Isnin, 22 Jun 2015

[DEDAH] PANAS!!! Guru Suruh Pelajar Minum Air Kencing Sendiri??? Jom Tengok Surat Aduan Waris Kepada PPD... #suaramelayubaru

Minum air kencing sendiri??? Betul ke ni? Takkan seorang Penolong Kanan Sekolah tergamak untuk keluarkan arahan sebegini? Apapun persoalannya, inilah latar aduan yang dibuat oleh seorang waris kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah...



Kejadian dikatakan berlaku di sebuah sekolah rendah di Bandar Sungai Petani, Kedah... Menurut apa yang diadu dalam surat tersebut, guru berpangkat Pen. Kanan telah melarang pelajar bukan Islam makan dalam kelas atau di kantin...

Guru tersebut telah mengarahkan agar pelajar terlibat makan atau minum di tandas... lebih biadap lagi apabila guru tersebut turut mengarahkan pelajar bukan Islam agar minum air kencing sendiri!!!

Jom tengok surat aduan waris ke atas guru Pen. Kanan yang diajukan kepada PPD Kuala Muda Yan...



Aku pun tak pasti apa tujuan guru tersebut tergamak mengungkapkan kata2 sedemikian... kalau pun ia dilafazkan secara berseloroh, ia sangat tidak patut dan biadap kerana ia boleh membawa erti penghinaan... sekalipun guru tersebut tidak bermaksud demikian...



Ini juga boleh menyebabkan orang bukan Islam memandang serong terhadap agama Islam yang Syumul ini... Islam tidak pernah menyuruh orang bukan Islam mengasingkan diri ketika hendak makan daripada orang Islam yang berpuasa... cuma ia berlaku atas dasar rasa hormat menghormati antara satu agama dengan agama yang lain...

Sehubungan itu, aku menggesa agar pihak yang terlibat khususnya pihak pengurusan sekolah berkenaan agar tampil memberi penjelasan berhubung isu ini... perkara2 yg boleh menimbulkan kekeliruan dalam agama yang akhirnya membawa kepada ketegangan perlu dielakkan...
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. Orang kita mmg tersangat defensive. Kesian.

    BalasPadam
  2. nape nak minum kat tandas?? tak kan kat kantin tak bole??? Nampak sgt kaum lain ditindas..

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE