Advertisement - Contact Us

ASSAK : Penghubung Silaturrahim Di Kalangan Ex-MudGWar, Ex-Sains Kedah... Syabas... @NajibTunRazak #Assak #mudgwar

Smb ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Assak kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Assak 2015 bertempat di Sungai Petani, Kedah.

Sebagai sebahagian daripada warga Assak atau Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Smb berasa sangat berbangga melihat peranan yang berjaya dimainkan oleh Assak dalam menyatukan semua bekas-bekas pelajar Sek. Men. Sains Sultan Mohamad Jiwa bermula dari era Sek. Sains Kedah hingga yang terkini.

Melalui Assak juga, hubungan baik dan kerjasama yang erat terjalin antara pihak sekolah, PIBG, pelajar dan warga Assak. Bukan setakat futsal malah sudah banyak program berjaya dianjurkan, bukan hanya di Kedah malah boleh dikatakan merangkumi seluruh negara.

Smb berharap agar organisasi Assak akan terus berjaya dalam setiap perkara yang direncanakan. Smb akan sentiasa teguh di belakang Assak dan sedia membantu sekadar termampu. InsyaAllah...




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama