Advertisement - Contact Us

[DEDAH] LAGI PANAS !!! Ini Dia 'Mamat' Yang Rakam Video Ucapan TPM... Inilah 'Musuh Dalam Selimut' Yang Nak Pecah Belahkan UMNO... #Dedah #suaramelayubaru

Amboi... rajin sungguh mamat kita ni ambik gambar... walaupun ianya salah satu hobi yang baik, tapi kalau disalahgunakan atau mengambil gambar bukan hanya untuk kenangan tetapi mempunyai niat yang tersirat apatah lagi berniat jahat, maka hobi yang baik tetap menjadi buruk...

Baru-baru ni kecoh tentang penyebaran video klip ucapan TPM dalam satu majlis tertutup... aku pun dah ulas tentang isi kandung ucapan yang bagi aku tidak menimbulkan sebarang masalah... cuma ianya di'spin' bagi melaga-lagakn Pm dan Tpm... (Klik Sini)

Kali ini, aku ingin mendedahkan pelaku atau orang yang bertanggungjawab merakam video tersebut... harus diingat, majlis tersebut adalah majlis tertutup... sepatutnya tidak dibenarkan langsung gambar mahupun video dirakam... tapi mungkin tiada siapa menyangka mamat yang rakam video ucapan tersebut mempunyai niat jahat, bukan merakam untuk rekod peribadi...


Pihak yang menguruskan program tidak wajar dipersalahkan kerana gagal menghalang sebarang rakaman dari berlaku... aku percaya mereka juga berbelah bahagi dan hanya mampu berprasangka baik...

Perkara jahat, pada saat ianya berlaku, baru dianggap jahat... sebelum itu, hanya pelaku yang berniat untuk melakukannya sahaja yang tahu samada benda jahat itu akan berlaku atau hanya akan tinggal sebagai niat sahaja... pihak pengurusan program paatinya tidak mampu membaca niat orang lain, sehinggalah ianya zahir nampak di mata...


Aku bersetuju dengan saranan beberapa pihak termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi dan YB Khairy Jamaluddin yang memandang serius perkara ini dan mahu tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang bersalah... walaupun ada juga suara-suara yang tidak mahu memanjangkan isu ini sebaliknya terus fokus terhadap isu yang melanda 1MDB seperti pandangan dari Naib Ketua Pemuda Malaysia, Saudara Azwan Bro...

Memang dari satu sudut perkara ini dianggap remeh, tapi harus diingat, ia perlu dijadikan ikhtibar dan pengajaran kepada Mamat pelaku dan kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama dan tidak mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang telah diberikan... apatah lagi perkara yang didedahkan, apabila disalahtafsir atau di'spin', akan memberi impaks negatif kepada Umno khususnya melibatkan hubungan Presiden dan Timbalan Presiden Umno...


Kepada si perakam atau pelaku yang telah merakamkan video ucapan ini, elok rasanya satu permohonan maaf secara terbuka dibuat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan seluruh ahli UMNO yang mungkin terguris dengan tindakannya itu... dalam suasana Umno amat menuntut perpaduan yang kukuh di kalangan ahli, adalah sangat tidak patut tiba-tiba muncul rakaman seperti ini...

Aku tidak menuduh orang yang sama merakam dan turut menyebarluaskan video ini... mungkin juga ada pihak lain yang mengambil kesempatan dengan kewujudan video ini untuk menimbulkan persepsi dan keraguan maka disebarkan part tertentu di dalam video ini... maklumlah, jika hanya satu-satu part sahaja yg ditonton tidak beerti ia mewakili keseluruhan isi ucapan...

Namun, video ini telah pun tersebar... Tpm pun telah memberi penjelasan tentang ucapannya itu... DS Zahid juga sekali lagi telah menegaskan akan menyiasat dalang di sebalik penyebaran video ini... tinggal lagi apa pula langkah seterusnya kelompok-kelompok yang berniat jahat ini...

Seperkara lagi, pihak pengurusan majlis atau program perlu mengambil ikhtibar di atas kejadian ini... mereka perlu lebih peka dan tegas dalam memastikan privacy sesebuah majlis sentiasa terpelihara... mereka yang melanggar peraturan perlu ditegur dan kemudian diambil tindakan dengan cara berhemah seandainya masih berdegil...

Sapa kata Muhyidin Yassin belot pada bosnya??? (Klik Sini)

2 Ulasan

  1. Fasal 1MDB ni Najib memang dah telus kerana arahkan Audit Negara dan PAC menyiasat dan beliau juga menegaskan x melindungi salah laku. Kini siasatan sedang dijalankan. Justeru sabarlah. Sehingga ada bukti penyelewengan atau rasuah barulah PDRM dan SPRM masuk. Kalau semuanya dilakukan serentak, akan menyulitkan kerja2 siasatan itu sendiri.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama