Rabu, 6 Mei 2015

Kes MyVi FMC : BOHONG !!! Geng Myvi Ni Memang Berlumba... Lihat Dan Nilai Sendiri... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Rintihan seorang anak yang baru kehilangan ibu, ayah dan adik, dalam sekelip mata. Tak sampai hati SMB nak baca. Inilah sebenarnya suara hati seorang anak kecil, bukan dibuat-buat, bukan dipaksa, tapi lahir dari hati yang sangat rindukan belaian, pelukan dan kasih sayang ibu dan ayah.


Bayangkan dalam usia sekecil itu, terpaksa merelakan hati kehilangan kasih sayang ibu dan ayah. Setiap kali bangun dari tidur, terbayang-bayang pelukan si ibu. Tatkala merajuk, terngiang-ngiang pujukan si ayah. Apabila bermain teringat-ingat tangisan adik bongsu yang dahagakan susu.


Tangkap dan hukum mereka yang bersalah. Tak berlumba konon. Tak pernah memandu lebih 120km/j konon. Cuba tonton video di bawah. Tak berlumbakah namanya tu?



Sekalipun memandu hanya 80 km/j, tapi memandu cara bersaing dan melulu, tetap dinamakan berlumba. Tak semestinya memandu 200km/j baru dianggap berlumba. Sebuah memotong di kanan, sebuah memintas di kiri, lagi sebuah mengekori rapat di belalang, berlumba la namanya tu.

Baiklah... kalau tak mau ngaku berlumba. Pasti tidak boleh elak dan nafi jika seluruh rakyat Malaysia katakan yang anda memandu secara melulu membabi buta hingga membahayakan pengguna jalanraya lain dan mengakibatkan kemalangan maut yang mengorbankan 3 nyawa 'TIDAK BERDOSA'.



SMB pun dah malas nak cakap banyak. Tapi sebagai seorang ayah, SMB tetap akan tersentuh tiap kali mengikuti perkembangan 2 anak mangsa yang masih tinggal.

Puak Fmc, cermat sikit bila keluarkan kenyataan. Jangan terlalu biadap dan kurang ajar. Jaga sama hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia terutama hati ahli keluarga mangsa.

Ikuti pengakuan tidak sengaja dari Yana Fmc... (Klik Sini)

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE