Isnin, 11 Mei 2015

Tun M Vs Najib : Falsafah Bugis Menjadi Jawapan Kepada 'Raplah' Mamak Pakistan... BACA... @NajibTunRazak @CheDet #TabungHaji #1MDB

Akhirnya... Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno mula membuka mulut bagi menjawab sedikit sebanyak persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak akhir-akhir ini terutama dari Tun Mahathir. Mungkin tidak semua persoalan dijawab malah Smb yakin masih banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan jawapan dari Najib.

Tapi bagi Smb, untuk ketika ini, sudah cukup bagi Najib sebagai orang no 1 di Malaysia menyatakan pendirian dan kedudukannya. Ketegasan Najib yang tidak akan berundur dari kedudukannya sekarang sekurang-kurangnya meredakan keresahan di kalangan rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli setia Umno.

Desakan yang menghambat Najib kebelakangan ini, ditambah sikap Najib yang memilih untuk berdiam diri menimbulkan pelbagai teka teki termasuk di dalam Umno sendiri. Satu lagi kesilapan tindakan sekiranya berlaku boleh memberi kesan negatif malah boleh menyebabkan perpecahan kronik di kalangan orang Melayu dan ahli Umno.

Sebab itu, semua pihak menumpu perhatian kepada setiap tindak tanduk dan keputusan Najib.


Dalam satu program yang diadakan di Tawau, Sabah, Najib dengan nada yang bersahaja tapi tegas telah menyatakan sama sekali tidak akan berundur walaupun ditekan dari segenap pelusuk. Perlantikan dirinya sebagai PM dan Presiden Umno datang dari mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia khususnya ahli Umno. Hanya ahli Umno dan rakyat Malaysia sahaja yang berhak menentukan kedudukannya.

Dalam majlis tersebut juga, hampir 40 000 rakyat Sabah yang hadir telah sama-sama bangun dan dengan penuh semangat melaungkan sokongan dari rakyat Sabah kepada Najib.


Sebagai membidas desakan dari pelbagai pihak khususnya dari Tun M yang mahu Najib berundur dari kedudukannya sekarang, Najib telah membacakan 'falsafah Bugis' yang menarik perhatian Smb.
"Kendati tergantung awan di langit.
Telah terlanjur ku bentang layar.
Walau badai datang menggunung.
Walau berdentum guruh di langit.
Walau bumi berkeping dua.
Tak kan mungkin ku berbalik haluan."
Dengan pujangga yang disampaikan oleh Najib maka secara tak langsung menutup mulut banyak pihak kononnya Najib bakal melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat. Dan dengan ketegasan Najib ini juga menggambarkan keyakinannya bahawa dirinya berada di pihak yang benar. Secara tak langsung juga, menunjukkan kesediaan Najib untuk bertanggungjawab atas segala yang berlaku samada memihak dirinya atau tidak.


Dalam ucapannya juga Najib telah menyelar tindakan Tun M yang menyerang dirinya bertubi-tubi seolah-olah Tun M seorang yang sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan. Najib membangkitkan peristiwa yang pernah berlaku di dalam Umno hingga menyebabkan perpecahan di era pentadbiran Tun M.

Najib yang ketika itu berada dalam kabinet Tun M terus setia di belakang Tun M bersama Team A bagi menghadapi tentangan dari Team B dalam pemilihan peringkat tertinggi Umno. Peristiwa tahun 1987 itu menjadi sejarah hitam Umno apabila diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan disebabkan beberapa faktor sebelum Umno Baru ditubuhkan.

Menurut Najib lagi, ketika itu hampir 50% ahli Umno mahu Tun M berundur dan tentangan dari Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh dan Datuk Musa Hitam tampak begity sengit. Tun M berjaya mempertahankan kedudukan Presiden dengan majoriti yang sangat tipis. Najib terus kekal dibelakang Tun M malah tidak pernah mempertikai kedudukan Tun M walaupun didesak berundur hampir 50% ahli parti. 

Berbeza hari ini, di saat Najib sangat memerlukan sokongan semua pihak, tiba-tiba orang yang pernah disanjung, disokong dan dihormati telah menghentam dirinya bertubi-tubi hingga langsung tidak memberi ruang dirinya bernafas.


Dalam majlis tersebut juga, Najib mengambil kesempatan memberi sedikit penjelasan serba ringkas berhubung isu pembelian tanah oleh Tabung Haji daripada 1MDB. Menurut Najib, pembelian tersebut merupakan satu pelaburan biasa dan berpotensi tinggi bagi Tabung Haji, bukan sebagai 'bail out' kepada 1MDB.

Pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda dan boleh dinikmati oleh pendeposit Tabung Haji. Namun disebabkan timbul masalah, pertikaian hingga menyentuh isu fatwa dan hukum hakam dalam Islam, maka Najib terpaksa menasihatkan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji agar menjual semula tanah tersebut pada pihak lain yang berminat.

Itu pun Tabung Haji masih mampu mencatat keuntungan sekitar Rm5 juta. Bayangkan keuntungan yang boleh diperolehi jika Tabung Haji mempertahankan tanah tersebut sebagai aset. Nilaian tanah yang sentiasa meningkat ditambah kedudukan tanah tersebut yang terletak di tengah Segitiga Emas, Kuala Lumpur memungkinkan harga tanah mampu mencapai sekali ganda dari harga beli dalam tempoh hanya 1 tahun.

Apapun bagi Smb, Najib telah pun menyatakan pendiriannya. Walau bagaimanapun, tetap menjadi harapan Smb untuk melihat dan mengetahui hasil siasatan Jabatan Audit untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB.

GST : Siapa yang benar-benar terkesan dengan pelaksanaannya? (Klik Sini)
Show Comments: OR

6 ulasan:

  1. Andai kamu nak tenggelam bersama kapal bugis jangan diheret sama rakyat yang tidak rela!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita imbas balik... sudah berapa kali kapal kita hampir tenggelam dibadai ombak menggila... tp... kita kekal survive dan mampu berdiri teguh hingga ke hari ini... salahkah kalau kita sikit bersabar dan bg ruang untuk mereka selesaikan kemelut yang berlaku kerana InsyaAllah ombak ini akan tetap berlalu seprtimana ombak2 sebelum ini...

      Padam
  2. kenapa bercakap di sabah.untung nasib ah jiq gor hanya disabah.nasi sudah menjadi bubur.we love pm or i love pm.gula2 aje.sudah lupa pru 13.najib must step down 4 sure.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap Pm penah melalui saat di puncak... dan... saat tersembam menyembah bumi... kita sbg rakyat dan sebahagiannya ahli Umno, adakah hanya mahu bersama Pm ketika di puncak? Tepuk dada...

      Padam
  3. Aku kagum semangat Najib. Dia dh masak dgn dunia politik. Tkde calon lagi sesuai selain Najib buat masa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Politik ibarat roda.. adakala di atas, adakala di bawah... cuma apa yg perlu dipastikan.. arah roda bergolek.. biar kekal di landasan yang betul..

      Padam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE