Advertisement - Contact Us

P042 (PARLIMEN TASEK GELUGOR) : Shahabudin Bin Yahaya (BN) vs Dato' Seri Mohd Shariff Bin Hj. Omar (Bebas) - Salah Siapa???

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/04/Shariff-Omar-BN-sack-shahuddin-new-300x209.jpg
Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berkempen dan Selamat Mengundi. Lama rasanya saya tak update sampai nak menaip pun terasa kekok. Tapi bila melihatkan senario politik semasa, terpanggil pula untuk saya berkongsi berdasarkan apa yang dilihat dari kaca mata saya sendiri.

Sedih tatkala melihat ramai pemimpin dan ahli UMNO yang telah dipecat keahlian atas alasan khianat, sabotaj parti, tidak akur dengan keputusan pimpinan yang akhirnya membawa kepada pertandingan berpenjuru melibatkan calon Bebas. Itu hanya senarai yang zahir menentang keputusan pimpinan UMNO. Yang tidak berani menzahirkan tetapi di hati sudah kecewa dengan pimpinan, tidak dipastikan jumlahnya. Dari senarai 61 yang dipecat, boleh dianggap melibatkan kira-kira 50 kawasan parlimen dan DUN yang sudah pasti berlaku pecahan undi BN termasuk di beberapa kawasan yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

Saya ingin bercakap apa yang berlaku di Pulau Pinang kerana berdasarkan senarai itu, ia melibatkan 5 atau 6 kawasan di dalam Pulau Pinang sahaja. Di mana kelemahannya, siapa patut dipersalahkan, kenapa boleh jadi begini dan apa sudah jadi dengan matlamat asal BN Penang yang mahu merampas semula Pulau Pinang dari tangan Pakatan Rakyat. Inilah antara persoalan yang bermain di minda rakyat Pulau Pinang yang sayangkan UMNO BN. Mungkin analisis ini sudah terlambat, yang bertanding sudah bertanding, yang bersatu bakal berpecah, yang menang mungkin akan kalah tapi biarlah analisis ini dijadikan ikhtibar.

1.  Segala 'pertembungan bangang' melibatkan BN dan calon Bebas asal BN yang berlaku di Pulau Pinang malah di kebanyakan kawasan yang lain di luar Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku dan mesti dielakkan jia pimpinan yang bertanggungjawab lebih bijak, amanah, ikhlas dalam perjuangan, alert dan tahu akan tanggungjawab yang dipikul. PM telah mengambil satu langkah bijak dengan mengumumkan senarai calon awal 4 hari dari hari penamaan calon. Tujuannya bukan untuk memperkenalkan calon kepada pengundi semata-mata, tapi lebih dari itu yakni untuk mengesan sebarang krisis yang berbangkit, penerimaan ahli dan penyokong terhadap calon kerana mereka ini yang akan bekerja dan menyelesaikan krisis yang timbul dengan apa cara sekalipun asalkan apa yang berlaku hari ini dielakkan. Dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini saya beranggapan ia adalah tugas Badan Perhubungan Negeri yang mana Penang dipimpin oleh Dato Zainal Abidin Osman (DZAO) sebagai Pengerusi UMNO Penang.

2.  Dalam konteks Penang, bagi saya DZAO telah gagal. DZAO telah gagal mengesan krisis yang berbangkit. Adakah DZAO menganggap krisis yang berlaku adalah hal kecil atau terlalu yakin orang seperti Dato Seri Mohd Shariff Omar (DSO) di P042 Tasek Gelugor akan menarik diri pada hari penamaan calon dengan sendiri tanpa perlu dipujuk atau dikompromi. Dan jika itulah anggapan DZAO, ternyata sangkaannya meleset. Bukankah sepatutnya DZAO meneliti kesungguhan hasrat DSO untuk bertanding, mengkaji kesan yang akan berlaku jika DSO bertanding samada pada tiket BN atau Bebas, pengaruh DSO terhadap undi dan berusaha mencari jalan bagi mengelakkan 'pertembungan bangang' dari berlaku di Tasek Gelugor. Mungkin DZAO terlebih gembira bila namanya tersenarai sehingga terlepas pandang dengan apa yang berlaku di kawasan lain walaupun di bawah pimpinannya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_h77_2KHZMDyrUutGB2pPsVMcmBMKAE46LvsP6YnrvIy6UuWuo-s76GIIDv-w7kloltFvIuBlWD4Tj6pEDv9KvTBMjjPNK_qjDElDLxBEyVqwox-ZCRVyRYhpj_ho7gz9w76dy_1yc-uS/s1600/zainal.jpg3.  Satu perkara lagi yang bermain di fikiran saya, adakah apa yang berlaku ini termasuk juga dalam percaturan politik masa depan DZAO? Jika dilihat senarai calon yang diumum, siapakah yang berpotensi dan berupaya menggugat kedudukan DZAO sebagai pemimpin utama dalam Pulau Pinang? Kebnayakan calon adalah muka baru yang belum berhak untuk mengganggu gugat kedudukan DZAO dari segi ranking, senioriti, power dan pengaruh. Manakala muka lama yang dipilih pula pada pandangan saya adalah kalangan pemimpin yang lemah, pak angguk dan cetek politik walau pun orang lama. Jika dilihat dari karektor dan ciri kepimpinan, adakah mampu pemimpin seperti Ustaz Shahabudin Yahaya, Dr. Mazlan, Dato Roslan Saidin,Dato Jahara Hamid, Dato Hilmi Yahaya atau Dato Mahmud menggugat kedudukan DZAO. Jadi tidak hairanlah kenapa nama pemimpin yang lebih berkarektor, berkarisma, garang, tegas yang mampu dan berani 'mencekak' leher DZAO seperti Dato Azhar, DSO, Arif Shah, Dato Jalil, Syed Ameruddin dan beberapa nama lain dipinggir dan dinafi peluang untuk bertanding. Jika faktor ini berperanan maka jelaslah betapa tidak ikhlasnya DZAO memimpin UMNO Pulau Pinang.

4.  Atau adakah pimpinan yang memimpin negeri sebenarnya adalah dari kalangan pemimpin yang memang bodoh, buta politik dan dungu. Jika benar, jelas UMNO Pulau Pinang berada dalam bahaya kerana ketandusan pemimpin yang berkarisma dan berkelayakan akibat telah di'cah keting' oleh pemimpin dungu seperti DZAO.

5.  Perhubungan UMNO Pahang dan Negeri Sembilan bagi saya bertindak bijak, menggunakan masa 4 hari yang diberi PM dengan betul dan hasilnya tidak timbul masalah yang berlaku seperti di Penang. Kita boleh tengok bagaimana Adnan Yaacob dan Mohamad Hassan membuat pindaan pada senarai calon walaupun nama sudah diumum. ini membuktikan komitmen kedua-dua pemimpin tersebut untuk memastikan kemenangan di tangan BN. Bagi mereka, keutamaan bukanlah kepentingan peribadi mahupun kepentingan parti, tetapi bagaimana cara nak menang di satu-satu kawasan, itu lebih penting dalam PRU13 yang getir ini.

6.  Di Pulau Pinang jika Perhubungan Negeri pimpinan DZAO berpendirian sama seperti mereka maka apa yang berlaku hari ini tidak akan timbul dan mampu dielakkan. Saya bercakap bagi konteks Tasek Gelugor. Saya berpendapat adalah lebih tepat jika UMNO BN memberi laluan kepada DSO sebagai calon Parlimen manakala Ustaz Shahabudin kembali mempertahankan kerusi DUN Permatang Berangan. Siapa pun tidak berasa rugi atau kehilangan. Bagi calon baru yang diumum, Omar Hamid, beliaulah yang sepatutnya berkorban dan menerima realiti bahawa PRU13 bukan masa untuk beliau lagi. Jika kompromi ini berlaku, saya juga yakin, DSO tidak akan bertanding kerusi N05 DUN Sungai Dua dan memberi laluan kepada calon BN Yusof Md Noor. Jika ini berlaku Parlimen Tasek Gelugor akan kekal menjadi kubu kuat BN kerana pertandingan 2 penjuru antara BN dan PAS akan lebih memberi kelebihan kepada BN.

7.  Berbeza sekarang, tidak ada siapa pun boleh menjangka apa bakal berlaku di kerusi P042 Tasek Gelugor. Akan berlaku pecahan undi besar di dalam BN dan pastinya labanya akan PAS perolehi. Sepatutnya BN peroleh 8000 undi contohnya, tapi kali ini, akan berpecah dua yakni 4000 BN dan 4000 DSO. Jadi PAS tidak lagi perlu mencari 8500 undi utk menang tetapi cukup sekadar 4500 undi merampas kerusi tradisi UMNO BN di Tasek Gelugor. Dato Shahabudin boleh menuntut kesetiaan dari ahli UMNO tapi siapa pun tidak akan dapat mempertikaikan jasa dan sumbangan DSO selama ini. Bangsa Cina dan India Telok Air Tawar dan Sungai Dua hakikatnya lebih mengenali DSO dari Dato Shahabudin. Kalaupun DSO tak menang tapi saya yakin DSO berupaya menarik banyak undi lebih dari yang kita jangkakan.

8.  Tak kisahlah, yang berlaku sudah berlaku. Lebih malang bila SPR umumkan bahawa tidak boleh calon menarik diri selepas penamaan calon pada PRU13 ini. Bagi kita, laksanalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Pilihan di tangan anda. Anda berhak sokong sesiapa pun, tetapi hanya anda dan Allah yang tahu siapa yang anda pangkah.

HIDUP DATO JAHARA HAMID (DUN TELOK AIR TAWAR)..
HIDUP......................................... (PARLIMEN TASEK GELUGOR)..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama