Advertisement - Contact Us

Tun M Vs Najib : Tun M 'Jem' !!! Serangan 'Ala Anwar' Gagal Melemahkan Najib... @chedet @umnoonline #1MDB

Gagal... Jangkaan Tun M bahawa Najib akan akur dan tunduk berundur dengan serangan fasa pertama nampaknya tidak membuahkan hasil. Najib nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda akan meletak jawatan dalam masa terdekat seperti yang dikehendaki oleh Tun M. Apatah lagi selepas Najib dikatakan mendapat sokongan padu dari ketua-ketua bahagian dan sebahagian besar barisan kabinetnya.

Ini memaksa Tun M beralih fasa kedua serangan. Yang pasti, bagi Tun M, alang-alang menyeluk pekasam, Najib mesti meletak jawatan. Sudah terlambat untuk Tun M berundur. Tun M perlu menggunakan apa juga cara untuk memastikan agendanya melihat Najib mengalah berjaya.

Sebenarnya, sejak mula isu pertelingkahan antara Tun M dan Najib tercetus, Smb seolah-olah dapat merasakan ada yang tidak kena di antara kedua-dua tokoh yang sangat Smb hormati ini. (Klik sini) Banyak perkara boleh dipertikaikan terutama di pihak Tun M.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang Smb maksudkan dengan serangan 'ala Anwar'. Jika diteliti pendekatan yang diambil oleh Tun M sebenarnya hampir sama seperti mana yang gemar Anwar lakukan.

  1. Sejak bermulanya kemelut ini, Tun M lebih gemar memilih media baru iaitu melalui laman blognya dan pentas ceramah untuk mendedahkan kelemahan kepimpinan Najib. Tun M menggunakan pengaruhnya untuk menarik sokongan rakyat. Melalui ceramah dan penulisannya, kemudiannya disuntik masuk spekulasi, dakwaan, tuduhan berkaitan kepimpinan Najib.
  2. Tidak pernah sekali pun lagi Tun M mengemukakan laporan rasmi kepada pihak berkuasa atau pihak yang berkenaan untuk tujuan siasatan atau untuk mengesahkan dakwaannya. Alasan yang diberi kononnya pihak berkuasa semuanya sudah menjadi orang Najib dan akan mengikut telunjuk Najib.
  3. Sepanjang Tun M menebar tuduhan dan dakwaan terhadap Najib, tidak ada satu bukti yang sahih yang telah dikemukakan oleh Tun M untuk menyokong dakwaannya. Semuanya sekadar dakwaan dan spekulasi semata-mata. Tun M sering nyatakan kononnya semua bukti sudah ada dalam tangan dan hanya menanti masa untuk didedahkan. Tapi hingga sekarang belum ada satu bukti pun lagi yang terdedah. Jadi tidak hairanlah kenapa Tun M memilih untuk tidak mengemukakan laporan rasmi.
  4. Cara Tun M 'bercerita' seolah-olah perkara itu benar-benar berlaku atau perkara yang diceritakan seolah-olah satu fakta yang pasti benar. Dengan menyebut beberapa angka yang detail kemudian ditambah dengan sumber2 yang nampak seperti kuat, diolah jalan ceritanya supaya masing2 berhubung kait antara satu dengan yang lain, maka terhasillah satu spekulasi. Walhal apa yang diceritakan tidak disusuli dengan bukti.
  5. Apabila yang menyampaikan datang dari mulut seorang yang sangat berpengaruh, mantan Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno, sudah tentulah rakyat akan mudah terpengaruh dan mempercayai bulat-bulat, walaupun hanya spekulasi. Pihak yang berkepentingan juga pasti akan mengambil kesempatan menumpang populariti Tun M, menokok tambah cerita yang asalnya pun sudah memang spekulasi dan akhirnya dipercayai oleh rakyat.
Apabila dinilai semua perkara yang Smb sebutkan di atas, tidakkah wujud persamaan antara pendekatan yang diambil Tun M dengan cara yang sering Anwar gunakan selama ini.



Smb tidak katakan semua dakwaan Tun M adalah fitnah. Sebahagian tidak dinafikan ada kebenarannya. Terutama berkaitan 1MDB. Memang benar wujud masalah yang berlaku hingga mengakibatkan 1MDB menanggung hutang. Tetapi apabila mengaitkan bebanan hutang yang ditanggung disebabkan kehilangan atau penyelewengan, maka ia memerlukan bukti yang sahih.

Begitu juga halnya dengan kes Altantunya, tidak cukup dengan hanya dakwaan, ia perlu disusuli dengan bukti. Apabila saban hari diulang-ulang dakwaan yang sama, datang dari mulut mantan Pm dan dalam masa yang sama tidak ada penafian yang kukuh dari pihak Najib, pastinya akan mengundang keraguan di kalangan rakyat.

Selepas bertubi-tubi Tun M menyerang, akhirnya Najib tampil mempertahankan diri dan menegaskan pendiriannya. Tun M menjangkakan Najib akan mengalah tetapi tidak. Najib telah menunjukkan kematangannya dalam berpolitik dengan tidak melatah tatkala berdepan dengan serangan Tun M.

Ini memaksa Tun M menukar strateginya. Jika dilihat posting terkini blog Tun M, boleh dilihat perubahan cara serangan. Tun M mula menimbulkan keraguan di kalangan rakyat tehadap kebolehpercayaan dan intergriti kepimpinan Najib.

Tun M mula mempertikai satu persatu corak kepimpinan dan keputusan-keputusan yang telah kerajaan buat. Semuanya hanya berkisar kelemahan dan keburukan. Malah Tun M juga kelihatan mula agresif menyerang peribadi Najib.

Apakah tujuan Tun M bertindak sedemikian. Sudah tentulah untuk menyemai lagi kebencian di hati rakyat terhadap Najib. Jika sebelum ini, dalam fasa pertama serangan,Tun M meniup spekulasi untuk menimbulkan keraguan dan was was di hati rakyat. Untuk fasa kedua, keraguan yang mulai timbul di 'highlight'kan lagi supaya akhirnya bertukar menjadi kebencian.


Dalam post yang sama juga, Tun M menyatakan bahawa Pakatan Rakyat juga tidak layak untuk diangkat menjadi sebuah kerajaan. Tidak sehaluan dan mempunyai dasar yang berbeza antara satu sama lain menjadi sebab kenapa Pr tidak layak memimpin.

Namun, dalam masa yang sama, Najib juga sudah tidak relevan lagi untuk menjadi orang no 1 di Malaysia. Walaupun begitu, Umno Bn adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi sebuah kerajaan. Ini beerti, yang perlu bertukar bukanlah parti, tetapi hanya satu individu iaitu Najib. Dan ia perlu berlaku dengan segera sebelum menghadapi Pru14.

Semua perkembangan yang berlaku ini sangat menarik perhatian Smb. Malah terus terang Smb katakan, Tun M hanyalah proksi untuk pihak tertentu mencapai matlamat. Pengaruh Tun M dipergunakan. Matlamatnya menjatuhkan Najib. Dan sekarang, jarum-jarum yang tajam sedang ligat bergerak di kala Najib tampak sepertu sedang sibuk melayan karenah Tun M.

Selepas ini, dalam posting akan datang, Smb akan dedahkan pula apa yang dimaksudkan 'jarum-jarum'... Nantikan...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama