Advertisement - Contact Us

Tun M Vs Najib : Benarkah Tun M Juga Bimbang Dengan Kuasa Najib ??? Cuba Baca... @NajibTunRazak #TabungHaji #1MDB

Tragik sungguh isu yang melanda negara sekarang. Terutama yang melibatkan Tabung Haji dan 1MDB. Malah buat pertama kalinya, Smb terpaksa memadam 2 posting terdahulu berkaitan isu kerana konflik yang berlaku sangat subjektif, mempunyai pelbagai perspektif dan berlaku perkembangan drastik dari semasa ke semasa menjadikan artikel yang disiar tidak relevan.

Smb bukan lagi berhasrat untuk mengulas isu Tabung Haji dan 1Mdb dalam posting kali ini, cuma ingin berkongsi berkenaan posting terbaru dari mantan PM, Tun Mahathir bertarikh 8 Mei (birthday Smb) juga berkaitan Tabung Haji.

Tun M nampaknya mengakui kedudukan dan kuasa yang dimiliki oleh Najib sebagai seorang Perdana Menteri. Ini mungkin menjadi salah satu faktor kenapa Tun M memilih untuk tidak melaporkan semua kes salah laku kepada pihak berkuasa.
Tindakan muflis yang dikenakan kepada individu yang membuat laporan seperti yang didakwa Tun M mungkin membimbangkan Tun M. Tun M bukan takut diambil tindakan seperti yang dikenakan kepada individu tersebut, tetapi lebih besar daripada itu, jika Najib mengambil tindakan atas hasutan iblis maka dikhuatiri perkara lebih buruk boleh berlaku.

Tun M juga mempunyai pengaruh dan pengikut yang besar. Apatah lagi bila berlaku krisis seperti hari ini. Semua dari kalangan mereka pasti akan teguh berdiri di belakang Tun M jika tindakan tidak sewajarnya dikenakan.

Ini akan menyumbang kepada perpecahan yang lebih besar dan hebat di dalam Umno dan di kalangan orang Melayu. Inilah yang sedaya upaya cuba dielak oleh Tun M.


Mungkin ramai masih ingat krisis yang melanda negara sekitar tahun 1998 yang membawa kepada pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim pada era pentadbiran Tun M. Perpecahan yang berlaku di dalam Umno dan di kalangan orang Melayu meninggalkan kesan hingga hari ini.

Jadi tidak hairanlah kenapa Tun M lebih selesa memilih untuk mendedah dan mengulas isu yang melanda hanya di dalam laman blognya. Malah jika diteliti, Tun M sangat berhati-hati dan sangat detail dalam semua penulisannya, daripada pemilihan perkataan dan ayat hinggalah kepada isu atau cerita yang ingin didedahkan.

Tun M akan pastikan tulisannya tidak dapat dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan dalam masa yang sama mesej sepatutnya dapat disampaikan.

Tak kisahlah macamana pun, yang pasti kedua-dua pihak sedang cuba melakukan yang terbaik demi negara yang tercinta. Cuma harapan Smb, jangan biarkan rakyat seperti Smb ternanti-nanti dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Berilah penjelasan sebaik mungkin, bukan sekadar alasan untuk melepaskan diri.

1MDB : Siapa sebenarnya yang berhutang ??? (Klik Sini)

2 Ulasan

  1. Pernah dengar pepatah melayu: "pukul anak sindir menantu"? Sejauh kemungkinan semua ini berlaku untuk menekan RM? Mesej untuk najib bangun dan mengawal ganguan RM? Kerana ini akan menjatuhkan imej kerajaan dan juga umno.

    BalasPadam
  2. Tidak dinafikan... ada kala boleh jd tulang belakang... yg kita takut dok mai jenis tikam belakang... tak pun yg kuat 'ghabat' tengah belakang... pilih la sendiri...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama