Advertisement - Contact Us

[ISU AM] SADIS !!! Mayat Bayi Dikerat 15 Ditemui... Apalah Dosa Bayi Itu??? @NajibRazak #IsuAm

Kejam... sadis... berhati binatang... itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan ciri-ciri si pelaku yang sanggup membunuh dan membuang bayi yang tidak berdosa... 

Sudah la dibunuh, tidak cukup dengan itu, mungkin bertujuan untuk mudah melupuskan bukti maka mayat bayi tersebut telah dikerat dan dikatam kepada 15 bahagian sebelum dibuang ke salur kumbahan...

Mayat bayi tersebut ditemui tersangkut di saluran menghubungi loji kumbahan utama... bukan mayat, tetapi bahagian-bahagian tubuh bayi yang dikutip satu persatu... malah hingga kini masih ada bahagian yg belum ditemui termasuk kepala...


Kejadian dikatakan berlaku di kawasan perumahan PPR Taman Kempas Permai, Johor Bahru. Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk membuat pemeriksaan di klinik-klinik berhampiran bagi mengesan pesalah yang tergamak membunuh bayi ini...

Aku pun tak tau apa yang ada dalam fikiran pembunuh tersebut sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian rupa... kenapa perlu dikerat hingga 15 bahagian kalau pun tidak mahukan bayi tersebut... banyak lagi cara boleh dibuat termasuk serahkan kepada rumah kebajikan atau kepada individu yang inginkan anak angkat...


Apa yang dilakukan jelas sekali bertentangan dengan norma dan fitrah manusia... kalaupun sudah hanyut dari pegangan agama, setidak-tidaknya sifat belas kasih sesama manusia apatah lagi kepada seorang bayi pasti ada dalam hati manusia yang berakal...


2 3 hari lepas pun kecoh dengan kejadian seorang ayah yang mengamuk dan menjadikan ibu, isteri dan 3 anak sebagai tebusan... semuanya kerana gara-gara mendalami ilmu yg dikaitkan dengan agama dengan cara yang tidak betul...

Malah semalam pun satu video berkenaan tindakan seorang ibu yang mendera, memukul dan menghempas bayinya... apa lah yang diketahui oleh seorang bayi, melainkan menangis tatkala lapar dan mengantuk...

Segala gejala sosial yang melanda masyarakat kita berpunca dari byk sebab... tapi yang paling utama adalah disebabkan tekanan akibat kesempitan hidup dan tanpa bimbingan agama yang betul... semoga Allah selamatkan negara Malaysia yang dicintai...

Hero sebenar muncul dalam Prk Permatang Pauh... (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama