Advertisement - Contact Us

FITNAH !!! Bab Menfitnah Dan Berbohong Memang Serah Kat Mamat Ni... Kaki Kencing Betoi... #fitnah

Kalau bab menuduh, menfitnah... memang depa la juaranya... benda betui dan benaq pun depa boleh spin dan pusing sampai jadi salah... kalau tak sampai salah pun, kalau boleh buat orang rasa sangsi dan curiga pun, dah dikira berjaya bagi set depa...

Memang adat la... benda yang palsu, tipu, fitnah dan sensasi memang sering kali menarik perhatian... kadang tu, sah-sah pitnah, tapi masih ramai yang ikut dan percaya...

Orang kita pun satu hal juga... kata sokong kerajaan dan cintakan agama, bangsa dan tanahair... tapi nak buat sikit sumbangan untuk kerajaan pun yang amat berkira... bukan nak minta duit, cuma tolong sebar-sebarkan dasar dan kebaikan yang dah kerajaan buat... itu je... bukan nak suruh karang ayat post ke status... cuma ringan-ringankan jari untuk tekan 'share' apa-apa info yang membantu kerajaan... itu pun susah...

Puak pembangkang layak dipuji bab ni... cuba tengok portal dan blog pro pembangkang... contoh MalaysiaKini... bukan semua ceritanya betui... kebanyakannya hanya spekulasi... tapi tiap satu artikel yang di'post' oleh MalaysiaKini akan di'share' tidak kurang 1000 kali... maka terbesar spekulasi itu ke seluruh negara... bandingkan dengan artikel portal pro kerajaan... Umnoonline ke atau portal akhbar rasmi yang ceritakan tentang dasar dan kebaikan kerajaan... nak dapat 100 share pun susah...

Abih-abih kita kata umno bn lemah dalam mengendalikan media baru... padahal kita sendiri sebagai ahli yang kata sayangkan Umno pun gagal mainkan peranan untuk bantu sedangkan kita sendiri pun banyak yang menghadap media baru saban waktu... malah ada juga kalangan kita yang turut share berita yang jelas menentang kerajaan... maklumlah, melawan arus ni biasanya menarik perhatian... tanpa kita sedar, hasil share kita, berapa ramai yang 'atas pagar' boleh terpercaya dengan cerita palsu hasil share kita...

Mamat yg aku kenali sbg 'OT'

Tak de pun dalam surat tu yang nyatakan bahawa pejabat Pm akan settlekan kes muflis Adun Lenggeng ni... yang dinyatakan dalam surat tu adalah minta supaya mereka yang terlibat iaitu yang berhutang dan yang dihutang dapat selesaikan masalah ini di luar mahkamah... itu je... itu rasanya menjadi tugas seorang bos untuk menasihati anak buah, apa yang terbaik yang perlu dilakukan... 

Jadi apa masalahnya... lagi pun bukan Adun Lenggeng tu yang berhutang... dia cuma jadi penjamin kepada penghutang... cuma mungkin nasib kurang baik atau dianiaya, maka dia terpaksa dilibatkan sama dalam kes ini... 

Andai kata Pm sanggup kuarkan duit untuk settlekan hutang Adun ni pun ok apa... janji duit pm sendiri la... takkan korang jeles kot.... tapi nak tuduh pejabat Pm kuarkan arahan supaya mahkamah buang kes... ini perlukan bukti yang kukuh la... dan Pejabat Pm pun tidak akan mencampuri urusan badan Perundangan kerana ia merupakan badan yang eksklusif... sebab tu pejabat Pm kuarkan surat untuk Adun, bukan kepada hakim...

Rasanya kalau dia boleh deal luar mahkamah agar diselesaikan perkara ini atas persetujuan kedua-dua pihak, itu lebih baik... soal kedudukannya sebagai Adun, itu hal lain... kalau dah selesai luar... maknanya kes gugur... so x de sabitan... jadi kalau cam tu, apa yang nak dipertikaikan tentang kedudukannya sebagai Adun lg... dah x bersalah... lainlah kalau sampai dah duduk 'Sg Buloh'... sendiri paham la...



Ini satu hal lagi... berkenaan caj Gst pada kad prabayar... aku tak berhasrat nak komen apa-apa lagi sebab masih lagi samar dengan arahan yang dikeluarkan... tak mustahil juga seperti apa yang mamat ni dakwa... tak kena Rm10.60 tapi dapat Rm9.40, apa bezanya... malah lebih menyakitkan hati...

Kita topup cukup2 Rm10 untuk tambah volume internet yang berharga Rm10 untuk 500mb... bayangkan kalau yang masuk cuma 9.40, tak cukup nak tambah volume... dah kena topup lagi Rm5.00... memang hangin la satu badan...

Jadi... dalam hal ni... minta kerajaan khususnya bro sabri jelaskan sejelas-jelasnya... pastikan perkara seperti disebut di atas tak terjadi... kalau tak mau mengundang kemarahan lebih banyak rakyat Malaysia, termasuk aku sendiri... ADA PAHAM !!!

Surat arahan dari Su Agong Pas kepada ahli supaya tidak terlibat dalam kempen Prk Permatang Pauh... 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama