Advertisement - Contact Us

PRK P044 : PANAS !!! Guan Eng Terpaksa Tangguh DUN Kerana Takut Dilondeh Oleh Dato' Jahara... #PRKPermatangPauh

Lim Guan Eng tangguh sidang DUN??? 

Apa kena mengena dengan PRK Parlimen Permatang Pauh??? 


Tak pe lah, SMB punya sangkaan tetap baik terhadap tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini. Mungkin ingin memberi peluang kepada semua pihak terutama barisan kepimpinan DUN untuk membantu jentera parti masing-masing menghadapi PRK P044 Permatang Pauh ini.

Tapi, bagaimana pula dengan tanggungjawab pimpinan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat terhadap rakyat Pulau Pinang yang lain pula? Ya... Walaupun penangguhan itu tidak lama, iaitu dianjak dari 5 Mei yang sepatutnya bermula ke 11 Mei, namun tidakkah setiap detik dan masa itu amat berharga? Di mana asas CAT yang selama ini diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

ATAU... Sebenarnya ada sebab lain yang memaksa Lim Guan Eng menunda tarikh persidangan?

YB Dato' Hajah Jahara Binti Hamid selaku Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang, di dalam sidang media yang dibuat petang tadi bertempat di Command Center BN melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ini.

Menurut YB Datuk Jahara lagi, sidang DUN kali ini sangat dinanti-nantikan oleh semua ADUN-ADUN dari Barisan Nasional kerana terdapat beberapa isu-isu penting yang perlu dibangkitkan dan perlu diberi penjelasan oleh kerajaan negeri. Kesemua isu-isu ini melibatkan hak-hak rakyat yang masih belum ditunai termasuk isu tanah. Malah Datuk Jahara juga turut menyatakan untuk mencadang agar gaji Ketua Menteri dan EXCO yang gagal memberi khidmat terbaik, dipotong. Termasuk cadangan untuk menghadkan tempoh penggal bagi Ketua Menteri.

SMB berpandangan, antara sebab kenapa Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan sidang DUN yang jatuh pada hari pengundian adalah disebabkan beberapa isu yang masih gagal diselesaikan. Kerajaan Negeri belum bersedia untuk berdepan dengan alasan yang bernas di atas kegagalan yang berlaku.

Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada keputusan PRK Permatang Pauh nanti jika Kerajaan Negeri gagal menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional. Lim Guan Eng terpaksa menggunakan kuasanya untuk melindungi kelemahan yang berlaku dalam kerajaan pimpinannya tatkala seluruh rakyat Malaysia sedang memberi tumpuan terhadap perkembangan PRK Permatang Pauh ini.

Harus diingat, Lim Guan Eng pernah meneruskan Sidang DUN sewaktu menghadapi PilihanRaya Kecil Parlimen Gelugor, jadi kenapa kali ini ia perlu ditangguhkan???

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama