Isnin, 4 Mei 2015

PRK P044 : HOT !!! 'Penjenayah' Yang Merosakkan Poster UMNO BN Ditangkap... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Nah.... tertangkap jua penjenayah kempen yang bertanggungjawab mencabut dan merosakkan poster-poster, banner-banner, bunting sepanduk dan bahan-bahan kempen milik Umno Bn.


Ingatkan samseng-samseng jalanan mana yang bertanggungjawab selama ini... Puas unit keselamatan hantar spy menjejaki perbuatan khianat ni angkara siapa...

Rupa-rupanya Uncle Lim Guan Eng menggunakan penguatkuasa PBT di bawahnya agar menurunkan poster dan banner milik BN.

MPSP lupa ke? Kan ke sekarang tempoh berkempen bagi semua parti-parti yang bertanding dalam PRK P044 Parlimen Permatang Pauh. Jadi semua jentera kempen berhak menaikkan poster, bendera dan banner mengikut syarat yang ditetapkan SPR hingga tempoh kempen tamat.

Lagipun, Bulatan Permatang Tengah masih lagi dalam Parlimen Permatang Pauh. Jadi, diharap agar pihak MPSP lebih peka akan hal ini dan naikkan semula bendera, banner dan poster milik BN yang telah diturunkan. Untuk makluman, 1 laporan telah dibuat kepada pihak SPR berkenaan hal ini.

Siapakah blogger yang didakwa menyerang peribadi dan menfitnah Wan Azizah ??? (Klik Sini)
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE