Selasa, 30 Jun 2015

[ISU SEMASA] PANAS!!! Iblis Betina Diberkas... Binatang Pun Tak Gamak Nak Buat Anak Macam Ni... #SahabatSMB

Manusia atau iblis? Rupa boleh tahan... tapi akhlak tak boleh tahan... hanya yang memiliki hati yang legam dek kerana dilitupi dengan api iblis sahaja yg akan sanggup sampai ke tahap ini...


Kalau nak katakan perangai binatang... binatang pun tak tergamak nak buat anak dia sampai ke tahap ini... bapak kucing pun setidak tidaknya dia bunuh terus anaknya, bukannya dera dan seksa anak hingga azabnya terpaksa ditanggung sepanjang hayat...

Seorang manusia yang waras dan mempunyai akal fikiran kalaupun kurang akrab dengan kanak kanak, tetap memiliki rasa kasih dan belas kepada anak kecil dan tak mungkin akan sanggup bertindak sebegini rupa...


Ya lah... kalaupun ada masalah rumahtangga atau apa juga masalah sekalipun, tak patut anak kecil dijadikan sebagai punch bag dan tempat melepaskan amarah... tak kiralah samada anak tiri apatah lagi anak sendiri... mereka tetap kanak kanak dan masih tidak memahami soal kehidupan...

Jom kita tengok lagi gambar kekejaman si ibu tiri... anda nilailah hukuman yang mungkin berpadanan sekiranya terbukti ini tindakannya...
















Lebih malang lagi bagi si kecil ini apabila doktor mengesahkan bahawa dia berkemungkinan mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan teruk pada tulang belakangnya..


Dan menurut doktor yang merawat anak kecil ini, dia akan berdepan dengan trauma yang teruk... orang yang sepatutnya menjadi tempat anak kecil ini menumpang kasih dan berlindung rupa rupanya menjadi duri dalam daging... bayangkan kehidupan yang bakal ditempuhi oleh kanak kanak ini di hari hari yang mendatang...

Berdasarkan perkembangan susulan kes ini, pasangan suami isteri telah berjaya ditahan oleh pihak polis sewaktu sedang makan di sebuah restoran... kedua mereka ditahan reman selama 4 hari untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan...


Yang benar kena katakan benar... semalam heboh kononnya satu status biadap telah dimuatnaik dalam laman facebook miliki ibu tiri kanak kanak ini... berdasarkan info yang diperolehi status tersebut adalah palsu dan dimuatnaik melalui akaun fake FB... ini berdasarkan masa status ini dimuat naik di mana pada ketika itu pasangan suamiisteri ini sudah berada dalam tahanan polis...

Apapun bagi aku.... tindakan kedua suami isteri ini sangat melampau dan zalim... zalim kerana tidak memberi hak kepada anak kecil ini untuk hidup dengan baik dan sempurna... diharap pihak berkuasa dapat mengenakan hukuman yang setimpal jika sabit kesalahan ke atas mereka...

Kepada bapa kanak kanak ini yang turut ditahan, melopong la hang... dapat bini lawa, tapi terkebil kebil tak boleh nak buat apa... ayaq naik kepala la hang dalam penjara..
Location: Malaysia Padang Kota Lama, Georgetown, 10450 Georgetown, Penang, Malaysia
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE