Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] BACA !!! Lepas Muhyiddin, Giliran Ku Li Pula Dipancing... Adakah Tun M Mahu Menebus Dosa Silamnya??? @chedet #analisisisu #suaramelayubaru

Puaih... Muhyiddin kena balun pukul keliling... semuanya gara-gara video ucapannya yang tersebar secara meluas semalam...

Dari satu sudut, aku sebenarnya turut bersetuju dengan saranan TPM yang mahu semua bos utama 1Mdb dipecat... memang mereka dilantik oleh PM, tapi harus diingat antara kriteria perlantikan mereka sudah tentulah keupayaan serta pengetahuan mereka dalam mentadbir urus sebuah Glc besar seperti 1Mdb...

Kegagalan yang berlaku dalam 1Mdb menyebabkan Pm akan turut terpalit... ditambah dengan laporan yg disebut oleh Najib yang kemudiannya Najib dituduh menipu... pastinya laporan itu datang dari mereka dan sepatutnya mereka lebih berhati-hati di atas setiap perkara yang akan diumum oleh Pm...

Dalam hal ini tidak wajar meletakkan semua kesalahan di bahu Najib walaupun Najib tetap org no 1 dlm kerajaan yang memiliki 1Mdb... kerana... ada ahli pengurusan lain yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengetahui secara terperinci segala selok belok apa yang berlaku dalam 1Mdb...


Tidak disangkal lagi, memang wujud satu kelompok yg cuba mencari jalan untuk mewujudkan perpecahan dalam Umno dengan membentuk prasangka negatif antara satu pemimpin dgn pemimpin yang lain... tujuannya, membahagikan Umno kepada 2 team, sepertimana yang berlaku tahun 1987...

Pendedahan sebelum ini kononnya wujud satu pakatan di Milan yang mahu menjatuhkan Najib memang berlaku, tetapi tidak seperti yang didedahkan... balaci 'mastermind' yang terdiri daripada ZI dan DZ cuba menghasut Muhyidin dan beberapa pemimpin Umno lain untuk bersama mereka menumbangkan Najib... cuma, Muhyidin belum memberi keputusan samada bersetuju bersekongkol atau tidak...

Muhyidin bukanlah bodoh... sekarang dia adalah orang No 2... samada dia setuju bersekongkol atau tidak, jika benar Najib tumbang, maka tidak ada orang lain yang akan naik jika mengikut tradisinya, Muhyidin lah orgnya... jika dia mahu naik dgn cara bersekongkol, mungkin lebih cepat, tapi berapa lama? Pasti sudah ada org di belakang tabir sbg mastermind yg akan ambil alih... itu jika Najib tumbang... jika tidak, dalam keadaan Muhyidin telah dedahkan dirinya sebahagian daripada kelompok menentang... malang bagi Muhyidin jika itu terjadi...

Adalah lebih baik Muhyidin bersabar tanpa bersekongkol dengan sesiapa... biar mereka sahaja buat kerja mereka... jika mereka berjaya, Muhyidin juga yang akan naik, dalam keadaan bersih tanpa ada rekod melawan bos...


Soalnya sekarang, adakah kelompok rela menanggung risiko begitu? Susah payah mereka jatuhkan Najib, terpaksa pula mereka jatuhkan Muhyiddin... lambat punya cerita jawabnya... pujian zaid buat Muhyidin sebenarnya adalah untuk melihat reaksi Muhyidin samada dia bersetuju dengan pakatan yang telah dibincangkan di Milan atau tidak...

Jika tidak, terpaksalah kelompok ini mencari alternatif lain... apa sebenarnya yang mereka cari? Pengganti Najib selepas dia dijatuhkan... 


Yang penting, mastermind tidak boleh lagi didedahkan andai Najib tumbang... proksi perlu naik terlebih dahulu... naik dengan syarat hanya untuk tempoh sepenggal... sebelum mastermindnya mengambil alih...

Jadi siapa lagi pemimpin di dalam Umno yang paling berani dan mempunyai pengaruh yang tidak kurang hebatnya... jawapannya adalah 'Ku Li' yang pernah mencabar presiden dan pernah hampir menang menumbangkan Tun M... jadi tidak hairanlah jika kali ini pun nama KuLi sekali lagi menjadi sebutan...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama