Rabu, 13 Mei 2015

PANAS !!! 1MDB Terpaksa Juai Harta Negara kat "Bangsa Asing"... Bodohkah Orang Malaysia??? #1MDB #TRX #TabungHaji

Nah... apa lagi yang nak dikata... 1MDB telah pun menjual sebahagian tanahnya di Tun Razak Exchange (TRX) kepada sebuah syarikat gergasi Indonesia dengan harga RM665 juta. Urusniaga tersebut telahpun dengan rasminya termeterai...

"1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan penjualan tapak Signature Tower di Tun Razak Exchange (TRX) kepada syarikat pemaju Indonesia, Pt Kumpulan Mulia pada harga RM665 juta, seminggu selepas kontroversi tercetus mengenai pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji."
The Malaysian Insider
Apa lagi pilihan yang 1MDB ada... mahu tidak mahu, untuk menyelesaikan atau untuk mengimbangi hutang yang sedang ditanggung, 1MDB perlu memikirkan apa jua cara. Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana syarikat, tidak kira kecil atau besar, apabila berdepan dengan masalah terutama melibatkan hutang, langkah menjual aset atau pegangan saham menjadi pilihan.


Takkan 1MDB hanya berdiam diri apabila dilanda kemelut... apatah lagi kemelut yang dialami telah pun heboh ke seluruh dunia. Siapa bersalah atau siapa yang bertanggungjawab menyebabkan hutang sedang disiasat oleh Jabatan Audit dan PAC... Tidak siapa pun akan terlepas jika terbukti bersalah... Dalam masa yang sama, 1MDB perlu juga meneruskan survival mereka... 

Lain halnya jika sudah ada tindakan dikenakan kepada 1MDB seperti pembekuan aset, menggantung operasi atau apapun hukuman... masalahnya tidak ada hukuman dikenakan lagi kepada 1MDB... Jadi selagi berkemampuan, selagi ada jalan, selagi ada cara yang terbaik... ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar masalah tidak jadi lebih meruncing.

Menjual aset tanah TRX mungkin menjadi antara pilihan yang tinggal... Namun, SMB memuji langkah 1MDB yang terlebih dahulu menawarkan tanah tersebut kepada rakan GLC lain seperti Tabung Haji. Niat 1MDB adalah, kalaupun terpaksa menjual tanah tersebut, biarlah yang membelinya adalah syarikat yang boleh memberi kebaikan kepada orang Islam, bangsa Melayu dalam negara Malaysia.

Anehnya... lain pula yang difikirkan oleh kebanyakan umat Islam, bangsa Melayu, rakyat Malaysia apabila Tabung Haji mahu membeli tanah tersebut... Hati dipenuhi dengan hasad dengki, syak wasangka, busuk hati dan berprasangka buruk... Hingga akhirnya Tabung Haji terpaksa pula menjual semula tanah tersebut... semuanya kerana spekulasi jahat dan disusuli dengan hasutan iblis yang melingkari hati dan jiwa umat Islam Malaysia...

'Bijak'nya Rafizi ni... pppttuuuiiihhhh

Selepas Tabung Haji, cuba dikaitkan pula dengan KWSP, KWAP dan terbaru PNB... bagi SMB tidak ada salahnya jika syarikat-syarikat GLC ini melabur wang untuk membeli hartanah bernilai tinggi seperti di TRX... Harga yang sentiasa meningkat pasti akan memberi pulangan keuntungan berlipat kali ganda... 

Dalam masa yang sama, setidak-tidaknya jika kita berlapang dada, dapat juga membantu 1MDB berdepan dengan kemelut yang dihadapi... semuanya syarikat milik kerajaan Malaysia... dan semuanya akan dan sentiasa memberi manfaat kepada rakyat Malaysia...

Takpe lah... benda dah jadi... dah syarikat Malaysia berstatus GLC tidak dibenarkan berurusniaga dengan 1MDB... nak buat macam mana... masalah tetap perlu diselesaikan... terpaksalah 1MDB mencari pembeli yang mampu dan berminat untuk memiliki hartanah di TRX...

Harapan SMB... pilihlah pembeli yang terbaik... biarlah dikalangan umat Islam juga, kalaupun bangsa Melayu dan rakyat Malaysia sudah tidak berminat...

1MDB : Kemana Wang yang dikatakan 'hilang' tu??? (Klik Sini)
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE