Rabu, 3 Jun 2015

[POLITIK] PANAS !!! Suhaizan Difitnah... Gelombang Munafik Di Dalam PAS Makin Terserlah... #suaramelayubaru

Debaran pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat semakin hebat... pertandingan yang melibatkan 2 nama besar dalam pemuda Pas yang mewakili 2 kumpulan menjadikan pemilihan kali ini istimewa dan berbeza dari sebelumnya...

Penyandang Ketua Pemuda, saudara Suhaizan Kayat yang dilihat mewakili kumpulan pro perubahan kali ini dicabar oleh Ustaz Nik Abduh Bin Nik Aziz, anak Allahyarham TG Nik Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas... beliau dianggap mewakili kumpulan pro ulama...


Suhaizan, dalam status terbaru pages FBnya mendakwa dirinya telah menjadi mangsa fitnah puak tidak bertanggungjawab... menurutnya, nombor hpnya telah di'hack' dan kemudian disalahgunakan...

Kelompok ini telah menyebarkan pelbagai berita yang kononnya fitnah menggunakan no hp Suhaizan yang telah di'hack' itu... ini termasuklah satu msg yang disebarluaskan kononnya Suhaizan telah menghina dan menyeru supaya Presiden PAS, TGHA ditumbangkan...

Suhaizan telah menafikan sekeras-kerasnya msg itu datang dari dirinya...


Sementara itu, satu kaji selidik telah dijalankan oleh portal MalaysiaKini mencari calon Ketua pemuda yang paling popular di kalangan pembaca... seramai sekitar 3000 orang pembaca telah mengambil bahagian dalam undian popular ini...

Hasil yang diumumkan adalah Suhaizan selaku penyandang dipilih sebagai calon ketua pemuda yang paling popular... beliau memperolehi 67% undian manakala pencabarnya, Ustaz Nik Abduh mendapat 33%...


Undian juga turut bagi memilih calon Timbalan Ketua Pemuda paling popular... pemilihan dibuat antara Saudara Raja Ahmad Iskandar yang dikatakan mewakili team Suhaizan dengan Ustaz Mohd Khalil Bin Abdul Hadi yang juga merupakan anak kepada Presiden Pas...

Hasilnya, Saudara Raja Ahmad Iskandar memperoleh 59% manakala Ustaz Khalil mendapat 41%...


Apapun, hasil undian ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana ia tidak melibatkan keseluruham perwakilan yang sah... keputusan mutlak hanya boleh ditentukan dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat yang sedang berlangsung sekarang...

Seperkara lagi, menurut sumber, Dalam mesyuarat DPPP tadi, penyandang Ketua Pemuda, saudara Suhaizan dikatakan telah di'booo' oleh sebahagian pemerhati dan perwakilan sewaktu beliau sedang menyampaikan ucapan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan oleh perwakilan... 

Apapun, aku tetap mengucapkan selamat bersidang dan selamat membuat pilihan kepimpinan bagi penggal baru... PAS tetap mewakili umat Islam berbangsa Melayu sekalipun berbeza pandangan dengan UMNO...

Jangan sekali-kali benarkan golongan munafik lidah bercabang, yang menggunakan agama dan kopiah atas kepala demi kepentingan diri, diberi tempat di dalam PAS... perwakilan pasti tahu dan mengenali siapa pemimpin terbaik dan siapa pemimpin munafik...

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE