Jumaat, 1 Mei 2015

PRK P044 : SYABAS !!! PAS Bangkit Di Saat SiAngkuh AMK Masih Menjaja Isu Haprak... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Ahli PAS keluar berdemonstrasi !!! Bukan di KL untuk membantah GST, tetapi di Masjid Batu, Permatang Pauh. Isunya, mendesak AMK memohon maaf kepada Tuan Guru Haji Hadi. Maknanya, tindakan 'U-turn' Yusni Mat Piah bukanlah mewakili seluruh ahli PAS di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh. (Baca Sini)




Inilah sebenarnya PAS yang kita kenali. Meletakkan asas perjuangan Islam sentiasa menjadi tunjang parti. SMB mendoakan agar mereka sentiasa istiqhomah dengan perjuangan yang mereka laung-laungkan. Buktikan di hari pengundian nanti. Jangan biarkan penentang hukum Islam beroleh kemenangan.

Seperkara lagi, SMB kesian bila tengok anak-anak muda yang dipergunakan oleh puak PKR dan konco-konco pembelot hanya untuk kepentingan kuasa mereka. Tindakan bekas Ketua Cawangan Guar Jering yang menggunakan platform PKR untuk menjatuhkan calon BN dan UMNO BN secara keseluruhannya adalah satu tindakan bodoh dan pendek akal. Lebih malang lagi bila PKR beria-ia mahu mengangkat isu ini untuk dijadikan modal, walhal ia telah pun diselesaikan sejak bulan Februari lagi.

UMNO mengalu-alukan tindakan bodoh bekas Ketua Cawangan ini kerana setidak-tidaknya seorang pembelot yang menjadi duri dalam UMNO dapat disingkir keluar. UMNO bukan tempat untuk mereka yang gilakan kuasa, yang mahu menjadikan cawangan hak eksklusif diri sendiri dan yang tidak boleh menerima hakikat demokrasi.

Cuma yang sedikit mengecewakan adalah tindakannya yang turut mengheret anak muda remaja yang tidak berkepentingan terlibat sama dalam permainan politiknya. Lihat sahaja lah anak muda yang berdiri di belakang sambil memegang kain rentang. Apalah yang mereka dapat selama ini.


Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE