Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS !!! ADUN Sungai Puyu, YB Phee Boon Poh 'Ter'buka Tembelang Kerajaan Negeri Pulau Pinang... Bajet JKM Pergi Ke Mana??? #Bongkar #suaramelayubaru

Setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bermesyuarat, pihak kerajaan negeri pimpinan Dap sering kali menggunakan peluang ini untuk menghentam kerajaan persekutuan... ada saja kelemahan dan kekurangan yang diakibatkan oleh kerajaan pusat hingga menyebabkan seolah-olah terganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri...

Paling tidak, jika ketandusan isu menghentam, maka pihak kerajaan akan cuba pula mengungkit-ungkit dan mengada-adakan cerita kononnya kerajaan negeri terdahulu pimpinan Bn meninggalkan legasi yang lemah dan hancur kepada mereka... kadangkala hingga ke peringkat isu penting melibatkan kepentingan dan hak rakyat tertinggal dek kerana terlalu fokus dengan kelemahan orang lain...

Dalam mesyuarat Dun baru-baru ini, perkara berkenaan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dari tahun 2010 hingga 2014 telah dibangkitkan melalui soalan bertulis oleh ADUN mereka dari Jawi... ianya telah dijawab oleh YB Phee Boon Poh mewakili YAB Ketua Menteri...


Pertama... berdasarkan jawapan yang telah diberi, jelas sekali peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada JKM jauh lebih besar berbanding peruntukan kerajaan negeri... benar, ini tanggungjawab kerajaan pusat... tapi untuk menuduh kerajaan pusat mengabaikan kebajikan rakyat Pulau Pinang seperti yang sering dicanag oleh puak Dap adalah sgt tidak tepat dan tidak adil, jika angka-angka ini diambil kira...

Kedua... setiap tahun, peruntukan kerajaan pusat akan bertambah dan meningkat pada jumlah yang besar saban tahun kecuali tahun 2014... penambahan ini berlaku bagi memenuhi keperluan golongan sasar yang memerlukan di samping memastikan peranan Jkm akan lebih efektif...


Apa yang mungkin boleh dipersoalkan adalah bagaimana peruntukan besar yang disalurkan ini digunakan dengan cara yang betul dan telus... kita tidak hanya mahu mendengar slogan yang sering dilaungkan oleh kerajaan Dap iaitu CAT (Cekap, akauntabiliti dan transparensi) tapi gagal dari segi implementasinya...

Sepertimana yang berlaku dengan bajet berjuta digunakan hanya untuk kerja-kerja surveying bagi projek terowong dasar laut yang belum tentu lagi pelaksanaannya samada pratikal atau tidak, kita tidak mahu perkara sama turut berlaku dalam pengurusan bajet JKM ini... adalah amat merugikan jika bajet ini digunakan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat atau tidak menepati kehendak golongan sasaran...

Ada baiknya juga sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang dapat membentangkan secara terperinci ke arah mana peruntukan besar ini disalurkan dan adakah pengurangan bajet 2014 berbanding 2013 disebabkan kegagalan pihak kerajaan negeri menghabiskan bajet dengan betul pada tahun 2013 hingga meninggalkan lebihan bajet pada hujung 2013?

Inilah masanya untuk kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng membuktikan ketelusan pengurusan pentadbirannya bertepatan dengan konsep CAT yang sering menjadi pujaan mereka...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama