Advertisement - Contact Us

Pasca PRK P044 : Bertambah Lagi 'Kayu Api' di Bahu Wan Azizah... #PRKPermatangPauh #KakWan4PP

Selesai sudah PRK Permatang Pauh. Statistik jelas menunjukkan hampir 32 000 pengundi Permatang Pauh masih memberi kepercayaan kepada Wan Azizah untuk mewakili suara mereka di Parlimen.

Dalam Islam sering dikaitkan tanggungjawab, kuasa dan tugas umpama kayu api. Kemenangan Wan Azizah menambah lagi beban kayu api di bahu Wan Azizah selepas Kajang dan selaku Presiden Pkr. Persoalannya ke mana dan apa pengakhirannya kayu api yang dipikul Wan Azizah.

Diharap kayu api yang dipikul akan menjadi penerang kepada seluruh warga Permatang Pauh. Apa yang sangat kita takuti kayu api yang dipikul akhirnya menjadi bahan bakar dalam neraka kelak.

SMB yakin kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh wan Azizah mampu dimanfaatkan untuk kebaikan semua. Dalam masa yang sama, kesanggupan pemimpin lain dalam Pr untuk membantu Wan Azizah di Permatang Pauh dan Kajang menjadi bonus kepada penduduk di kedua-dua tempat.

Bagi Umno Bn, sesuatu perlu dilakukan segera. Terus terang SMB katakan, berdasarkan statistik keputusan Prk kali ini, tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Bn gagal mengurangkan majoriti (jika undi Bebas dan Prm diambil kira), 25% pengundi berdaftar tidak keluar pengundi dan jumlah undi yang diterima di saluran muda sangat merosot, semua ini menampakkan kelemahan kepada Umno Bn.

Harus diingat, untuk menghadapi Prk Permatang Pauh kali ini, Umno Bn telah menawarkan yang terbaik untuk warga Permatang Pauh. Calon fresh, muda dan bersih (walaupun kurang popular di peringkat nasional), jentera kerja yang mantap, manifesto yang memenuhi keperluan dan kaedah serta pendekatan kempen yang lebih mesra dan dekat di hati. Tapi semua ini masih gagal menawan hati pengundi Permatang Pauh.

Ini beerti ada perkara lain yang lebih besar, yang menjadi struktur yang perlu dikaji dan diambil tindakan segera oleh kerajaan. Masalah-masalah inilah yang sebenarnya membelenggu hati dan jiwa rakyat yang meruntun kesetiaan rakyat kepada Umno Bn. Jika perkara ini gagal dilihat dan diambil tindakan segera maka percayalah, UmnoBn akan menghadapi masalah besar menjelang Prk 14 nanti.


Najib perlu lakukan sesuatu segera !!! (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama