Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Najib Jawab Sekali Lagi !!! Terima Atau Tidak, Korang Punya Pasal... @NajibRazak #AnalisisIsu

Syabas... itulah perkataan pertama yg ingin aku ucapkan kepada Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno... kenapa??? Kerana penjelasan dan jawapan yang telah diberikan merangkumi 13 perkara yang sering dijadikan modal oleh banyak pihak untuk menyerang dirinya dan kerajaan Malaysia pimpinan Umno Bn keseluruhannya...

Terus terang aku katakan, aku sangat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang Pm dan orang yg bertanggungjawab sepenuhnya ke atas negara Malaysia yg dicintai...

Bukan senang utk seorang yg bergelar Perdana Menteri meletakkan sifat egonya hanya untuk melayan dan menjawab persoalan dan karenah pihak lawan... walhal Najib telahpun memberi penjelasan serba ringkas dalam program Soal Jawab di TV3 kira-kira sebulan lalu... atas rasa tidak puas hati sesetengah pihak yg terus-terusan mengangkat isu yg telah dijawab itu untuk mengkritik kerajaan pimpinan Najib, maka hari ini Najib telah memilih untuk memberi penjelasan secara bertulis dengan panjang lebar dan dibahagikan kepada 13 perkara menerusi laman blognya sendiri... (Klik Sini)

Aku percaya, belum tentu pemimpin lain baik di pihak pembangkang mahupun kerajaan mampu lakukan sepertimana yg telah Najib korbankan... Tun Mahathir sendiri tidak pernah menjawab apa jua isu yg menyerang dirinya sewaktu era pentadbirannya dan lebih suka memilih untuk menyerang kembali pihak yg membongkar isu tersebut atau terus dikenakan tindakan ISA...


Sebenarnya, isu yang menjadi 'peluru' utama yang sering digunakan oleh pihak lawan adalah berkaitan kemelut 1MDB... tapi, memandangkan 1MDB masih di peringkat siasatan Jabatan Audit Negara sebelum diserahkan kepada PAC maka tidak banyak yang boleh dijawab oleh Najib... apapun semua pihak mesti menantikan keputusan siasatan... sangat tidak adil serangan yg dilancarkan kpd Najib dalam keadaan Najib tidak boleh menjawab sehingga keputusan siasatan diterima...

Punca isu 1Mdb meletus adalah disebabkan kelewatan pihak 1Mdb menyerahkan laporan kewangan kpd Bursa Malaysia dan masalah bayaran balik pinjaman... perkara ini dapat dihidu oleh sebuah portal pro pembangkang, Sarawak Report dan didedahkan oleh beberapa pemimpin pembangkang...

Beberapa perkara yang perlu kita ketahui berkenaan kemelut 1Mdb ialah:
  1. Najib telah mengakui bahawa 1Mdb memang telah meminjam kira2 Rm42bil dan sekarang berdepan masalah pembayaran.
  2. Najib juga akui wujud kelemahan dlm pengurusan hingga membawa kepada masalah ini dan kini ia dalam siasatan... tindakan tegas akan dikenakan jika ada kesalahan.
  3. Ia bukan disebabkan kehilangan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak lawan, jadi tidak hairanlah kenapa Najib berani mempertahankan kedudukannya hingga hari ini.
  4. Apapun yg berlalu, 1Mdb perlu terus survive dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
  5. Pihak pengurusan tertinggi 1Mdb bersetuju untuk mengambil langkah terbaik, termasuk terpaksa melupuskan beberapa aset seperti di TRX untuk membiayai hutang yang ditanggung.
Terus terang aku katakan, aku sendiri sedang kumpulkan beberapa maklumat berhubung tindakan pihak yg membuat pendedahan termasuk Sarawak Report yg telah memanipulasikan maklumat dan fakta untuk mengaitkan kononnya berlaku penyelewengan dan salah guna dana dalam 1Mdb... mereka sanggup lakukan apa sahaja, termasuk memalsukan dokumen hanya semata-mata mahu mengaitkan individu-individu tertentu sebagai punca kepada masalah 1MDB.... 



Setelah jawapan dan penjelasan telah diberikan oleh Najib, sepertimana yang didesak dan dikehendaki oleh semua pihak termasuk diri kita... persoalannya... adakah kita bersedia untuk berjiwa besar dan berlapang dada menerima penjelasan yang telah diberikan dan kembali bersatu mempertahankan kebenaran???

Kepada yg masih curiga atau tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, sebabnya ada dalam diri masing-masing... adakah rasa tidak puas hati itu disebab mahukan penjelasan yang lebih baik demi kebaikan tanahair tercinta... atau... kerana telah berpatah arang berkerat rotan menolak pimpinan Najib dan mahu tumbangkan Umno Bn??

Bagi Tony Pua, Rafizi dan pemimpin pembangkang lain, berilah apa pun penjelasan, mereka tidak mungkin terima sehinggalah matlamat utama mereka iaitu tumbangkan Umno Bn dan segala di dalamnya dan ambil alih Putrajaya tercapai... bagi ahli-ahli Umno Bn lain yang selama ini berjuang mempertahankan Umno, apa alasan anda untuk menolak penjelasan Najib... Adakah anda sama seperti mereka dari kalangan pembangkang yg mahu tumbangkan kerajaan yang selama ini anda sayangi???

Tepuk dada... tanya mata hati...

Penjelasan awal Najib dalam rancangan Soal Jawab... (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama