Jumaat, 12 Jun 2015

[ISU SEMASA] NAH!!! Satu Dunia Maki Pelancong Kaki BOGEL ... Jom Tengok 'Barang' Yang Depa Tayang... #suaramelayubaru #SabahQuake

Amboi... nak bogel sangat... sampai dah tak de tempat dah nak tayang konek kecik diorang tu... sekarang biar satu dunia pakat ukur dan hamput tindakan biadap mereka...


Berdasarkan laporan yang disiarkan oleh The Telegraph, seorang guide yang dikenali sebagai 'malim', En Nor Azlan telah ditugaskan untuk membawa pelancong-pelancong ini mendaki Gunung Kinabalu... Menurut beliau, yang berbogel sepenuhnya hanyalah pelancong lelaki manakala pelancong wanita yang bersama mereka hanya menanggalkan bra untuk seketika sebelum mengenakan semula pakaian sejuk...


Menurut En Nor lagi, pelancong-pelancong ini sebenarnya tidak mengenali antara satu sama lain... mereka datang ke Sabah bersama pasangan masing-masing... mereka hanya mengenali sewaktu bermalam di sebuah rumah tumpangan Jack Backpacker Hostel yang turut menawarkan pakej mendaki dengan kumpulan yg baru dikenali... hostel ini terletak berhampiran pintu masuk untuk mendaki...

Di situlah kesemua mereka kemudiannya berpakat untuk mendaki bersama... dari awal lagi, pelancong-pelancong ini kelihatan kurang mesra terutama dengan En Nor... menurutnya lagi, mereka ini sering engkar dengan nasihatnya dan lebih suka buat hal sendiri...


Mereka tiba di puncak sekitar jam 7 pagi... tiba-tiba salah seorang dari mereka menanggalkan pakaian... tindakan pelancong ini kemudiannya dituruti oleh rakan-rakan lain...

En. Nor cuba menasihati mereka agar tidak bertindak demikian namun nasihatnya tidak dihormati oleh mereka...




Kemudian, salah seorang dari mereka yang juga jurugambar mula mengambil gambar mereka berbogel dan kemudiannya dirinya juga turut berbogel bersama...


Bagi En. Nor, tindakan biadap pelancong ini merupakan satu tindakan yang biadap, bukan sahaja kepada dirinya sebagai seorang yang beragama Islam, namun ia juga satu penghinaan kepada budaya dan kepercayaan masyarakat setempat khususnya dari suku kaum Dusun yang menganggap wujud semangat yang sentiasa menjaga Gunung Kinabalu...




Sementara itu, salah seorang dari kalangan pelancong ini terus terusan mempertahankan tindakan biadap mereka dan turut mencabar dan menghina pihak berkuasa Sabah termasuk kerajaan melalui status yang sering dimuatnaik dlm media sosial termasuk FB dan Twitter...


Semalam, pihak polis telah berjaya menahan 4 orang daripada pelancong terlibat dan mereka telah dikenakan tahanan reman untuk siasatan... 

Malah, baru baru ini salah satu suku kaum utama Sabah telah bersidang untuk membincangkan masalah ini... kesemua 10 pelancong ini telah dikenakan 'Sogit' iaitu perlu mengorbankan 10 ekor kerbau sebagai denda di atas kebiadaban mereka...

Kebiadaban mereka turut mendapat respon dari pelbagai media dari seluruh dunia... hampir kesemuanya mengecam tindakan mereka malah ada media yang menjadikan kisah mereka sebagai tajuk muka depan dengan tajuk yang sinis...




Pendaki bergegas turun menyelamatkan diri sewaktu kejadian gempa bumi...



Sementara itu, perkembangan terkini yang dilaporkan media, satu asap yang kelihatan seperti pelangi berwarna biru dapat dilihat di puncak Gunung Kinabalu... menurut ahli geologi, perkara ini adalah biasa bagi tempat yang baru digegarkan gempa bumi...

Apatah lagi, hingga semalam masih berlaku lagi gegaran susulan kecil termasuk di Ranau dan Tuaran dengan kekuatan sekitar 3.0 pada skala Richter... gegaran susulan ini dijangka berlarutan selama beberapa hari lagi sehingga struktur batu dan tanah di kawasan terlibat berada dalam keadaan paling stabil...

Bagi aku... pihak berkuasa Malaysia perlu mengenakan tindakan tegas kepada pelancong yang biadab ini... bukan bertujuan nak kaitkan tindakan mereka dengan kejadian gempa bumi tetapi sebagai pengajaran kepada mereka dan pelancong lain yang bercadang untuk datang ke Malaysia agar menjaga sensitiviti dan tatasusila...

Pihak yang bertanggungjawab mengendalikan pendakian ke Gunung Kinabalu juga selepas ini perlu lebih peka dan pastikan taklimat atau briefing yang jelas diberikan sebelum memulakan pendakian agar perkara seperti ini tidak berulang
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE