Khamis, 4 Jun 2015

UPDATE... [ISU SEMASA] KABOOM!!! Harimau Luka Bakal Bersemuka Dengan Harimau Tua (Oopppss)... Moh Kita Berlapang Dada... #suaramelayubaru #kekalNajib

[Dikemaskini] Harimau luka akhirnya jadi harimau bacul... hangin betul aku kalau benda baik macam ni hanya dipandang enteng... memang tak dinafikan, jika dialog ini berjaya diadakan, akan ada puak dan pihak yang tidak bertanggungjawab dan berhati busuk yang akan menggagalkan dan melemparkan provokasi melampau hingga boleh mengaibkan kedua-dua belah pihak... namun aku yakin, kedua-dua pemimpin ini bijak, matang dan berpengalaman serta mampu menangani apa jua kemungkinan negatif dan di luar jangkaan dengan baik...

Dalam masa yang sama, peranan moderator juga penting bagi memastikan kelancaran kedua-dua pihak berhujah... jadi, harapan aku dan pastinya seluruh rakyat Malaysia adalah mahu melihat kedua-dua pemimpin ini dapat duduk semeja bertentang mata... kalaupun bukan kali ini, mungkin dalam masa terdekat ini...

[Posting pada jam 8.00 malam]
Akhirnya... julung-julung kalinya... setelah berbulan masing-masing berbalas hujah hanya melalui media baru dan media massa... esok, kedua-dua pemimpin utama negara ini bakal bersemuka, bertentang mata bagi sama-sama menguraikan kekusutan yang berlaku...

Tun Mahathir selaku mantan Perdana Menteri Malaysia yang mana jasanya tidak boleh dipertikaikan lagi akan duduk semeja dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak bagi membincangkan pelbagai isu yang saling menghambat kedua-dua pemimpin ini...


Program Dialog ini dianjurkan oleh badan NGO akan diadakan pada hari Jumaat (esok) jam 9 pagi bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC...

Najib dikatakan sudah memberi persetujuan untuk hadir dan menjadi panel dalam dialog ini... manakala Tun Mahathir pula turut bersetuju untuk menyelesaikan kemelut ini melalui sessi dialog ini...

Apapun, bagi aku, semua pihak mesti berlapang dada, berhati terbuka dan berjiwa besar untuk menerima apa jua hujah yang disampaikan... isu tidak mungkin dapat diselesaikan sekiranya kita menutup pintu hati kita untuk menerima jawapan yang diberikan... hanya kerana jawapan itu tidak sama dengan kehendak diri kita...
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE