Advertisement - Contact Us

[POLITIK] CEROI !!! Budak DAP Di'Ludah' Oleh Tun M... Baru Nak 'Bodek', Dah Kena 'Camdek'... @chedet #Politik #smb

Confuse betul aku... apa la yang ada dalam fikiran Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari Dap itu apabila dia bertanyakan soalan kepada Tun M... Adakah dia mengharapkan jawapan perbandingan yang memihak kepada Lim Guan Eng berbanding Najib keluar dari mulut Tun M?

Apabila dia bangun bertanyakan perkara yang akan ditulis oleh Tun M sekiranya Tun M ingin mengutus surat kepada Najib dan LGE? Adakah dia merasakan Tun M akan memuji LGE supaya Najib kelihatan lemah berbanding Lge...


Alih-alih bukan pujian yg dapat... tapi, Tun M dengan nada selamba mencadangkan agar kedua-dua pemimpin ini berundur... menurut Tun M, ini lebih baik untuk kepimpinan dan pentadbiran yang lebih cekap...

Tun M ditanya dalam sessi soal jawab sewaktu melancarkan bukunya yang terbaru yang menghimpunkan surat-surat penting yang pernah dihantar oleh Tun M kepada pemimpin seluruh dunia...


Apa yang menarik perhatian dalam majlis ini ialah kehadiran ramai pemimpin-pemimpin dari kalangan pembangkang khususnya DAP dan Pkr... selain Steven Sim (MP Bukit Mertajam), turut kelihatan adalah Zairil Khir Johari (MP Bukit Bendera), Yusmadi Yusof dan beberapa pemimpin lain...

Dalam majlis yg sama juga, Tun M mempertikaikan kedudukan Najib yang dikatakan mempunyai banyak kuasa sebagai Perdana Menteri menyebabkan orang lain tidak lg boleh menegur apa jua tindakannya...

Tun M mencadangkan agar pentadbiran negara diuruskan oleh satu jawatankuasa baru seperti kabinet yg bukan berada di bawah kawalan Perdana Menteri... ini beerti apa jua yg hendak dilakukan oleh Pm terutama membabitkan kewangan negara perlu 
mendapat kelulusan jawatankuasa ini...


Pandai Tun M ni... masa dia Pm, takde pula nak terpikir bentuk apa-apa jawatankuasa seperti itu... nak kata sepanjang pentadbiran Tun M selama 22 tahun tak pernah berlaku salahguna kuasa dan penyelewengan, bohong la... Perwaja tu apa cerita? Bila sekarang orang lain sbg Pm, macam-macam pula jawatankuasa nak suruh tubuh... Tun M boleh bertahan 22 tahun disebabkan ciri-ciri diktatorship yang dipraktikkan, kalau ada jawatankuasa pun, sekadar boneka, lebih sikit, Kem Kamunting ler jawabnya... beza zaman skang, keterbukaan Najib ditambah perkembangan komunikasi yang tanpa batas tidak memerlukan ajk seperti itu kerana siapa saja boleh tegur, marah, cadang malah ugut menggunakan pelbagai media... kalau tak, takkan Tun M sendiri boleh mengkritik Najib secara terbuka hanya dengan pelbagai tulisan di blog yg boleh dibaca oleh semua orang...

Berkenaan cadangan Tun M yang mahu Najib dan Lge berundur, dalam reaksi balas Lge, beliau membidas cadangan Tun M itu kerana dia tidak ada kena mengena dalam ini cerita... jadi tidak wajar dirinya dilibatkan sama dalam kemelut antara Tun M dan Najib...

Siapakah menteri paling 'mangkaq' abad ini? (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama