Rabu, 27 Mei 2015

[ISU SEMASA] HANGAT !!! Macai Sanggup Berhabis Duit Nak Menabur Fitnah... Dibayar Kot??? #suaramelayubaru

Asal ada isu hangat, maka akan naik la segala macam jenis banner di hampir seluruh Seberang Perai... macam memang dah jadi trend bagi puak-puak ni untuk cuba mengambil kesempatan atas segala isu yang muncul...

Mereka seperti cuba menggambarkan kononnya banner-banner ini mewakili suara seluruh rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu dan Umno... kononnya org Melayu telah berpadu suara dengan menaikkan banner di banyak tempat...

Menariknya... jika dilihat warna dan jenis font yang digunakan, ia jelas menunjukkan bahawa orang yang menaikkan semua banner ini adalah dari kelompok kumpulan yang sama... malah tidak mustahil, yang melakukan semua ini hanya didalangi oleh seorang atau dua yang bertindak mengupah kalangan remaja untuk menaikkan semua banner-banner ini di banyak tempat...


Aku bukanlah berminat sangat nak menjawab setiap isu yang cuba mereka bangkitkan... benda dah fitnah, tentu-tentulah benda menipu...


Bagi aku mudah, apa yang mereka tulis dan paparkan di dalam banner tersebut sebenarnya menggambarkan siapa diri mereka sebenarnya... mereka dari kalangan orang yang kecewa mungkin pernah menikmati kemewahan dek kerana kuasa yang dimiliki seketika sehinggalah mereka ditumbangkan...

Hari ini mereka menuduh orang lain sebagai gila kuasa bagi menutup kehendak mereka terhadap kuasa yang sentiasa membuak-buak... punca yang menyebabkan kejatuhan mereka adalah disebabkan sikap mereka yang pentingkan diri dan bermain janji hingga menyebabkan orang lain muak dan akhirnya bertindak menjatuhkan mereka...


Mereka sentiasa berasakan diri mereka bijak dari orang lain... sebab itu, mereka akan sentiasa memberi jawapan dan buah fikiran yang berbeza dengan pemimpin semasa... walaupun buah fikiran mereka itu nampak jelas bercanggah dan akan memudaratkan tetapi bagi mereka, alasan yang biasa digunakan, "inilah strategi yang akan mendatangkan manfaat dalam jangka masa panjang"...

Begitu halnya dengan isu Tudm... manfaat apa yang akan orang Melayu dapat jika pembangunan hartanah telah merancang projek bertaraf mewah yang pastinya tidak akan mampu dimiliki oleh orang Melayu Pulau Pinang...


Kalau betul nak membantu membina rumah untuk org Melayu, projek tersebut perlu diuruskan oleh kerajaan pusat atau melalui suruhanjaya mahupun Glc dan setiap pelan dan perancangan perlu dimaklumkan kepada umum...

Tak payah la... sebelum ke situ pun, banyak benda perlu dilalui termasuk perpindahan kem, pemilihan tempat baru yang sesuai dan byk lagi... malah masyarakat di sekitar akan tetap terkesan akibat dari pembangunan tersebut...

Apapun... bagi aku, tindakan orang yang menaikkan banner ini adalah sangat tidak bijak dan membazir... tidak ada sebab untuk rakyat Pulau Pinang terpengaruh dengan fitnah murahan seperti ini...
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE