Advertisement - Contact Us

Pasca PRK P044 : AWAS !!! Signal Jelas Rakyat Buat Najib Dan UMNO BN... #PRKPermatangPauh #KakWan4PP

Rasanya dah boleh untuk SMB ucap tahniah kepada Kak Zah dan PKR kerana berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Tidak boleh dinafikan sama sekali bahawa Permatang Pauh sememangnya lubok atau kubu kuat parti PKR.

Namun, apa yang ingin disentuh oleh SMB sebagai 'first word' atau 'first impression' berdasarkan keputusan Prk Permatang Pauh adalah keputusan ini adalah satu signal jelas kepada Najib bahawa ada perkara yang tidak kena dan tidak selesai yang berlaku dalam kerajaan.

Jika dikaitkan dengan keputusan Prk Rompin di mana pengundi Rompin khususnya pengundi Bn dan sebahagian atas pagar telah melakukan silent protest dengan tidak keluar mengundi walaupun ada yg beranggapan alasan mereka tidak keluar mengundi kerana yakin Bn tetap akan menang.

Manakala jumlah undi yang diterima oleh calon Pas kekal seperti Pru13.

Di Permatang Pauh berlaku juga silent protest di kalangan pengundi atas pagar. Ramai ahli Bn dan atas pagar yg pernah mengundi Bn dalam Pru13 tidak keluar mengundi kali ini. Undi Bn kali ini disumbang sepenuhnya oleh penyokong tegar Bn.

Undi Pkr sebenarnya tidak banyak terjejas walaupun pelbagai isu domestik cuba diketengahkan. Ahli Pas yang dikatakan akan memboikot nampaknya tidak menjadi kenyataan kerana bagi mereka apa yang lebih penting adalah menjatuhkan kerajaan Bn melebihi kepentingan melaksanakan hudud. Kebanyakan ahli Pas di Permatang Pauh sebenarnya sudah terpengaruh dengan cara fikir Pkr. Manakala sebahagian kecil lagi yang pro ulama tidak keluar mengundi.

Smb tidak mahu bercakap tentang undi Pkr. Apa yang mengecewakan adalah Bn gagal memastikan semua ahli Bn keluar mengundi Bn dan dalam masa yang sama gagal menarik sokongan pengundi atas pagar.

Isunya, sudah tentu disebabkan keggalan kerajaan mengimbangi beban hidup yang kian mendesak akibat pelaksanaan Gst. Ditambah pula kegagalan najib memperjelaskan isu 1mdb yang mana rakyat nampak seolah-olah Najib sedang membajak di tengah belakang rakyat.

Kesimpulan awalnya mudah, selagi kerajaan gagal menyelesaikan semua masalah dan isu nasional dalam tempoh terdekat maka rakyat akan terus kian menolak kerajaan.

Najib perlu lakukan sesuatu segera!!!

3 Ulasan

  1. Ek.. Eleh..

    Kenapa tak kata orang BN dah undi PR?

    Pusing2 tak keluar mengundi pulak...

    Muak dah alasan 'save' mcm tu... Tak mengaku le tu..

    BalasPadam
  2. Orang Bn yang undi Pr, tak banyak... depa lebih rela x ngundi... yg byk mungkin atas pagar yg pangkah Bn masa Pru13 kalih pangkah Pr kali ni... manakala Pas yg boikot pun kecil... sentimen anwar terlalu kuat kat sini... tapi diakui gst n faktor najib lebih mendapat perhatian dlm dua2 Prk...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama