Advertisement - Contact Us

[ISU AM] PANAS !!! Pengganas Ni Masih Pelajar 'U' Ke??? Macam Kenal Je Logo Pada Baju Tu... #IsuAm #suaramelayubaru

Pagi tadi, 6 orang suspek telah dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan atas kesalahan menggalakkan keganasan dan merancang untuk melancarkan serangan di lokasi-lokasi tertentu...

Mereka telah ditahan sewaktu dalam perjalanan mendaki Pusat Rekreasi Gunung Nuang, Ulu Langat dalam satu operasi khas UTK Polis DiRaja Malaysia... polis telah menemui beberapa bahan yang disyaki mampu menghasilkan bahan letupan berimpak tinggi... mereka dipercayai dalam perjalanan untuk menguji bahan letupan yang dibuat sendiri...

Apa yang nak pertikaikan adalah apabila melihat 'sweater' yang dipakai oleh salah seorang suspek tersebut sewaktu dibawa ke mahkamah...


Mungkin setengah pihak beranggapan bahawa hal ini remeh... tapi sebenarnya ia boleh memberi persepsi negatif kepada universiti yang terlibat... seolah-olah pusat pengajian tinggi di Malaysia berjaya melahirkan ramai 'pengganas' yang berjaya... sudah la sebelum ini pun sudah beberapa kali kes pengganas termasuk Abu-Sayyaf yang dikaitkan dengan pelajar dan bekas pelajar universiti tertentu...

Pihak berkuasa perlu peka akan hal ini... jangan universiti, baju yg terpampang logo tadika pun tidak patut dibenarkan pakai...


Walau apapun, aku tetap ingin mengucapkan syabas kepada anggota PDRM kerana berjaya menangkis kes-kes keganasa berprofil tinggi sebelum ia menjadi lebih parah...

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan di bumi yang bertuah ini... kerana di hadapan kita masih ada dengan gagah dan setia anggota-anggota keselamatan mempertahankan bumi pertiwi ini...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama