Isnin, 11 Mei 2015

Raihan Suleiman Palestin : Perginya Seorang Pejuang 'Berani Mati' Di Dalam UMNO... @NajibTunRazak @Umnoonline #Beranimati

Negara hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang lagi tokoh wanita di dalam Umno. Tokoh yang dimaksudkan adalah Puan Raihan Suleiman Palestin. Difahamkan beliau telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi berdasarkan info yang Smb perolehi dari seorang sahabat di Pahang.

Allahyarhamah mungkin kurang popular sebelum ini hingga beliau membuat keputusan mencabar kerusi Ketua Wanita Umno Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Sharizat Jalil pada pemilihan Umno tahun 2013. Tindakan berani ini sekaligus menaikkan namanya sebagai seorang yang 'berani mati' dan sedia berdepan dengan The Queen In Umno.


Walaupun tewas dalam pertandingan tersebut, namun sekurang-kurang arwah telah membuka mata banyak pihak betapa perlunya kesuburan dalam demokrasi.

Nama Raihan mungkin kurang dikenali, tetapi siapa tidak kenal dengan Suleiman Palestin, ayah kepada Raihan. Juga seorang pejuang di dalam Umno yang 'berani mati' seperti anaknya juga.
Pernah mencabar Sardon Bin Jabir merebut Ketua Pemuda Umno tahun 1958. Menjadi proksi kepada Datuk Haron Idris untuk mencabar Tun Hussein Onn dalam pemilihan Presiden Umno dan menjadi penyebab kenapa Tun Hussein berundur dan menyerahkan kerusinya kepada Tun Mahathir.

Ayahnya juga pernah bertanding di dalam Pru bagi Parlimen Kerian mewakili Perikatan tetapi tewas kepada calon Pas. Beliau menjadi satu-satunya calon Perikatan yang kalah dalam Pru tersebut. Mungkin sedikit ralat apabila pemergian ayahnya bukan sebagai ahli Umno tetapi merupakan Ajk Tertinggi Semangat 46.


Apapun bagi Smb, Raihan memang boleh dianggap seorang pejuang dan dilahirkan di dalam keluarga pejuang sejati. Malah ayahnya juga turut terlibat dalam menentukan tarikh kemerdekaan bersama Haji Abdullah Fahim.

Smb mendoakan agar Allahyarhamah Raihan dan Allahyarham ayahnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di dalam syurga. Bak kata pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasanya'.

Kenapa Azmin Ali akhirnya bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah di Permatang Pauh? (Klik Sini)
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE