Advertisement - Contact Us

[DUNIA] Jawatan Kosong Diperlukan Segera... Tanpa Kelayakan Cuma 'Hati Kering'... #Dunia #smb

Jawatan kosong... ada 8 kekosongan yang perlu diisi segera... bekerja di luar negara dan menjanjikan gaji yang pasti lumayan... berpeluang menunaikan haji dan umrah setiap tahun...

Jawatan kosong yang dimaksudkan adalah sebagai tukang pancung kepala bagi yang telah dijatuhi hukuman mati... seperti yang kita sedia maklum, Arab Saudi adalah antara yang mempraktikkan hukum pancung dan hudud...


Sebelum ini, jawatan tukang pancung dimonopoli secara turun temurun... mungkin disebabkan sudah tidak ada waris yang sanggup meneruskan tradisi ini bagi tukang pancung sedia ada menyebabkan kerajaan Arab Saudi terpaksa membuka tawaran kepada umum, secara online melalui laman web kementerian mereka...

Untuk rekod, tahun ini, kerajaan Arab Saudi sudah melaksanakan hukuman pancung kepada 85 pesalah berbanding sepanjang tahun lepas hanya 88 orang..


Kebanyakan pesalah yang dihukum pancung melibatkan kes pembunuhan dan kes pengedaran dadah... majoriti pesalah terdiri daripada rakyat Arab Saudi sendiri...

Jadi, kepada sesiapa yang berminat, boleh lah ringan-ringan tangan untuk memohon secara online di laman web rasmi mereka... tidak perlu risau kerana jawatan ini tidak memerlukan kelayakan akademik yg baik...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama