Advertisement - Contact Us

Najib sudah jawab... ada sesapa lagi yang tak puaih hati???

Semalam telah menjawab segala-galanya. Menerusi media utama iaitu program Soal Jawab di TV3, Najib telah menjawab dan memberi penjelasan tentang semua perkara dan isu yang telah dibangkitkan. Jika sebelum ini banyak pihak seperti cuba mengambil kesempatan di atas kritikan yang dibuat oleh Tun M untuk menekan PM, maka semlm Pm menjawab setiap kritikan yang diutarakan.

Untuk kesekian kalinya, Najib sekali lagi mengulangi dan menegaskan bahawa dirinya tidak sama sekali terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan kes pembunuhan Altantuya. Jadi, apa lagi yg kita nk dengar. Pihak yang mendakwa dan menuduh mesti mengemukakan bukti yang benar dan sahih jika masih mahu mensabitkan penglibatan PM dengan kes tersebut. Manakala Najib cukup sekadar menafi jika benar tidak terlibat, tanpa perlu kemukakan sebarang bukti kerana beliau adalah pihak yang dituduh. Bukti apa yang perlu dikemuka jika tidak terlibat.

Berbicara berkenaan 1MDB, sememangnya Najib perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk Audit Negara untuk menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan atau salah urus wang kerajaan dalam 1MDB. PAC juga perlu diberi ruang untuk selidik sebarang salahguna kuasa yang berlaku di dlm 1MDB memandangkan di dalam jawatankuasa tersebut turut melibatkan ahli parlimen pembangkang. Najib tidak boleh mencampuri urusan siasatan jika benar2 mahu melihat ketelusan dalam siasatan. Jika benar terdapat kepincangan dlm pengurusan dana 1MDB, maka najib dan kerajaan perlu bersedia untuk sebarang tindakan.

Berkenaan GST, adalah tidak adil untuk kita menilai dan menghukum kerajaan dengan hanya bersandarkan pada kegagalan dlm tempoh 10 hari perlaksanaan. Beri ruang dan peluang untuk kerajaan memperbaiki dan membetulkan kelompangan yang berlaku dalam perlaksanaan awal GST ini. Kerajaan juga dalam masa yang sama perlu menggerakkan seluruh jentera secara agresif untuk menyelesaikan semua masalah yg berlaku dalam perlaksanaan GST ini. Rakyat tidak sanggup lagi terus ditindas sedangkan peniaga yg tidak bertanggungjawab sedang mengaut keuntungan.

Yang lama mesti dihormati. Tun M sebagai mantan PM pastinya mempunyai pandangan perspektif beliau sendiri. Najib mesti menerima pandangan dari Tun M dengan baik. Kalau pun tidak bersetuju, biarlah ia ditolak dgn penuh kesantunan. Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Kedua-dua pihak mesti berjiwa besar dan jgn sekali-kali benarkan pihak ketiga yg jahat memanipulasi situasi yang berlaku.

Banyak lagi yang telah dijawab oleh Najib semalam. Dan rasanya sudah byk juga isu dan spekulasi yang timbul sebelum ini telah diselesaikan. Fokus sekarang adalah bagaimana utk memastikan negara Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Jgn lah perkara yang remeh diangkat melebihi sepatutnya sehingga menjejaskan potensi negara.

Buanglah yang keruh, ambil yang jernih... jangan izinkan iblis laknat memecahbelahkan perpaduan yang telah kita pupuk selama ini...

4 Ulasan

  1. Apa yg dia jawab...klu kat universiti...markah untuk assignment dpt lah dia 10%...markah kesian kerana usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukuplah sudah menjadi batu api,sepatutnya kita mendamaikan.....antara sesama islam,janganlah kita lebih sudu dari kuahnya

      Padam
  2. Rasanya najib dah jawap byk persoalan semlm... cuma... mungkin jawapan yg diberi x sama mcm yg dikehendaki oleh puak yg menentang... puak ni cuma nk dengar najib ngaku salah semua tuduhan walaupun depa sendiri sampai kesudah gagal kemuka bukti... mcm tu baru depa puas ati... baru "muka ada senyum"...

    BalasPadam
  3. http://www.facebook.com/suaramelayubaru

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama