Advertisement - Contact Us

[ISU AM] PANAS !!! Pelajar Uitm Yang Ber'Selfie' Ketika Konvo... Gantung Diploma Ditarik Balik... Mohon Maaf Sahaja... @NajibRazak #Uitm

Kesiannyerr... niat awalnya untuk disimpan sebagai kenangan saat bersejarah... tapi dengan cara yang salah dan melanggar etika dan protokol...

Tindakan pelajar Uitm yang ber'selfie' ketika menerima sijil di atas pentas sewaktu Majlis Konvokesyen telah menarik perhatian banyak pihak... walaupun tindakannya tidak melanggar hukum agama mahupun undang-undang negara tetapi ia tetap dianggap sebagai tindakan biadap kerana telah melanggar protokol majlis...

Protokol yang telah menjadi tradisi pihak universiti sepatutnya dihormati dan diikuti, selagi mana tidak menyanggahi hukum agama dan negara...


Disebabkan tindakan bodoh pelajar tersebut, selain ditegur oleh pihak pengurusan Uitm, dia juga dikatakan hukuman gantung diploma selama 2 tahun...

Pelajar yang baru menerima Diploma Fotografi bakal rugi selama 2 tahun sebelum menyambung semula pengajiannya dalam bidang yang sama untuk dapatkan ijazah...


Hukuman yang dikenakan oleh pihak universiti ini telah mendapat respon banyak pihak... ada yang menyokong hukuman tersebut dan ada juga sebaliknya...

Saudara Azmand Azha yang merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia dalam status terbarunya meminta agar pihak universiti menimbang semula hukuman yang telah dikenakan... menurut beliau, hukuman tersebut boleh menjejaskan potensi yang ada pada pelajar tersebut, hanya gara-gara tindakan tidak matang yang dilakukan pelajar itu...

*Ralat : Hukuman gantung diploma ditarik balik oleh pihak universiti... pelajar tersebut perlu memohon maaf di atas tindakannya itu...

Harap maklum...

Pendirian Najib dijawab dengan pantun falsafah Bugis... (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama