Khamis, 11 Jun 2015

[DUNIA] Agak Korang Boleh Lepas Ke Dengan Kastam Airport??? Cuba Tengok Apa Dalam Beg Tu... #suaramelayubaru

Peerrghh... mungkin ini salah satu cara terbaik bagaimana untuk menjimatkan bajet anda khususnya melibatkan kos penerbangan jika anda ingin travel ke luar negara... maklum sajalah, zaman sekarang segala-galanya meningkat...


Kira dasyat juga le bila ada juga orang yang boleh terfikir nak buat macam ni... mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan desakan hidup... manusia sanggup lakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai, sekalipun tindakan itu sangat janggal dan tak mungkin dilakukan jika tidak ada perkara yang mendesak...


Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Ceuta, kawasan autonomi Sepanyol di Afrika Utara... seorang bapa termasuk mengupah sebuah agensi untuk menyeludup masuk anaknya dari Costa Rica ke Sepanyol... seorang wanita yang diupah menjadi 'keldai' telah ditahan apabila bag yang dibawanya gagal melepasi pemeriksaan imbasan...


Apabila siasatan dijalankan, didapati bapanya sendiri terpaksa bertindak sedemikian apabila permohonan visa untuk anaknya ditolak... Malah ibu kepada kanak-kanak ini sendiri tidak tahu rancangan suaminya dan menyangka anaknya akan dibawa masuk secara sah...

Sehubungan itu, bapa kanak-kanak ini telah ditahan pihak berkuasa...


Peguam yang membela keluarga ini cuba meyakinkan hakim bahawa tindakan bapanya bukan disebabkan cuba untuk menyeludup migran memandangkan kanak-kanak tersebut sudah pun memiliki visa... mungkin disebabkan kesempitan atau ada alasan lain yang mendorong bapa kanak-kanak ini bertindak sedemikian...


Baru-baru ini, kanak-kanak yang cuba diseludup ini telah dipertemukan dengan keluarganya di Madrid... bapanya juga telah diikat jamin oleh keluarganya dan menantikan tarikh perbicaraan... pihak peguam yakin seluruh ahli keluarga ini termasuk bapanya akan dapat kembali bersatu...

Inilah senario yang berlaku di luar sana khususnya di negara-negara Afrika yang mana mereka sentiasa mencari peluang untuk masuk ke Eropah... Kita seharusnya bersyukur di atas kemakmuran yang dinikmati negara kita... tidak ada rakyat yang terpaksa menjadi migran di negara luar hanya disebabkan kesempitan atau kesukaran untuk hidup... 

3 hakim ditembak mati selepas Morsi dan Qardawi dijatuhkan hukuman mati di Mesir... (Klik Sini)
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE