Advertisement - Contact Us

[DEDAH] KABOOM !!! 'Katipang' Buat Report Polis... Bila Si'Bankrup' Berbicara Hal Bilion2, Boleh Pakai Ke??? #Dedah #suaramelayubaru

Bagi aku, inilah pengkhianat besar yang sedang bertungkus lumus memecah belahkan perpaduan umat Islam berbangsa Melayu, sekaligus meruntuhkan tiang seri Umno yang telah dibina dan dipupuk sejak sekian lama...

Dek kerana kecewa, kerana berdendam, kerana iri hati, tamak dan busuk perut, dia sanggup lakukan apa saja untuk menggoncang ukhwah Umno... sedangkan dulu, sewaktu dia memiliki sekelumit kuasa dalam Umno, dialah diantara yg pulun mengisi dan memenuhi temoloq sendiri...

Mahukan job dan projek besar, PM dituju... sudah dapat projek, mahu pula loan yang besar kononnya sebagai modal, maka PM juga ditala... sudah dapat loan, bukan dibuat modal berniaga tetapi dihabiskan untuk kepentingan diri demi mengukuhkan kuasa... projek di'sub' kepada si mata sepet untuk dilaksanakan...

Akhirnya bankrap yang melanda... sekali lagi PM tempat nak ditujah... larat la PM nak bela... wujud dalam Umno langsung tak beri manfaat... mata akar umbi makin terbuka... mahu tidak mahu, terpaksalah Pm bertindak...


Tentu ramai yang mulai kenal dengan pemilik wajah yang dibulatkan dengan warna merah dalam gambar di atas... merupakan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Dato' Khairuddin @ 'Katipang' terpaksa disingkirkan dari jawatan dalam bahagian gara-gara disabitkan bersalah atas kesalahan muflis...

Bila Najib menolak untuk membantu melepaskan diri dari muflis... mulalah perasaan marah, dendam dan khianat menebal di hati... 

Melihatkan pertelingkahan antara Tun M dan Najib mula menjadi bara api, maka inilah masa terbaik untuk orang seperti Katipang memainkan peranan... bara api yang kecil mula ditiup perlahan-lahan hingga membentuk api kecil... dari api yang kecil, disimbah pula minyak hingga api menjadi marak dan seolah-olah tidak dapat dipadamkan lagi... itulah yang berlaku antara Tun M dan Najib hari ini...


Satu laporan polis telah dibuat oleh si Katipang kepada Najib... kononnya Najib telah cuai dan memberi maklumat palsu berkenaan 1MDB dalam parlimen...

Bila dikata bodoh... marah...
Orang dah bagitau, 1MDB dalam proses siasatan, dan kini sudah memasuki fasa siasatan oleh Pac... jadi... tunggu saja la apa keputusannya...

Kalaupun mahu mengkhianati anak bangsa sendiri, berpada-pada la... jangan sampai terserlah kebodohan yang memang telah wujud dalam diri... ingat... orang ni juga dulu tempat hang 'isap' dan 'kolom'... hanya kerana temoloq...


Memang kena sangat la nama bloq si Katipang dengan dirinya... seorang yang bersifat batu api tidak perlu lagi menggenggam bara kerana dirinya pun memang audah bersifat api... orang-orang seperti Katipang memang tidak boleh wukud dalam Umno... malah kalau masih ada tali barut pengkhianat yang cuba mensabotaj dan memperkotak katikkan perpaduan Umno, maka tindakan tegas mesti diambil...

Persamaan antara Haron Din dan TGHA... (Klik Sini)

3 Ulasan

  1. mr blogger , sir

    Jangan kutuk orang dan takbur

    Sokonglah najib, tak mengapa
    ampulah najib, memang tugasmu
    tapi jangan kutuk pendapat berbeza
    jika khairuddin betul, jsgala dirimu

    Sokonglah najib idolamu
    tak semua melayu lama dan baru setuju
    kerana najib bukan maksum
    semua melayu muslim tersangatlah maklum

    BalasPadam
  2. Kalu ikut cara Singapura .. mereka akan buat apa cara sekali pun kepada yang menentang kerajaan ..contoh JB Jeyaratnam ..dilunyaikan makhluk tu sampai bankrap ... last last jual buku tepi jalan ..apakah taktik yang sama diguna pakai di Malaysia ..so aklhirnya orang takut nak tegur kerajaan .... 1 undi hilang untuk BN ...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama