Rabu, 24 Jun 2015

[BONGKAR] PANAS!!! Petualang Berjaya Diberkas... Ada Komplot Yang Memperkudakan Justo Untuk Menumbangkan Sasaran... #suaramelayubaru

Akhirnya... sampai mana hang nak lari... orang bila dah buat salah apatah lagi hidup dalam pelarian, lambat laun akan digari juga... tambah pula, kesalahan yang disabitkan bukan kecik2 anak... melibatkan syarikat konglomerat besar dan turut mengheret sama negara Malaysia dan kepimpinannya...



Xavier Andre Justo yang merupakan seorang warga Switzerland telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand dengan dibantu Unit Khas mereka... Justo dikatakan bersembunyi di Thailand setelah menyedari dirinya dikehendaki oleh pihak berkuasa beberapa negara termasuk Interpol...

Penahanan nya dibuat setelah pihak Petro Saudi membuat laporan berhubung salah laku Justo yang telah mencuri maklumat2 sulit dari fail milik Petro Saudi... Justo merupakan bekas kakitangan Petro Saudi sebelum ia meletak jawatan...

Polis Thailand turut merampas beberapa peralatan termasuk komputar riba yang masih lagi menyimpan maklumat2 sulit tersebut...



Susulan penahanan itu, pihak Petro Saudi telah mengucapkan penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand atas kejayaan tersebut...

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat, mereka telah menjelaskan kepada umum beberapa perkara berhubung maklumat yang telah dicuri oleh Justo...

Justo dikatakan telah mengugut pihak Petro Saudi hampir RM10 juta sebagai bayaran ganti kepada maklumat yang dicuri itu... disebabkan Petro Saudi tidak memberi apa2 respon maka Justo telah menggunakan khidmat Sarawak Report untuk mendedahkan sebahagian maklumat yang dimiliki...

Pihak Petro Saudi kemudiannya telah mendapatkan khidmat pakar dalam bidang pengesanan dokumen2 palsu... Agensi swasta dikenali sebagai Protection Group International ditugaskan untuk meneliti dan mengenalpasti keaslian setiap dokumen dan maklumat yang didedahkan oleh Sarawak Report...

Beberapa tanda kecurigaan telah dikesan termasuklah pada satu maklumat yang disimpan di dalam format Excell... ID atas nama Justo dikatakan telah digunakan untuk mengakses dan mengubah data dalam fail Excell tersebut... ini berlaku sekitar tahun 2013... sedangkan Justo telah meletak jawatan dari Petro Saudi lebih dari 2 tahun ketika itu... Klik pada link di bawah untuk mendapatkan gambaran jelas apa yang telah dilaporkan oleh pihak PGI...


BAGI AKU, ADA BEBERAPA SUDUT PERLU DILIHAT BERDASARKAN PERKEMBANGAN YANG BERLAKU SEKARANG...

1. JUSTO PASTI TIDAK BERGERAK SENDIRIAN... DIA CUMA DIGUNAKAN OLEH PIHAK TERTENTU UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT SULIT APA YANG TERMAMPU MEMANDANGKAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI KAKITANGAN PETRO SAUDI, SYARIKAT YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN NEGARA MALAYSIA KHUSUSNYA 1MDB... SARAWAK REPORT PULA BERPERANAN SEBAGAI MEDIUM UNTUK MENYEBAR MAKLUMAT2 TERTENTU...

KENAPA JUSTO PERLU MENGUBAH SUAI MAKLUMAT YANG DIMILIKI, ITU MUNGKIN MENJADI PERSOALAN... ADAKAH MAKLUMAT ASAL TIDAK CUKUP KUAT UNTUK MENGGUGAT PIHAK YANG DISASARKAN?

2. NAJIB MUNGKIN BOLEH MENARIK NAFAS LEGA BUAT SEKETIKA DENGAN TANGKAPAN INI... SETIDAK-TIDAK TUMPUAN BOLEH DIHALAKAN KE ARAH JUSTO APATAH LAGI DENGAN LAPORAN PGI YANG JELAS MEMIHAK NAJIB...

NAMUN PERLU DIINGAT JUGA, BUKAN SEMUA MAKLUMAT DIUBAH... DATA MUNGKIN BOLEH DIUBAH TAPI JALAN CERITANYA AGAK SUKAR UNTUK DIPINDA... CONTOHNYA, PENGLIBATAN INDIVIDU TERTENTU TERMASUK JHO LOW DALAM KEMELUT INI, AKAUN2 YANG DIGUNAKAN DALAM SETIAP TRANSAKSI YANG DICURIGAI DAN BEBERAPA PERKARA LAGI...

UMUM PASTI AKAN TETAP MEMPERTIKAI PENGLIBATAN JHO LOW SERTA PERCANGGAHAN LAPORAN YANG DIBERIKAN BERHUBUNG WANG YANG PADA AWALNYA DIKATAKAN BERADA DI BANK OF SINGAPORE...

JADI DISINI, SEKALI LAGI UMUM PERLU MENANTIKAN LAPORAN LENGKAP KETUA AUDIT NEGARA DAN PAC... KERANA APA YANG MENJADI SKOP SIASATAN MEREKA BUKANLAH SANGAT BERKAITAN DOKUMEN2 JUSTO ITU... TETAPI LEBIH KEPADA BAGAIMANA PIHAK PENGURUSAN 1MDB MENGURUSKAN KEWANGAN SYARIKAT DAN BAGAIMANA SERTA KEMANA HUTANG RM42 BILLION ITU DIBELANJAKAN...
Location: Malaysia Butterworth, Penang, Malaysia
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE