Advertisement - Contact Us

PRK P044 : TERDESAK !!! Nama TG Hadi Awang Pula Dijaja Untuk Menarik Sokongan... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Semakin menghampiri hari pengundian maka semakin agresif kaedah kempen yang digunakan. Semuanya semata-mata untuk menarik sokongan para pengundi agar memilih calon masing-masing.

Semalam SMB mendedahkan tindakan sabotaj yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan selepas menerima arahan dari pihak atasan (Klik Sini).

Sebelah malamnya, timbul ura-ura perancangan pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan di atas program anjuran Umno Bn yang mana sekiranya tindakan awal boleh memberi imej negatif kepada jentera Umno Bn. (Klik Sini)

Hari ini, kehangatan kempen di Permatang Pauh berterusan. Terkini, tersebar flyers program ceramah Tuan Guru Hadi Awang yang kononnya akan berlangsung pada 6 Mei (Rabu). Susulan itu, menurut laman page rasmi milik TGHA, beliau menafikan penglibatan TGHA dalam program ceramah tersebut. Malah menurut page tersebut itu lagi, program itu adalah palsu kerana TGHA sudah pun sudah pun mempunyai komitmen lain pada waktu tersebut.


Tidak dinafikan, jentera Pkr dan PasMa sedang berada dalam keadaan yang sangat tertekan sekarang. Mempertahankan kerusi yang selama ini dianggap lubuk atau kubu kuat lebih sukar bagi Wan Azizah. Apatah lagi ditambah dengan senario politik semasa yang kelihatan tidak lagi memihak beliau.

Berbeza situasinya dengan calon yang ditampilkan UmnoBn kali ini, Saudara Suhaimi Hj Sabudin. Dengan rekod prestasi yang cemerlang, beliau menjadi calon 'underdog' yang berpotensi besar melakar sejarah baru dengan menumbangkan nama besar di Permatang Pauh.

Lebih menarik perhatian SMB adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli. Rafizi mempertikai pendekatan yang digunakan oleh Umno Bn dalam kaedah berkempen di Permatang Pauh. Mungkin dahulu kaedah berceramah secara besar-besaran sudah tidak praktikal menyebabkan Umno Bn mengubah startegi dengan mendekati pengundi dari rumah ke rumah.


Apapun, inilah warna warni sepanjang tempoh berkempen di Permatang Pauh. Cara Wan Azizah yang masih cuba menarik sokongan dengan menagih simpati sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Warga Permatang Pauh sudah memberi peluang kepada Wan Azizah dan suaminya berkali-kali.

Kini tiba masanya warga Permatang Pauh melakukan perubahan. Umno Bahagian Permatang Pauh sudah pun buktikan dengan melakukan transformasi kepimpinan. Kini giliran seluruh pengundi Permatang Pauh pula meneruskan transformasi yang sudah pun bermula demi kebaikan masa depan Permatang Pauh.


Masa buat Wan Azizah dan legasinya sudah pun di penghujung. Sudah tiba masa untuk Wan Azizah berbahagia dengan cucu-cucunya bermain buaian di rumah, bukan lagi di pentas politik negara...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama