Ahad, 7 Jun 2015

[DEDAH] BERAPI!!! Senarai Pemimpin PAS Yang Akan Dikuis Keluar Dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang... AJK JKKKN PAS Mau Dok Ready... #suaramelayubaru

Selamat tinggal romeo... kepada sesiapa yang rasa diri dia menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng menggunakan tiket PAS, boleh la slow-slow beransuq...


Tak ramai rupanya wakil dari parti PAS yang dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)... 


Manakala bagi Penyelaras KADUN yang dilantik dari parti PAS adalah 6 orang... peranan Penyelaras Kadun adalah hampir sama dengan tugas ADUN, cuma mereka berkhidmat bagi pihak kerajaan negeri di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh ADUN BN...


2 ahli majlis MBPP yang mewakili Pas adalah Encik Yacoob Bin Omar dan Encik Mohd Nasir Bin Yahya... manakala Encik Mohamed Yusoff Bin Mohamed Noor yang juga ahli Pas tetapi dilantik menggunakan kuota NGO...


Pemimpin Pas yang menjawat jawatan ahli majlis di MPSP adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Encik Omar Bin Hasan dan Encik Dahalan Bin Fazil...


Tindakan ini dibuat ekoran keputusan usul dalam Muktamar Pas 2015 yang menamatkan sebarang hubungan dengan DAP dan usul tersebut diterima tanpa bahas... ekoran daripada keputusan itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang meminta semua pemimpin PAS di Pulau Pinang yang dilantik ke sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar meletak jawatan...


Semalam, bekas timbalan Presiden Pas, Encik Mohamad Sabu yang tewas kepada Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden telah mengumumkan perletakan semua jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk sebagai ahli lembaga pengarah PBAPP... dijangka seorang lagi wakil tunggal PAS, YB Salleh Bin Man yang merupakan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang juga akan berbuat demikian...

Nak buat macam mana, dah itu keputusan bos-bos besar... jadi, mana-mana ahli Pas yang rasa sayang nak berundur dari jawatan, bolehla mula fikirkan alternatif samada mahu menyertai PASMa atau lompat terus masuk ke dalam Dap atau Pkr...

Manakan tidak, dari Ajk JKKKN, ahli majlis, penyelaras kadun, ajk qaryah, ahli lembaga pengarah Glc negeri dan bermacam jawatan lagi, semuanya dibayar elaun... maknanya, lepas ni terpaksa 'miss syoru' la jawapnya... persoalannya, perjuangan ke yang penting, atau 'syoru' yang menjadi keutamaan?


TG Hadi Awang mendapat sokongan padu Majlis Syura Ulama dan Mursyidul Am... (Klik Sini)

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE