Advertisement - Contact Us

[POLITIK] HOT !!! Wan Azizah Sebagai Perdana Menteri Bayangan??? Biar Betoi... @wanazizah #smb #kakwan4pp

Seperti biasa... tiap kali Wan Azizah ada di parlimen, maka akan terbitlah idea untuk membentuk kabinet bayangan... cuma kali ini, lebih kuat lagi, Wan Azizah dilantik sebagai ketua pembangkang...

Kesian Wan Azizah, ternanti-nanti juga dia kot2 ada sesapa yang sudi mencadangkan dirinya sebagai PM bayangan...


Cadangan yang dikemukakan oleh Kak Wan sebenarnya bukanlah dipersetujui oleh semua pihak... maklumlah... dalam keadaan politik dalam Pakatan Rakyat yang turut bergolak, mana mungkin bos-bos lain termasuk Pas dan Dap mahu menurut sahaja apa jua cadangan dari Kak Wan...

Tuam Guru Hadi Awang awal-awal lagi menolak sebarang perlantikan dirinya dalam mana-mana portfolio bayangan... hingga sekarang, Pas masih belum mengemukakan cadangan nama-nama ahli parlimennya untuk menduduki kabinet bayangan...

Begitu juga halnya dengan Lim Guan Eng... beliau bersama bapanya, Kit Siang dan ahli parlimen vateran Dap, Tan Seng Giaw menolak untuk diisi mana-mana portfolio... malah Guan Eng turut menempelak TGHA kononnya presiden Pas itu tidak patut dilibatkab sama dengan kabinet bayangan ini memandangkan sikap TGHA yang dikatakan gemar membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan rakan Pr yang lain...


Namun begitu, dalam sidang media yang sama, Lim Guan Eng turut mengumumkan nama-nama ahli parlimen mewakili Dap untuk mengisi 18 portfolio kabinet bayangan...


Walau apa pun, cadangan Kak Wan untuk membentuk kabinet bayangan walaupun secara dasarnya ia baik sebagai 'check and balance' kepada menteri-menteri yang sebenar namun dalam masa yang sama harus diingat dengan pembentukan kabinet bayangan ini, secara tak langsung ia membentuk pelbagai spekulasi berkaitan kedudukan pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama