-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 13 September 2012

MAMPUKAH PARLIMEN TASEK GELUGOR KEKAL SEBAGAI KUBU KUAT UMNO/BN...

Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun menghampiri penghujung Bulan Syawal. Bermula dari hari raya hingga kini rasanya dah tak terhitung jumlah rumah terbuka yg SMB hadiri. Menariknya, kali ini boleh dikatakn hampir semua rumah terbuka menghidangkn menu sate. Hinggakn ada rumah yg sudah tidak menghidangkn menu wajib seperti ketupat, lemang atau nasi himpit. Mungkin ini merupakan satu trend baru. Rasanya kalau diperiksa tahap kolesterol dalam badan mungkin akan naik dari normal.

1.  Mood Aidilfitri kian berlalu. Perkara yg sebelum ini menjadi teka teki kini kembali menjadi sebutan. Seluruh rakyat Malaysia hanya menantikan pengumuman Perdana Menteri berkenaan tarikh pembubaran parlimen yang dijangka akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

2.  Seperti juga tarikh yg akan dipilih oleh Pm, nama bakal calon yg akan bertanding juga menjadi spekulasi di mana-mana. Dari kedai kopi hingga ke hotel 5 bintang, masing-masing meneka-neka nama yg akan bertanding. Dan pastinya ramai juga yg kini sedang sibuk melobi dan menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon.

3.  Begitu jugalah senarionya yang berlaku di Parlimen Tasrk Gelogor. Sudah ada nama-nama yg disebut untuk bertanding baik di kerusi parlimen mahupun DUN. Semuanya mempunyai peluang yg sama rata hinggalah dimuktamadkan oleh Pengerusi BN.

4.  Perlu diingat, Tasek Gelugor merupakan kubu kuat Umno Bn di Pulau Pinang. Parlimen dan ketiga-tiga Dun nya tidak pernah kalah lg sejak dari mula kerusi ini diwujudkan. Persoalannya, jika dilihat senario politik baik di peringkat nasional mahupun tempatan, mamapukh ia kekal menjadi kubu kuat Umno Bn.

5.  Tan Sri Nor Mohamed Yaacop merupakan penyandang kerusi Parlimen. Di pihak musuh politiknya, sudah banyak kelemahan dan kekurangan kini diungkit-ungkit. Isu rebat road tax, dana feedlot, pembabitan setiausaha politiknya dgn rasuah dan bermacam lagi kini menjadi liabiliti kepada Tan Sri Nor.

6.  Tapi di pihak rakyat, lain pula ceritanya. Jika hendak dibandingkan dengan penyandang kerusi sebelum beliau, memang tak dinafikan, banyak perubahannya. Lihat saja pembangunan yang dibuat di Tasek Gelugor. Sudah byk projek mega yg menapak di TS. Maklumlah, Tan Sri Nor merupakan orang kuat JPM bahagian Unit Perancang Ekonomi.

7.  Akhir-akhir ini, bekas ahli parlimen Tasek Gelugor, Dato' Seri Mohamad Shariff Omar berura-ura mahu semula kerusi parlimen. Menggunakan salutan Perkasa, beliau dilihat cuba menarik semula sokongan rakyat. Janji Tan Sri Nor yg dikatakan hanya mahu duduk sepenggal kini mula diungkit.

8.  DS sbg orng lama pasti mempunyai connection kuat di peringkat pusat. Perlu diingat, PM merupakan bekas bos beliau sewaktu memegang jawatan DO Pekan dahulu manakala beliau pernah kerja sebumbung di Kem Pertanian bersama Tan Sri Muhyiddin.

9.  Itu di peringkat pusat, di pihak rakyat pula, DS Shariff memang disayangi rakyat disebabkn sikap beliau yg mengambil berat dan prihatin dgn org2 kampung. Tapi disebabkb sikap buruk beliau yg tidak suka ada pihak yg menetang cakap atau lebih hebat drpd beliau menyebabkan kepimpinan ketandusan pelapis. Pastinya ramai pemimpin tempatan yg pernah beliau jatuhkn tidak mahu beliau kembali. Apatah lagi dgn kedudukan beliau yg tidak lagi memegang sebarang jawatan di peringkat bahagian akan menyukarkan lagi peluang menjadi calon.

10. Seorang lagi pesaing yg pastinya tidak mahu ketinggalan adalah Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor sendiri yakni YB Ustaz Shahabuddin. Beliau merupakn penyandang Dun Permatang Berangan. Namun dari segi populariti beliau sedikit terkebelakang. Mungkin disebabkan latar belakang beliau yg lebih cenderung dalam bidang agama berbanding politik.

11. Kelemahan beliau yg kurang turun padang tidak disenangi masyarakat terutama orang kampung. Namun perlu diingat, ustaz pasti akan menggunakan kedudukan dan pengaruh beliau sebagai Ketua Bahagian untuk dipilih sebagai calon.

12. Kesimpulanya, ketiga-tiga calon memiliki peluang yg sama rata. Golongan berpendidikan dan masyarakat urban lebih cenderung memilih Tan Sri Nor kerana pembangunan yg beliau bawa membuka lebih byk peluang mencari makan. Orang-orang kampung lebih menyenangi sikap ramah dan prihatin DS Shariff. Manakala kelompok yg pernah di'kepak' oleh DS Shariff dan pada masa yg sama tidak dpt cari makan dgn kepimpinan TS Nor mungkin lebih menggemari Ustaz, atau mungkin terus lompat menyokong pembangkang.

Apapun, setiap keputusan terletak di tangan Pengerusi BN. Kita hanya mampu membuat pelbagai telahan dan spekulasi. Insya Allah, jika ada kelapangan, kita akan bercakap berkenaan pemilihan calon di peringkat DUN.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 1 September 2012

MANIFESTO : Satu Janji Atau Sekadar Omongan Kosong...

Permulaannya, SMB ingin memohon maaf kerana telah sekian lama tidak menyiarkn sebarang artikel. Semuanya gara-gara kekangan masa dan pelbagai tanggungjawab yg perlu diutamakn. SMb berusaha untuk kembali aktif demi perjuangan yg tiada penghujungnya.

1.   Memulakn bicara, SMB ingin mengucapkan setinggi tahniah kerana berjaya menganjurkan himpunan merdeka pada 31 Ogos yang lalu di Stadium Bukit Jalil. Walaupun SMB tidak turut serta namun kehangatan, kemeriahan dan semangatnya tetap dapat dirasai.

2.   SMB berasa bangga bila melihat penglibatan pelbagai peringkat generasi tanpa mengira kaum. Ini jelas menunjukkan bahwa rakyat sudah kembali yakin kpd kredibiliti kerajaan. Rakyat masih mahukn kerajaan sedia ada di bwh BN pimpinan DS Najib dan sekaligus menolak puak Pakatan Rakyat.

3.   Himpunan jelas membuktikn rakyat gembira dgn kemakmuran yg dikecapi. Keamanan yg dinikmati membuatkn rakyat sentiasa berasa selamat untuk keluar. Keadaan inilh sebenarnya yg perlu kita pertahankn kerana hanya keamanan yg dapat menjamin kestabilan ekonomi negara.

4.   Jauh bezanya dgn himpunan anjuran PR. Mereka mahu menggugat keamanan untuk mewujudkn suasana tidak selamat dlm negara dn rakyat akan hilang keyakinan kepada kerajaan. Mereka rela jadikn negara spt yg berlaku di Mesir kerana bg mereka hanya itu saja cara utk mereka merampas takhta kerajaan. Demokrasi cara PR adalh demokrasi yg menjahanamkn.

5.   SMB berasa hairan dengan kenyataan yg dibuat oleh MB Selangor. Bagi beliau manifesto pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai satu janji. Adakh kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor mentadbir negeri berasaskn manifesto yg pernh dibuat memaksa Khalid terpaksa membuat kenyataan bangang sebegitu?

6.   Perlu diingat salah satu faktor kejayaan PR merampas negeri Selangor dalam PRU12 yg lalu adalah disebabkan manifesto yg mereka buat. Janji yg ditulis dalam manifesto itu telah membuatkn rakyat terpesona dn sekaligus mengundi mereka. Rakyat yg pernah memangkah Pr pasti mahu manifesto yg dibuat dilaksanakan. Salahkh bila rakyat menganggap manifesto itu satu janji?

7.   Kenyataan yg dibuat oleh Khalid jelas membuktikn bahawa setiap apa yg keluar dari mulut pemimpin Pr tidak boleh dipercayai sama sekali. Semuanya hanya satu penipuan yg dibuat semata-mata untuk menarik sokongan, perhatian dan simpati rakyat.

8.   Tidak keterlaluan jika Smb katakn bahawa rakyat juga tidak wajar dan tidak boleh mempercayai setiap apa yg terkandung di dalam Buku Jingga. Percayalah, Buku Jingga juga merupakn satu jenis manifesto yg tidak boleh dianggap sebagai satu janji. Ia tidak lebih hanyalah satu omongan kosong yg menjadi umpan untuk menjerat golongan rakyat yg tidak mahu membuka pintu hati dan fikiran.

9.   Tatkala Pru13 yg kian hampir tiba maka percayalah akan ada lagi 1001 manifesto yg akan dibuat puak PR. Malah kali ini manifesto yg akan dilancarkn oleh Pr mungkin akan lebih hebat lagi. Mungkin selaut minyak dan segunung emas akn diberi kpd rakyat secara percuma. Selagi ia bukan satu janji maka bermacam lagi yg maha indah boleh disenaraikn dalm manifesto PR.

10.  Sudah sampai masanya utk rakyat menilai sendiri mana yg baik dan buruk. Mungkin tidak banyak yg kerajaan Bn janjikn tapi yg jelas sudah byk kerajaan laksanakn untuk kebailan negara dan rakyat, walaupun ia tidak pernah termasuk dalam senarai manifesto BN.

Published with Blogger-droid v2.0.6








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE