Advertisement - Contact Us

[EDISI BONGKAR !!!] Salah Guru Atau Pemandu Bas??? Yang Pasti, Pelajar Tahfiz Dan Syarikat Bas Famira Tanggung Susah... @NajibTunRazak #edisibongkar #basfamira

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian malang yang menimpa sekumpulan pelajar sekolah tahfiz bersama beberapa orang guru pengiring... mereka dikatakan telah ditinggalkan ditepi jalan berhampiran Melaka Sentral setelah berlaku perselisihan faham antara pemandu bas dan seorang guru pengiring...

Ekoran itu, seorang guru bergelar ustazah telah memuatnaik status ke akaun Fb dengan kata-kata yang agak kasar mengecam tindakan pemandu bas tersebut dan syarikat pemilik bas... ustazah ini juga telah menyeru semua yang membaca status ini agar meng'viral' perkara ini...

Tidak pasti apa tujuannya, namun yang pasti, pihak yang menerima kesan dan tamparan hebat akibat dari tindakan ustazah ini sudah tentulah syarikat pemilik bas yang mengendalikan bas persiaran...


Memang tak dinafikan siapa pun yg berada di tempat ustazah itu pasti berang dan marah dgn kejadian yang berlaku... apatah lg ia melibatkan tanggungjawab dan amanah yang dipegang untuk memastikan keselamatan anak-anak pelajar tahfiz yang terlibat...

Namun mungkin tindakan yg diambil oleh ustazah ini kurang tepat... menggunakan media sosial sebagai medan melepaskan marah adalah kurang bijak... sepatutnya perkara ini perlu dirujuk terus ke pengetahuan pihak berwajib untuk tindakan...


Niat ustazah itu mungkin sekadar berkongsi dgn umum agar perkara sama tidak berulang kepada org lain atau mungkin sebagai tanda simpati kepada pelajar yang terlibat... dalam masa yang sama, ustazah tersebut mungkin tak menjangka bahawa syarikat bas yang terlibat akan turut menerima tempias...

Harus diingat, yang meninggalkan pelajar tadi bukanlah syarikat bas atau atas arahan pengurusan syarikat... ini adalah tindakan drastik pemandu bas atas sebab-sebab tertentu...


Hasrat ustazah tadi yg mahu meng'viral'kan isu ini akhirnya tercapai... pelbagai maklum balas diterima melalui komen dan tidak kurang juga yang turut share posting ustazah tadi...

Ramai pihak yang mengecam dengan pelbagai tuduhan ke atas pemandu bas dan tidak terkecuali juga syarikat bas Famira yang merupakan tuan punya bas yang terlibat... menariknya, kebanyakan kecaman datang dari pihak yg tidak tahu cerita sebenar dan hanya berpegang pada maklumat sebelah pihak...


Sehinggalah tampil pihak yang mengetahui perkara sebenar secara keseluruhannya menerangkan apa sebenarnya yang berlaku... mungkin tidak tahan dengan pelbagai kecaman serta tohmahan yang dilemparkan mendorong tindakan individu ini menceritakan apa yang sebenarnya berlaku...

Dan apabila berlaku perkara sebegini, maka banyak cerita-cerita yang tidak enak didengar sampai ke telinga umum... puncanya sudah tentu datang dari perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara pemandu dan salah seorang guru...

Guru bergelar ustaz tadi dikatakan bertindak kurang sopan terhadap pemandu bas tadi... daripada teguran biasa bertukar kepada pertengkaran dan berlanjutan hingga berlaku cabar mencabar... 

Sikap angkuh ustaz tadi menyebabkan pemandu bas hilang sabar... malah pemandu tadi mungkin rasa tercabar apabila disuruh menurunkan penumpang di Melaka Sentral... ustaz tadi yang langsung tidak mahu mengalah atau bertolak ansur akhirnya mengundang kesusahan kepada para pelajarnya sendiri...


Tidak ada sebab untuk ustaz tadi bersikap sombong... adakah ini contoh yang baik yg patut ditunjukkan kepada pelajar... 

Akhirnya perkara ini diakui sendiri oleh ustazah yang mengviralkan isu ini di media sosial tadi... malah ustazah tersebut jua telah mengemukakan permohonan maaf, juga menerusi media sosial...

Sebenarnya banyak ikhtibar yang boleh kita teladani dari kejadian yang berlaku... menggunakan media sosial dengan cara yang salah akan menyusahkan banyak pihak...

Yang pasti, pelajar tahfiz yang terlibat akhirnya dapat juga merasai 1 pengalaman baru yang menarik, iaitu menaiki sebuah lori... terima kasih atas perhatian dan rasa tanggungjawab untuk membantu kepada pemilik lori yang sudi meminjamkan lorinya... semoga semua pihak yang terlibat mengambil pengajaran dan ikhtibar atas apa yang berlaku...

Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih...

P/s : kepada semua guru kerajaan, guru sekolah swasta, pendidik pusat pengajian tinggi, guru tuisyen, guru memasak, guru menjahit, guru memandu, terutamanya kedua-dua guru yg bergelar ustaz dan ustazah di atas serta tidak ketinggalan Mr K. Gurusamy... Smb ingin mengucapkan Selamat Hari Guru...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama