini sedang melangkah ke belakang, bukannya ke depan...


Sementara itu, berdasarkan senarai AJK Pas Pusat yang baru jika dibandingkan dengan 'cai' dari team Pro ulama yang diedarkan, hanya Mazlan Aliman sahaja yang tidak terdapat dalam senarai tersebut... manakala Puan Nuridah Binti Salleh merupakan satu-satunya calon yang gagal mendapat tempat walaupun namanya berada dalam senarai 'cai'...

Hari ini juga telah diumumkan pertukaran beberapa Pesuruhjaya PAS Negeri antaranya :

  1. Pulau Pinang - En. Mohd Fauzi Yusof menggantikan Mohamad Sabu
  2. Kedah - YB Mahfuz Omar digugur dan digantikan dengan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.
  3. Negeri Sembilan - En. Mustafa Daharun menggantikan Mohamad Taufek Abd Ghani.
  4. Melaka - En. Kamaruddin Sidek menggantikan Adly Zahari.
  5. Johor - En. Aminolhuda Bin Hassan digantikan oleh Datuk Dr. Mahfudz Mohamad.
  6. Pahang - En. Rosli Jabar menggantikan Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Bagi negeri-negeri lain, semua Pesuruhjaya Pas Negeri dikekalkan...

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE