Khamis, 18 Jun 2015

[DEDAH] LAGI HOT!!! Surat Perjanjian DAP-PAS 2013 Didedah... TGHA Yang Mungkir Atau LGE Yang Khianat? Tengok Video Dan Surat Ni... #suaramelayubaru

Ooooo... inilah perjanjian yang dimaksudkan tu... kalau diikutkan klausa yang terkandung dalam perjanjian ini, bermakna memang wujud persetujuan antara Lim Guan Eng dan Tuan Guru Hadi Awang berkenaan "NEGARA ISLAM" ... dan ini beerti tindakan Guan Eng menyerang TGHA berhubung pelaksanaan Hukum Hudud yang merupakan sebahagian daripada negara Islam, boleh dianggap sebagai memungkiri perjanjian...



Lim Guan Eng sebenarnya telah pun menandatangani satu perjanjian bersama Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang pada tahun 2013, iaitu sebelum Pilihanraya Umum Ke13... Perjanjian yang ditandatangani secara sulit di satu lokasi sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang sebenarnya telah menjawab banyak persoalan...


Isi perjanjian serta kenyataan media berhubung persefahaman antara dua pihak itu telah dimuatnaik dalam laman Facebook milik TGHA... YB Salleh Man selaku jurucakap bagi pihak PAS manakala Lim Guan Eng sendiri telah memberi kenyataannya kepada media behubung perkara tersebut...

Jom kita 'rewind' balik rakaman kenyataan media tersebut yang berlaku sekitar bulan April 2013...

Tahun 2013

Di bawah pula aku sertakan bersama salinan isi surat penjanjian khususnya pada perenggan-perenggan akhir di mana ia menyatakan dengan jelas bahawa kerjasama yang dibentuk antara PAS dan DAP melalui Pakatan Rakyat adalah berteraskan kepada dasar bersama atau Manifesto Pakatan Rakyat yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan Perjuangan Adil Untuk Semua mengikut perlembagaan Malaysia oleh DAP... PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri manakala DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berpelembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam...


Di bahagian bawah surat ini, tertera dengan jelas tandatangan Setiausaha Agong DAP, YAB Lim Guan Eng dan tandatangan Presiden PAS, YB Tuan Guru Haji Hadi Awang...

Mungkin juga ada benarnya seperti yang terkandung dalam perjanjian tersebut... apabila tiba masanya PAS bersungguh memperjuangkan dasar Negara Islam merangkumi Hukum Hudud, maka PAS terpaksa bersendirian, seperti apa yang berlaku sekarang...

Cuma mungkin yang aku tak pasti, adakah maksud bersendirian itu akhirnya membawa kepada kehancuran Pakatan Rakyat yang telah dibentuk dengan susah payah hingga berjaya menakluki beberapa buah negeri?

Perjanjian yang dimeterai ini sebenarnya hanya bersifat sementara yakni untuk menarik sokongan rakyat dalam menghadapi PRU13... Mustahil kesemua parti ini mampu bekerjasama dengan erat memandangkan ketiga-tiga parti utama ini mempunyai asas perjuangan yang sangat berbeza...

Seperti yang terkandung dalam perjanjian itu, walaupun hanya 5% berbeza manakala lagi 95% merupakan persamaan hala tuju namun harus diingat, 5% berbeza adalah perkara asas atau dasar perjuangan parti... lama mana seorang 'mat saleh' makan stik setiap hari dapat duduk serumah dengan mat melayu yang kaki makan budu... lama kelamaan akan berselerak juga stik dan budu kerana tak sekepala...

Bagi aku, mujur juga perpecahan ini berlaku sekarang... seandainya ditakdirkan PR diberi peluang oleh Allah melalui undi rakyat untuk menjadi kerajaan Malaysia... dan pada masa itu kemelut perbezaan dasar perjuangan berlaku, dan pasti akan berlaku, tidak mustahil akan punah negara yang dibina selama ini... punah bukan bermaksud seperti dibom, tetapi lebih malang lagi jika orang Melayu Islam akan hilang kuasa akibat dasar kesamarataan yang sudah tentu tidak akan berpihak kepada bangsa Melayu beragama Islam...



Seperkara lagi, sekali lagi aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan PAS dan mentakdirkan TGHA kekal sebagai presiden... KENAPA??? Rupa-rupanya calon yang dibawa untuk mencabar TGHA yang juga merupakan proksi kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP merupakan calon yang diragui akidahnya...

Selama ini aku sedikit mushkil melihat kelompok mereka yang nampak begitu akrab dengan perjuangan Ambiga dan sekutu-sekutunya... seperti yang kita sedia maklum, Ambiga merupakan malaun yang bertanggungjawab memperjuangkan LGBT dan Comango...

Antara dasar yang menjadi perjuangan mereka adalah kebebasan beragama termasuk cuba membuat tuntutan agar membenarkan aliran Syiah menjadi sebahagian Mazhab di Malaysia... Dan apabila di selidik dan diteliti akhirnya apa yang aku temui adalah perkaitan yang mungkin boleh mensabitkan hubungan Ustaz Mad Awang dengan aliran Syiah...



Aku tidak menuduh... cuma ingin berkongsi apa yang aku temui... terpulanglah pada korang nak justifikasi...
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE