Selasa, 9 Jun 2015

[ISU SEMASA] AWAS !!! Tak Tau Jangan Cakap... Melayu Akan Diusir Jika Projek Pindah TUDM Butterworth Dilaksana... #suaramelayubaru

Isu pemindahan lokasi pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke tapak baru dan pembangunan semula tapak lama di Telok Air Tawar cuba dimainkan semula... sekiranya projek ini terus dibiar dilaksanakan seperti perancangan asal, maka tidak ada satu manfaat pun buat orang Melayu malah ia akan menjadi satu turning point kepada pengusiran terancang hingga mengakibatkan kepupusan pola penduduk Melayu di Pulau Pinang KHUSUSNYA di Seberang Perai Utara...

Kepada pihak-pihak yang cuba nak spin semula isu ini, termasuk kalangan blogger atau sesiapa saja, mohon fahami dahulu masalah yang berlaku dan akan berlaku jika ia dilaksanakan... hanya bahu yang memikul sahaja yang akan berasa beratnya... 





Untuk makluman isu ini pada dasarnya telah selesai setelah mendapat bantahan, bukan setakat pemimpin setempat malah masyarakat Melayu khususnya yang akan terkesan dengan projek ini dalam jangka masa panjang...

Dato' Jahara bersama YB Farid dan YB Yusoff dalam sidang media membantah projek ini...
 Baca dan faham dengan teliti kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh YB Dato' Hajah Jahara Binti Hamid selaku Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Telok Air Tawar, kawasan yang bakal terjejas secara langsung dengan projek ini...





Kawasan Telok Air Tawar adalah merupakan kawasan majoriti Melayu... kampung yang akan terkesan secara langsung dengan projek ini termasuklah Bagan Ajam, Telok Air Tawar yang mana kegiatan ekonomi penduduk adalah Nelayan. Pekan Darat juga merupakan sempadan dengan tapak ini dan ia merupakan kawasan kampung yang mana kebanyakan penduduk adalah pesawah.


Cadangan projek adalah untuk membangunkan kawasan perumahan mewah berkonsepkan Art and Leisure memandangkan kedudukannya di tepi pantai dan berhadapan dengan Pulau Pinang. Di bawah adalah sebahagian gambaran perumahan yang bakal dibangunkan di kawasan tersebut... ini bukan flat atau rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)... ini adalah rumah jenis semi kondo yang memiliki fasiliti yang lengkap termasuk kawalan keselamatan... dan ini juga merupakan jenis perumahan yang paling murah akan dijual...









Harga semasa pasaran bagi rumah teres 1 tingkat di kawasan Seberang Perai Utara termasuk di kawasan ini adalah antara RM250,000.00 hingga RM300,000.00. Itu rumah teres satu tingkat... ingat, ini Pulau Pinang... nilai hartanah meningkat mendadak setiap tahun... andai kata siap projek ini, agak-agak berapa harga rumah paling murah yang akan dijual berdasarkan peningkatan pasaran semasa, jenis rumah dan LOKASI TEPI PANTAI yang turut menjadi asas pemilihan?

Kos keseluruhan projek ini termasuk perpindahan TUDM ke Ara Rendang, pembinaan semula TUDM di sana dan pembangunan rumah mewah dianggar bernilai sekitar RM28 billion... berdasarkan laporan yang diumumkan oleh TSR Capital sewaktu mengumumkan projek ini di Bursa, mereka bakal memperoleh pulangan sehingga RM60 billion... ini beerti keuntungan sekali ganda menjadi sasaran mereka... jadi, berdasarkan sasaran tersebut, rumah jenis apakah yang akan mereka bina, siapa sasaran pembeli dan berapa harga rumah yang akan dijual?

Ada ke orang Melayu di kawasan ini yang mampu beli rumah dengan harga melebihi RM1 juta? Kalau ada pun tentulah kalangan Melayu kaya yang autokrat... orang Melayu lebih rela membeli rumah di kawasan pinggiran seperti Kepala Batas, Padang Serai dan Sungai Petani... dengan nilai RM1juta itu mereka mampu beli sekurang-kurangnya 3 buah rumah sbg aset di kawasan pinggiran...

Jadi, siapa yang akan beli rumah-rumah mewah ini? LU FIKIRLA SENDIRI...

Bagaimana pula nasib dengan penduduk sekitar seperti yang aku maklumkan tadi? Pembangunan berlaku dengan begitu mendadak akhirnya menghimpit kehidupan masyarakat asal terutama orang Melayu... malah sekarang pun sudah banyak pembangunan berlaku dengan pesat dan semuanya milik cauvinis... Depan pembangunan, tepi pembangunan, kanan pembangunan, belakang laut... Kampung Melayu seolah-olah membentuk pulau di tengah...

Apa akan terjadi? Mampukah orang Melayu bertahan? Peningkatan taraf hidup meningkat... tidak ada lagi ketenteraman dan privaci... Mula la broker-broker tanah menghampiri satu persatu tuan tanah di kalangan orang Melayu... di offer harga tanah dengan nilai yang tinggi hingga terangat kopiah orang Melayu... sapa sangka, dulu masa beli tanah, 1 lot baru RM20,000.00... sekarang broker offer 1 lot RM200,000.00, ntah ke lebih... tak tertojol biji mata...

Dalam satu kampung, jika ada seorang tuan tanah yang terima offer itu, maka petanda buruk akan berlaku... korang faham sendiri la adat manusia, malas aku nak cerita... bukan nak burukkan sesiapa, tapi kalau jadi pada korang pun, belum tentu teguh iman korang... jangan pula korang orang pertama yang jual...

Apa jadi kemudiannya? maka berlakulah pengusiran orang Melayu secara terancang dan mulai pupus lah bangsa Melayu di tanah Telok air Tawar... seperti yang aku katakan di awal tadi... Tempiasnya akan melarat hingga ke Penaga, Sungai Dua, Bertam dan lain-lain... untuk makluman, semua kawasan yang akusebut adalah kawasan Parlimen dan DUN milik UMNO BN, ini je la yang tinggal di Pulau Pinang...











Adakah pembangunan yang pesat tanpa kawalan jika projek ini dilaksana mampu mengekalkan keaslian kawasan kampung nelayan persisir pantai seperti di atas?

Seperkara lagi... tapak cadangan perpindahan TUDM di Ara Rendang merupakan tanah milik PERDA... Perda berfungsi menjaga ekonomi orang Melayu... Adakah bijak jika tapak tanah asal TUDM dibangun dengan rumah mewah dan dijual kepada bangsa asing, kemudian ambil tanah rizab Melayu di bawah PERDA untuk bina TUDM? Banyak lagi boleh dibuat yang mendatangkan manfaat orang Melayu di tanah rizab milik PERDA itu...

Sebab itu aku katakan isu ini telah selesai... PM, Menteri Pertahanan dan pihak TUDM juga telah bersetuju untuk menghentikan projek ini... malah, pihak pimpinan tempatan turut mencadangkan lebih baik agar dibina rumah mampu milik, kos rendah dan sederhana jika beria-ia sangat nak bangunkan kawasan ini... dengan syarat penduduk setempat mendapat manfaat dengan apa cara sekalipun... tidak timbul soal tekan pemaju untuk ambil rasuah atau seumpama dengannya...

Ataupun, kawasan TUDM sekarang dijadikan Akademi Penerbangan memandangkan semua fasiliti masih ada dan dalam keadaan baik...









Ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memainkan isu ini semula dari perspektif yang salah... aku tak bercadang nak kaitkan dengan mana-mana pihak samada dari 'dalam' atau dari 'luar' yang cuba memainkan sentimen ini... perkara ini sebenarnya telah timbul sejak era pentadbiran PM terdahulu...

jadi tidak hairanlah kenapa Lim Guan Eng secara tiba-tiba berani mengumumkan projek Terowong Dasar Laut yang menghubungkan antara Padang Kota dan Bagan Ajam... ini bermakna LGE sudah tahu akan kemungkinan akan berlakunya pengambilalihan tapak TUDM ini... dan LGE sudah merangka perancangan jangka panjangnya...


Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE