-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 14 April 2011

MESTI BACA !!! Antara sebab kenapa RPK tiba-tiba memilih untuk 'membontot' Sang Anwar...

Bagaimana seorang yang begitu obses terhadap Anwar seperti Raja Petra secara tiba-tiba boleh beralih angin dan menghentam Anwar kembali. Apakah sebab atau faktor yang mendorong Raja Petra membelot hanya dengan sekelip mata? Adakah Raja Petra benar-benar ikhlas dan sudah sedar manusia yang seblum ini diangkat dan dilambuing tinggi sebanrnya adalah seorang penipu dan penjahanam negara?

Bagi SMB, Raja Petra juga merupakan seorang manusia yang langsung tidak boleh dipercayai. Dia merupakan contoh terbaik bagi seorang pengamal politik berkepentingan. Dia akan sokong jika sokongannya itumemberi faedah dan kebaikan terhadap dirinya. Dan pada masa yang sama dia akan membelot jika sokongan yang diberi tidak memdapat pulangan atau faedah seperti yang diharapkan.

Pada pandangan SMB terdapat beberapa faktor yang memungkinkan kenapa tiba-tiba Raja Petra tergamak membelot dari bosnya, Anwar Ibrahim. Antaranya   :
  1. Anwar Ibrahim telah gagal melunaskan janjinya terhadap Raja Petra. Gara-gara Anwar, RPK terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di luar negara. Selama RPK bersembunyi, Anwarlah yang membiayai kehidupan RPK di luar negara. Mungkin akhir-akhir ini, Anwar gagal membiayai kehidupan RPK seperti kelaziman.
  2. RPK beranggapan bahawa karier politik Anwar berada di penghujung. Tidak ada guna utk RPK terus bergantung harap kepada Anwar. Apatah lagi ditambah dengan kemelut skandal video seks yang sedang dihadapi oleh Anwar menyebabkan peluang untuk Anwar menjadi PM semakin tipis.
  3. RPK juga melihat bahawa dana yang dimiliki oleh Anwar semakin kurang. RPK percaya lama-kelamaan tidak ada lagi peruntukan dari Anwar untuk membiayai hidupnya. Anwar pasti mengutamakan poket sendiri seblum memikirkan hidup orang lain seperti RPK.
  4. RPK perlu mencari sumber alternatif untuk membiayai hidupnya. RPK tidak lagi boleh mengharapkan Anwar. Pengamal politik berkepentingan seperti RPK hanya akan menyokong pihak yang mampu memberi keuntungan kepada dirinya.
  5. RPK mengharapkan belas ehsan dari kerajaan. Tidak hairanlah kenapa tiba-tiba RPK sedia mendedahkan maklumat tentang penipuan yang berlaku melibatkan dirinya dengan fitnah Najib tentang kes Altantunya.
  6. Dalam masa yang sama, RPK berharap agar Najib memberi peluang kepadanya untuk pulang ke Malaysia.
  7. RPK juga mengharapkan agar ada pihak terutama dari kerajaan untuk menawarkan sejumlah wang kepadanya untuk membuat pengakuan mahupun pendedahan melibatkan Anwar Ibrahim.
Bagi SMB, tidak sepatutnya kerajaan mempercayai manusia yang bernama Raja Petra. Banyak siasatan perlu dilakukan sebelum menerima atau mempercayai sebarang maklumat yang didedahkan oleh RPK. 

Khamis, 7 April 2011

Pelancaran Manifesto BN : Jangan jadikan manifesto sekadar janji manis buat rakyat Sarawak...

 "Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN".menjadi tema kepada manifesto yang dilancarkan oleh BN bagi menghadapi Pilihanraya DUN Sarawak. 9 perkara pokok telah digariskan dan ianya bakal menjadi tunjang ke arah pembangunan yang lebih mampan di Negeri Sarawak. 9 perkara tersebut antaranya adalah :

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua 

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik

8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia

Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menghadiri majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Dewan MUC, Kampung Bandung.

Apa yang menjadi harapan adalah manifesto ini tidak sekadar gula-gula atau janji manis kepada rakyat Sarawak. Yang lebih penting adalah pelaksanaannya.

-B. Harian Online-

BEST !!! Kak Jijah terlompat gara-gara Jam Omega... Lihat video di bawah...

Melompat Kak jijah bilamana ada orang yang bertanyakan soalan cepu emas berkenaan jam Omega milik Si anwar. Peluh pun belum kering, gara-gara jam Omega, Kak Jijah terpaksa meninggalkan majlis..

Alahai... Sang Anwar ooiiii... tak senang duduk Kak jijah angkara nafsu seks suaminya...

Cuba lihat You Tube di bawah...

Wan Azizah : Orang lain yang 'terpancut air', orang lain yang kena marah...

Alahai... Kesian Wan Azizah. Dalam sidang media yang diadakan di rumahnya di Bukit Segambut bagi menjelaskan isu video seks suaminya, tergagap-gagap Kak Jijah menjawab pelbagai soalan cepu emas yang dikemukakan oleh para wakil media.

Kak Jijah yang pada mulanya tidak mahu menonton video tersebut, akhirnya terpaksa akur untuk melihatnya bagi memuaskan hati yang sedang bergelora itu. Kak jijah kemudian menafikan kononnya pelakon utama video tersebut bukan suami 'Anugerah Tuhan' kesayangannya. Kemudian Jijajh diasak dengan soalan berkenaan Jam Omega yang dikatakan telah diserahkan kepada polis oleh Dato' Eskay. Kak Jijah tetap mempertahankan bahawa jam tersebut berada dalam simpanannya walau pun tidak mahu menunjukkan kepada pihak media.

Mungkin sebab sudah mampu menahan asakan media, akhirnya Kak Jijah dan anaknya, nurul Izzah menamatkan sidang media tersebut dengan alasan untuk ke parlimen.

Sebaik tamat sidang media tersebut, berdesing Kak jijah dimarahi oleh ahli keluarga Anwar. Kak Jijah mungkin telah tersalah cakap apabila mendakwa suaminya sering mengamalkan senaman bagi menguatkan oto sewaktu berada dalam tahanan penjara. Sedangkan ketika itu Anwar sering tampil dalam keadaan sakit tulang belakang, berkerusi roda dan sangat la'ih.

Kak Jijah juga dikatakan turut dimarahi Si Anwar kerana terlebih banyak bercakap sewaktu sidang media tersebut. Pada awalnya Anwar telah mengarahkan peguamnya, Karpal Singh untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh para media.

Mungkin disebbkan inilah, Kak jijah mengambil keputusan untuk menangguhkan penerbangannya ke Sarawak. Mungkin Kak Jijah merajuk kerana dijadikan mangsa melepaskan amarah oleh Anwar.

Bagi Kak Jijah, orang lain yang terpancut air, orang lain yang terpaksa menanggung akibat... Tak adil... tak adil...

Rabu, 6 April 2011

Anwar memang layak digelar 'Anugerah Tuhan' dari kacamata 'China Doll'... Baca Komen di bawah...

Saya merasa macam orang yang menang cabutan bertuah kerana dapat menonton video seks yang kini menjadi mimpi ngeri bagi saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin agaknya saya antara top 10 saja di Malaysia atau sebilangan kecil yang berpeluang menjadi saksi paling awal kepada perilaku insan yang selama ini menampilkan dirinya sebagai tokoh warak, pemimpin Islam dan sering berlindung disebalik tokoh agama terkenal Yusof Al-Qaradawi.

Saya merasa terdorong untuk memberi pandangan saya kerana merasa CUKUP TERHIBUR membaca komentar dua insan yang turut berpeluang menyaksi sendiri video iaitu Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shahrin.

Ibarat sekilas ikan di air, kita dapat memahami kenapa mereka bermati-matian cuba meyakinkan itu bukan saudara Anwar.

Mereka boleh berpegang kepada pandangan mereka dan saya juga boleh berpegang kepada pandangan saya setelah menyaksi sendiri video itu.

Tempat dimana saya menontonnya dan bagaimana saya dijemput biarlah menjadi rahsia sendiri.

Rasanya tidak perlu saya pergi secara detail tentang adegan-adegan dalam video itu.Ia sama saja seperti mana-mana video lucah yang boleh kita lihat menerusi internet atau VCD yang dibeli di pasaran gelap.

Apa yang membuat saya merasa sangat-sangat teruja dengan video seks ini ialah aktornya boleh membuat negara ini bergegar.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Presiden Parti KITA dan seorang peguam ternama Datuk Zaid Ibrahim bahawa video lucah itu adalah satu dokumenteri dan bukan lucah dalam ertikata lucah yang sebenar.

Saya juga amat bersetuju dengan kata-katanya bahawa ketulenan video itu harus disahkan oleh semua pihak baik dari dalam dan luar negara agar tidak ada keraguan langsung mengenainya.

Kita sendiri tidak mahu saudara Anwar teraniya menerusi satu video yang di fabricate .

Sebelum satu rumusan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan hasil siasatan rapi,pandangan yang ingin saya sampaikan di sini ialah semata-mata apa yang saya lihat sendiri dari penayangan video itu.

Kalau tanya saya apa rumusan saya berdasarkan video itu saya pasti memberi jawapan yang sama seperti Datuk Zaid Ibrahim dan blogger Papa Gomo yang tersiar dalam Agendadaily.ITU ADALAH SAUDARA ANWAR.

Maaf jika memberitahu reaksi pertama yang terpancul dari mulut saya sebaik saja melihat kelibat Anwar dengan tuala dalam kamar ialah mencarut panjang.

Di benak pemikiran saya bukan sangat tentang aksi seks dalam video itu.

Ia lebih melayang terkenang wajah-wajah penyokong-penyokong taksubnya di sana sini termasuk pak cik dan mak cik di serata ceruk kampong dan bandar yang sanggup berhujan panas nak mendengar ceramah-ceramahnya.

Saya dapat membayangkan bagaimana remuknya perasaan mereka diperbodohkan ke tahap maksima oleh insan dalam video itu.

Saya juga dapat membayangkan air muka mereka yang hebat membelai insan ini seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat,Datuk Hadi Awang dan lain-lain pemimpin parti PKR,PAS dan DAP.

Ahli Parlimen PAS kawasan Titiwangsa Dr Lo Lo yang galak main twitter mempertahankan saudara Anwar mungkin boleh pengsan atau terkedu seribu bahasa.Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi yang juga gila main twitter setiap hari mengutuk apa yang dakwanya konspirasi ini boleh lari malam lintang pukang.

Hairan sungguh orang-orang terpelajar dan beragama seperti ini boleh jadi taksub maksimum sampai buta mata dan pekak telinga tak sanggup sekurang-kurangnya hendak usul periksa terlebih dahulu.

Ada orang kata saudara Anwar sentiasa merasa cukup selesa kerana hidup diawang-awangan merasakan semua orang tidak mungkin percaya apa saja dakwaan buruk terhadapnya.

(Jika video itu tulen) saudara Anwar kena mengambil iktibar dari perumpamaan Melayu : sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Walaupun pihak pembangkang sedang berusaha bersungguh-sungguh mencerca kumpulan Datuk Trio kerana menembak tupai kesayangan mereka,saya pasti mereka akan berterima kasih kepada mereka kelak bila segalanya terbongkar secara rasmi kerana Datuk Trio telah menyelamatkan negara ini dari ditebuk oleh tupai itu.

Jangan lupa kita juga sudah biasa dengan kata-kata inggeris yang berbunyi : it takes a thief to catch a thief.
Kita sudah boleh jangka sekalipun video itu akhirnya didapati tulen saudara Anwar tidak mungkin akan seberani Datuk Chua Soi Lek untuk mengakui : ‘it’s me’ .

Saudara Anwar cukup tahu budaya Melayu negara ini tidak akan dapat terima moral seorang pemimpin begitu lebih-lebih lagi yang pamir dirinya warak sewaraknya.

Seperti saya kata tadi saya tidak mahu ulas secara mendalam aksi dalam video itu.Apa yang paling utama bagi saya apa yang terpapar didepan mata saya orang dalam video itu (dari kacamata saya) ialah saudara Anwar.

(Jika video itu tulen) tidak terdetik langsung keraguan dihati saya lelaki yang gagah memuaskan nafsunya dengan pelacur China itu bukan saudara Anwar.

Bagi yang belum berpeluang lagi menonton video itu saya ingin kata seeing is believing.
Biarlah Datuk Johari Abdul dan Chegu Bard bermain dengan igauan mereka yang not believing what they saw.
Mungkin agaknya itu reaksi orang yang terlampau terkejut hingga penglihatan dan pemikiran jadi kabur dan haru biru.

Siapa tahu mungkin juga dibenak hati kecil mereka mengaku diam-diam itu adalah pemimpin besar mereka.

Sebab itulah saya tidak hairan melihat pembangkang rancak berkempen JANGAN TONTON VIDEO ITU.

Sebaliknya jika mereka hendak mencari kebenaran mereka patut kata semua orang patut lihat dan putuskan.

Ini adalah sikap hipokrit tahap terlampau kalau dikenang bagaimana semasa video VK Lingam merekalah yang paling awal menjerit terlakak lalak sana sini minta siasat segera dan tubuh Suruhanjaya Diraja.

Mereka tentu sekali bimbang semua orang yang berpeluang menyaksikannya akan terus membuat rumusan macam saya,Datuk Zaid Ibrahim dan blogger Papa Gomo.

Saya dengar cerita kalangan wartawan yang berpeluang menjadi saksi pertama tayangan video itu di Carcosa Seri Negara juga bagi 100 peratus dia orangnya.

Saya yakin mereka yang kenal lenggok dan stail Anwar akan membuat rumusan sama.

Sebenarnya antara HAKIM yang paling layak untuk menentukan samada orang itu saudara Anwar atau tidak ialah Datuk Seri Wan Azizah Ismail sendiri.

Rasanya sekali imbas pandang video itu Datuk Seri yang bertahun-tahun hidup sekamar boleh kenal siapa gerangannya lelaki dalam aksi video itu.

Semua orang tahu menonton video lucah,seperti kata Datuk Seri itu adalah salah di sisi Islam.

Itu Datuk Seri tak perlu ajar kita semua.

Sebagai isteri tidakkah Datuk Seri sendiri nak tahu siapa lelaki dalam video dokumentari seperti kata Datuk Zaid Ibrahim.

Atau apakah Datuk Seri takut dan gementar menghadapi realiti ?

Mana-mana isteri dalam dunia ini pasti jadi orang pertama yang nak tau kebenaran bila ada sesuatu tuduhan melibatkan suaminya.

Itu naluri biasa mana-mana manusia normal.

Saya kira Datuk Seri adalah manusia yang cukup luar biasa.Mungkin agaknya kerana turut sama terpukau dengan insan yang Datuk Seri telah istiharkan di konvensyen PKR tahun lalu sebagai ‘ anugerah Tuhan’.

Mengambil kira saudara Anwar yang sudah berusia 64 tahun dan selama ini mendakwa dirinya sakit belakang,aksinya di ranjang yang perkasa dengan pelacur China itu memanglah layak digelar ‘anugerah Tuhan’.

Juga saudara Anwar paling layak menerima anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia.

Maaf jika saya terpaksa membuat satu lagi rumusan (jika video itu tulen) – saudara Anwar....CHECKMATE.

Peminat Discovery Channel
Kuala Lumpur

Selasa, 5 April 2011

Video ini masih belum di'remove'... Anda tonton dan anda nilai sendiri...


Tonton rakaman video di bawah...

Adakah ini yang dinamakan Pemimpin Anugerah Tuhan yang sangat didambakan Wan Azizah. Adakah ini rupanya seorang pemimpin yang layak memegang tampok pemerintahan negara dan menjadi peneraju negara Malaysia??? Dan inikah rupanya pemimpin yang layak diangkat menjadi seorang Perdana Menteri???

Anda lihat dan anda nilailah sendiri...




KLIK SINI jika anda tak dapat menonton video di atas...

Sabtu, 2 April 2011

EKSKLUSIF!!! Senarai pihak yang bakal membarisi SuruhanJaya DiRaja berhubung siasatan video seks Anwar...

Pihak polis hari ini mengesahkan bahawa video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang adalah tulen, bukan menggunakan teknik pertindihan. Video tersebut yang dirakam menggunakan kamera berkualiti tinggi dikatakan dengan jelas menunjukkan wajah Ketua Pembangkang tersebut.

Malah para media termasuk seorang blogger, PapaGomo yang mendakwa telah menonton video tersebut juga dengan yakin mengakui bahawa individu yang menjadi pelakon utama tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Pembangkang tersebut. Cuma sekarang pihak polis tidak mahu lagi menyebut nama individu yang terpampang dalam video tersebut, cuma sekadar mengesahkan ketulenan video tersebut. Sehubungan itu, timbul desakan dari pelbagai pihak termasuk NGO yang mahu agar pihak polis mendedahkan siapa sebenarnya individu di dalam video tersebut.

Siasatan video seks ini telah masuk fasa seterusnya. Namun begitu, SMB lebih berharap agar Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera bagi menangani siasatan kes ini. Bukan untuk merendahkan kredibiliti pihak polis, memandangkan individu yang disyaki terlibat merupakan seorang yang berprofil tinggi maka sewajarnyalah siasatan ini dijalankan oleh sebuah badan khas yang tidak berkepentingan demi menjaga ketelusan dan menegakkan kebenaran.

Seperti yang telah dicadangkan oleh Rahim Thamby Chik baru-baru ini, SMB ingin mengulangi sekali lagi pihak yang dicadangkan untuk menduduki Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini. Antaranya :
  1. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sendiri atau Nurul Izzah atau Rafizi Ramli atau salah seorang pemimpin tertinggi yang paling dipercayai dalam PKR.
  2. Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng atau salah seorang wakil dari DAP dikalangan pemimpin tertingginya yang paling dipercayai.
  3. Presiden PAS, Hadi Awang atau Ketua Pemuda PAS atau salah seorang wakil dari PAS dikalangan pemimpin tertingginya yang paling dipercayai.
  4. Presiden Parti KITA, Zaid Ibrahim yang memiliki pengalaman luas dalam bidang perundangan.
  5. Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin atau salah seorang dari 3 Naib Presiden UMNO atau mana-mana wakil yang layak untuk mewakili parti kerajaan.
  6. Ketua Hakim Negara.
  7. Ketua Polis Negara.
  8. Wakil dari NGO yang layak.
  9. Wakil dari para media yang layak.
  10. Pakar-pakar forensik yang layak.
  11. Pakar Analisis Jenayah dan Perundangan, Saudara Kamal Affendi.
  12. Wakil dari Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang layak.
  13. Wakil dari badan bebas samada dalam negara mahupun luar negara yang berfungsi sebagai pemerhati perjalanan siasatan.

(Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan pihak yang seajarnya menduduki Suruhanjaya diRaja ini, bolehlah menyuarakan cadangan tersebut di bahagian komen di bawah.)

Seluruh rakyat Malaysia pastinya sedang mengikuti perjalanan kes video seks ini memandangkan ia melibatkan seorang calon Perdana Menteri. Tegakkanlah kebenaran demi Negara Malaysia tercinta...








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE