Sabtu, 6 Jun 2015

[DUNIA] PANAS !!! Hukuman Buat Mat Rempit... Jom Tengok Hukuman Polis Kepada Mat Rempit Siam... #suaramelayubaru

Rasanya ini mungkin cara terbaik dan paling berkesan untuk menangani masalah mat rempit dan lumba haram...

Isu mat rempit sememangnya menjadi masalah kepada negara... ini kerana, kebanyakan jenayah jalanan seperti ragut, samun, dadah, samseng jalanraya dan lain-lain melibatkan golongan mat rempit...

Bukan nak menuduh, tapi itulah hakikatnya berdasarkan statistik pihak PDRM... maklumlah, bila ramai-ramai berkumpul maka bermacam-macamlah idea yang dicadangkan untuk memenuhi aktiviti... yang baik seperti aktiviti konvoi, kerja amal dan lain-lain, kita alu-alukan malah kerajaan sedia membantu... masalahnya bila idea yang negatif seperti test motor, 'menarik' cikaro dan macam-macam... itulah permulaan berlakunya gejala sosial dan jenayah...





Aku pun pada mulanya ingatkan gambar di atas adalah gambar sewaktu kejadian Tak Bai yang berlaku beberapa tahun lepas, tapi selepas diselidik memang ini adalah hukuman kepada mat rempit di Thailand sewaktu ditahan dalam operasi besar-besaran...

Maklumlah, dengan jumlah tangkapan yang ramai hingga memerlukan bantuan pihak tentera, maka pihak berkuasa Thailand perlu mencari kaedah bagi meminimakan pergerakan mereka... apabila sudah dipengaruhi dengan alkhohol dan dadah, tidak mustahil mereka ini boleh bertindak ekstrem jika tidak dikendalikan dengan betul...

Mungkin cara ini agak kasar dan kurang sesuai dipraktikkan di Malaysia tapi realitinya masalah mat rempit ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah ia merupakan masalah global yang berlaku di seluruh dunia... mungkin cara tanganinya perlu sesuai dengan budaya dan cara hidup sesatu tempat...

Ajal ketika masih berada di atas motosikal... jom tengok gambarnya... (Klik Sini)
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE