Ahad, 3 Mei 2015

PRK P044 : Hero Sebenar Muncul... Calon BN Dan PKR Dalam BAHAYA !!! #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Akhirnya... selepas puas seminggu bertapa, seorang lagi calon yang bakal bertanding dalam PRK Permatang Pauh dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) muncul hari ini. Azman Shah yang mengakui dirinya berasal dari Permatang Pauh terus menghilangkan diri sebaik sahaja selesai proses penamaan calon.

1 minggu beliau hilang rasanya cukup untuk menyusun strategi bagi menghadapi calon-calon lain. Paling tidak, Azman sudah dapat berjimat kos berkempen selama 1 minggu memandangkan belum ada lagi pergerakan kempen dari beliau.

Dalam sidang medianya tadi, beliau telah memberi satu pilihan kepada pengundi PAS yang memboikot calon PKR dan dalam masa yang sama tidak mahu menyokong calon BN untuk memangkah dirinya. Ini berdasarkan sokongan terbuka yang telah beliau nyatakan untuk melaksanakan hudud, dengan syarat, Pas perlu memberi penjelasan secara terperinci berkenaan hudud yang akan dilaksanakan.

Beliau juga bercita-cita untuk menghapuskan GST yang diperkenalkan oleh kerajaan BN sekiranya beliau diberi mandat untuk mewakili parlimen PermatangPauh dalam Prk nanti. Bagi beliau, Gst adalah membebankan rakyat.

Di akhir sidang medianya, apabila ditanya tentang kemampuannya untuk menang, beliau menjawab, beliau akan berusaha untuk pastikan sekurang-kurangnya beliau tidak hilang wang pertaruhan... CIIITTTT...



Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE