-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 31 Mac 2011

MESTI BACA!!! 10 pihak yang telah ditipu Sang Anwar dengan jayanya...

10 pihak yang telah berjaya ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim...

  1. Wan Azizah, Izzah dan keluarga : Anwar berjaya menyembunyikan kecurangan yang dilakukan baik dgn lelaki mahupun perempuan. Pelbagai alasan digunakan. Kuasa, pangkat, kedudukan dan kemewahan telah digula-gulakan kepada keluarganya asalkan tembelangnya tidak pecah.
  2. Azmin Ali  : Kedudukan sebagai orang no 2 dan kononnya orang yang paling dipercayai telah dianugerahkan Anwar kepada Azmin. Azmin dijadikan Mr. Yes Boss hinggakan menutup mata Azmin dari melihat kecurangan yang berlaku antara Anwar dan isterinya.
  3. Pemimpin dan wakil rakyat PKR  : Dijanjikan pangkat dan kuasa asalkan terus sanggup menjadi pencacai kepada Anwar. Kononnya mereka inilah yang bakal menjawat jawatan menteri  bila mana Anwar berjaya sampai ke PutraJaya.
  4. Pihak berkuasa dan mahkamah  : Anwar terus menafikan penglibatan dirinya dengan tuduhan liwat dan terbaru tuduhan seks dengan pelacur sedangkan kebanyakan bukti lebih terarah menunjukkan bahawa Anwar memang bersalah.
  5. Nik Aziz dan puak PAS  : Anwar menjanjikan kedudukan sebagai menteri kepada pemimpin PAS bagi mendapatkan sokongan untuk memastikan cita-citanya ke Putrajaya tercapai. Di depan puak PAS, Anwar kononnya berjuang untuk mewujudkan negara Islam, memperjuangkan hak royalti dan bermacam lagi. Walhal segala yang dijanjikan adalah palsu.
  6. Lim Kit Siang dan puak DAP  : Kit Siang dijanjikan kedudukan sebagai TPM jika cita-cita Anwar ke Putrajaya tercapai. Kuasa DAP dalam kerajaan akan ditambah. Pulau Pinang menjadi hak mutlak DAP. Di depan puak DAP, Anwar berjanji untuk tidak mewujudkan negara Islam sepertimana kehendak PAS. Semuanya untuk mendapatkan sokongan DAP kepada dirinya.
  7. Orang Cina  : Untuk menarik sokongan orang Cina, Anwar kononnya berjuang untuk mendapatkan hak kesamarataan antara kaum. Lebih banyak peluang dalam ekonomi akan diberikan kepada kaum Cina. Perlembagaan dan kuasa istana rela diketepikan semata-mata untuk menperolehi keyakinan orang Cina.
  8. Orang India  : Orang India disogok kononnya kerajaan BN menganaktirikan mereka. Anwar tampil bak hero Sivaji kononnya untuk membela nasib kaum India. Orang India ditawarkan dengan pelbagai kedudukan yang tinggi menggunung jika Anwar ke Putrajaya. Keupayaan Anwar menipu kaum India telah mengakibatkan MIC ditolak.
  9. Rakyat Malaysia  : Anwar cuba menipu rakyat Malaysia dengan Buku Jingga yang dilancarkannya baru-baru ini. Sasaran yang tidak masuk akal ini mampu membuatkan negara terjerumus ke dalam perangkap bankrap. Cara Anwar menghadapi kes liwatnya juga menunjukkan betapa Anwar sentiasa mencari jalan untuk menipu rakyat. Anwar bijak berlakon alim, baik dan sopan bagi menutup segala salah laku yang dilakukannya hinggakan rakyat Malaysia berasa was was untuk mempercayainya.
  10. Seluruh dunia  : Anwar menipu dunia kononnya dia telah dizalimi, dikhianati oleh negara dan kerajaan sendiri. Anwar cuba untuk mendapatkan simpati dunia dan kemudian merayu untuk mendapatkan dana bagi merealisasikan impiannya ke Putrajaya. Malah Anwar sedia menjual dan menggadai negaranya sendiri asalkan keinginannya dapat dipenuhi.

Inilah diri seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Seorang penipu, pembelot dan pengkhianat negara. Hidupnya dipenuhi tipu helah dan kepuraan demi untuk kelangsungan hidupnya.

Adakah ini Perdana Menteri yang anda inginkan???

Tujuh perkara ganjil... Dimanakah kedudukan anda???


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. 

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” 

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
 

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” 


” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.


” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” 

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

akuislam.com

” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.


” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

akuislam
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”


orang matinya syahid wajahnya ceria dan tersenyum!

*Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. 

-akuislam.com-

Khamis, 24 Mac 2011

MGJ2011 : KJ dijadual akan merasmikan event berbasikal terbesar di Bukit Merah dan bakal tercatat dalam Malaysian Book Of Record...


KEPALA BATAS 22 Mac - Lebih 2,500 peminat sukan basikal gunung (MTB) di seluruh negara bakal berentap dalam kejohanan Malaysian Gold Jamboree 2011 anjuran Pemuda UMNO di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, Ahad ini.

Program julung-julung kali diadakan itu juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila mencatatkan rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai jambori kayuhan lasak terbesar pernah diadakan.

Jambori membabitkan kayuhan sejauh 48 kilometer itu turut disertai kira-kira 200 peserta luar termasuk dari Singapura, Thailand, Jepun, Australia, Denmark dan Jerman.

Pengerusi Biro Sukan Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Darus berkata, program tersebut bertujuan menyuburkan budaya sukan di kalangan masyarakat terutama generasi muda selain menggalakkan mereka beriadah.

Beliau berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijadualkan menyempurnakan majlis perasmian jambori tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Penyerahan tajaan dari SunTonic kepada Dato' Ahmad Darus.

"Sejak program ini dipromosikan di laman web Pemuda UMNO dua bulan lalu, kita menerima maklum balas amat menggalakkan termasuk peminat basikal lasak di luar negara.

"Sehingga hari ini sebanyak 2,511 penyertaan termasuk kira-kira 200 dari luar negara sudah diterima dan jumlah ini sudah mencukupi untuk kita mencipta rekod baru dalam MBR," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu turut diadakan penyerahan tajaan daripada Sunquick Malaysia yang juga penaja utama jambori berkenaan.

Ahmad memberitahu, jambori yang dijangka berlangsung selama dua jam bermula pukul 7.45 pagi itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu terbuka, wanita dan veteran.

Menurutnya, sepanjang jambori tersebut, para peserta akan merentasi kawasan hijau sekitar kawasan peranginan itu selain melalui jalan-jalan kampung yang sempit dan mencabar.

"Selain hadiah utama bagi setiap kategori, seramai 1,000 peserta paling awal tiba pula akan menerima medal daripada pihak penganjur," jelasnya.

Beliau menambah, sempena jambori itu para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk basikal bukit bernilai RM8,000.

-Utusan Online-

Rabu, 23 Mac 2011

BERSEDIA !!! Anwar Ibrahim sedia melakukan 'Sumpah Laknat' bagi menafikan skandal seksnya... (Tidak termasuk kes liwat)

1.  Ppppeeerrrrggghhhh... syabas wahai Si Anwar Ibrahim. Dalam keadaan dirinya yang dikatakan bakal mengahadapi jalan buntu... Bbboooommmm... meletup isu pendedahan aksi seks yang dikatakan melibatkan diri Anwar sendiri dengan seorang pelacur China. Pendedahan eksklusif ini dibuat oleh seorang yang menggelar dirinya sebagai Dato' T.

2.  Susulan itu, dengan begitu yakin, Anwar bersama isteri dan para penyokongnya terus membuat laporan polis kononnya dirinya dianiaya. Anwar juga mendesak agar PM dan Menteri KDN mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. Perlu diingat, kali ini, Anwar membuat laporan polis tanpa berlengah, berbanding dengan isu liwatnya dengan Saiful yang mana Anwar pada mulanya hanya menafi tanpa sebarang laporan polis.

3.  Lebih menarik, Dato' T yang membuat pendedahan tersebut telah menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk membuat laporan polis berhubung skandal seks ini. Dia lebih berminat mendedahkan skandal ini kepada para wartawan, pada mulanya, dan bakal disusuli pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia. Timbul jua ura-ura yang mana mendedahkan bahawa Anwar bakal mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal ini.

4.  Begitulah hebatnya mainan bangsawan yang diterajui Anwar bersama-barisan konco-konconya. Panggung Opera kembali dibuka. Skrip dan jalan cerita sudah ditentukan dek Anwar. Walaupun peringkat awalnya Anwar dijadikan mangsa, tapi percayalah, di penghujung jalan ceritanya, Anwar akan diangkat sebagai hero di mata rakyat mahupun dunia. Dan, watak antagonisnya, seperti biasa, PM dan pihak kerajaan.

5.  Anwar berjaya menghidupkan watak Dato' T di pemula cerita dan Carcosa Seri Negara sebagai prop. Manakala watak China Doll diperkuatkan dengan pelbagai aksi ghairah dengan dirinya selaku watak utama. Kamera-kamera tersembunyi kononnya diletakkan untuk menjadikan ianya lebih real manakala jam tangan kononnya milik Anwar yang tertinggal membantu menghidupkan skrip dramanya.

6.  Dan, Anwar menjerit... ACTION... Matlamatnya satu, mengalihkan tumpuan rakyat dari isu liwatnya dengan Saiful dan desakan bertubi-tubi terhadap dirinya agar menyerahkan DNA nya. Laporan polis yang dibuatnya bertujuan untuk menekan pihak polis agar menjalankan siasatan terhadap skandal seksnya. Memandangkan dirinya memang tidak bersalah, Anwar hanya menanti keputusan siasatan polis yang mengatakan dirinya tidak bersalah dan susulannya, Anwar akan terus menghantam kerajaan kononnya cuba mewujudkan konspirasi untuk menjatuhkan dirinya, mengharapkan simpati rakyat kononnya dia dianiya.

7.  Dan dengan ini juga, Anwar akan menggunakan alasan untuk tidak memberikan sampel DNA nya dan terus menuduh bahawa kes liwatnya juga adalah satu konspirasi dan tidak ada alasan untuk dirinya memberi DNA. Anwar akan memainkan sentimen rakyat kononnya dia dianiaya oleh kerajaan untuk menjatuhkan maruahnya dalam kedua-dua kes, liwat dan skandal seks. Lihatlah sekarang, secara tiba-tiba, isu DNA nya tenggelam manakala isu skandal seks ciptaannya menjadi topik utama. Selangkah Anwar sudah berjaya.

8.  Percayalah, tidak mustahil, malah SMB sangat yakin, Anwar dengan begitu yakin bersedia melakukan sumpah laknat untuk menafikan bahawa dirinya tidak terlibat dalam skandal seks bersama pelacur China. Dan pada ketika itu, rakyat yang sebelum ini mendesak akan DNA nya akan mula berasa simpati dan percaya bahawa wujud konspirasi yang kononnya didalangi oleh kerajaan untuk menjatuhkan dirinya.

9.  SMB mengharapkan agar kali ini seluruh rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan mainan politik Anwar. Perlu diingat, inilah style Anwar untuk spin kan sesuatu isu bagi menutup kelemahannya. Cuma kali ini, jalan ceritanya berbeza. Malah Anwar sanggup memperjudikan maruahnya untuk merealisasikan skandal seks ciptaannya.

10.  Kenapa skandal ini timbul tatkala seluruh rakyat sedang menantikan DNA nya? Kenapa kerajaan begitu bodoh mewujudkan konspirasi ini (jika benar seperti dakwaan Anwar) sekarang sedangkan jelas Anwar yang sedang ditekan dengan isu DNA nya, bukan kerajaan yang tertekan? Lihat sahaja tindakan Anwar bila mana dia berada di kedudukan tidak bersalah dimana Anwar terus membuat laporan polis, mendesak Suruhanjaya Di Raja, mendesak PM dan Menteri KDN. Bandingkan betapa telungkupnya muka Anwar bila Saiful mendedahkan kes liwatnya. Dan kenapa Dato' T tidak berminat membuat laporan polis walhal jika benar ini konspirasi kerajaan pastinya Dato' T tidak was was untuk membuat laporan memandangkan dirinya akan mendapat sokongan dari konspirasinya.

11.  Percayalah, skandal ini memang satu konspirasi tetapi bukan dari kerajaan. ia konspirasi Anwar dan konconya dalam usaha mencari jalan mendapatkan simpati rakyat, mengelakkan dirinya dari menyerahkan DNA, mencari bonus tatkala PRU semakin hampir dan lebih penting untuk melepaskan diri dari kes liwatnya dengan cara membuat tuduhan kepada kerajaan. Percayalah juga, Dato' T adalah salah seorang pencacainya yang dibayar bagi memulakan jalan cerita.

12.  Kepada pihak kerajaan, PM dan para pemimpin BN, jangan terlalu cepat menghentam dan menuduh Anwar berkaitan skandal seks ini. Anwar memang mahu semua pemimpin kerajaan menghentamnya sekarang kerana semua ini akan digunakan akhirnya bagi menuduh bahawa pihak kerajaan memang sedang berusaha menganiayainya dengan pelbagai cara. Pemimpin BN hanya perlu diam dan menyaksikan setiap lakonan ciptaan Anwar tanpa perlu mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi melenting. Anwar akan lebih susah hati bila melihat pemimpin Bn hanya berdiam diri kerana dia tahu lakonannya akan gagal.

Sabtu, 19 Mac 2011

Skandal seks : Benarkah Ketua Bahagian Gombak sudah membuat pengakuan ??? Lihat sumber ini...

1.  Benarkah gambar skandal yang membabitkan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Haji Rahim dengan seorang wanita adalah benar, bukan menggunakan teknik tindanan? Malah menurut sebuah laman blog, Saudara Rahim sudah pun mengesahkan bahawa gambar tersebut memang gambar dirinya.

2.  Menurut laman blog, Tawan Malaysia lagi, Saudara Rahim turut akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Noh Omar bagi menjelaskan dan membincangkan isu skandal ini dalam tempoh sehari dua ini. Pertemuan ini akan diadakan memandangkan skandal memalukan ini adalah isu terbesar membabitkan kepimpinan UMNO Negeri Selangor.

3.  Sumber itu juga memaklumkan bahawa Saudara Rahim bakal keluar negara sementara menantikan keputusan dari UMNO Perhubungan Selangor samada mahu beliau terus kekal sebagai Ketua Bahagian atau berundur.

BUDAK UMNO GOMBAK SEMUA DAH PANAS BONTOT.

BUDAK AMK GOMBAK YANG AKU HUBUNGI SEMUA DAH KATA

MEMANG KALI NIH UMNO GOMBAK GERENTI TERSUNGKUR.......


BUDAK UMNO SELANGOR YANG AKU HUBUNGI JUGA KATA

DALAM SEHARI DUA NI IR RAHIM AKAN MENGADAP NOH OMAR

DIA AKAN LETAK JAWATAN SECARA GENTLEMAN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN UMNO GOMBAK.


ABDUL RAHIM SAH KAN GAMBAR PANAS TU MEMANG MILIK NYA

DIA DAH BAGITAHU PADA ORANG BAHAGIAN GOMBAK DAH.


DIA MUNGKIN AKAN KE LUAR NEGARA DALAM MASA TERDEKAT

LEPAS JUMPA NOH OMAR.


DIA TAHU INI SKANDAL TERBESAR UMNO SELANGOR !!!!

-Tawan Malaysia-


4.  Sehubungan itu, SMB mendesak kepada Saudara Rahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Gombak mahupun Dato' Noh Omar yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri agar mengeluarkan kenyataan secara terbuka bagi memperjelaskan isu ini kepada umum. Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi ia perlu bagi membuktikan ketelusan yang diperjuangkan oleh UMNO.

5.  SMB tidak mahu hanya disebabkan nila setitik maka rosak susu sebelanga. Jika skandal terlarang ini memang berlaku, maka si pelaku mesti dikenakan tindakan. Sebagai seorang pemimpin, dia perlu sedar akan risiko dan tanggungjawab yang dipikul sebelum bertindak sesuatu samada tindakan yang positif ataupun negatif.

Khamis, 17 Mac 2011

Perdana Menteri atau Penjara : Yang mana satu, idaman kalbu... Jawapan ada pada DNA Anwar...

1.  Pelik bin Ajaib. Untuk makluman, buat kali ke-2 nya, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberi peluang yang cerah untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Jika kali pertama dahulu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah hampir menjadi PM sebelum dipecat oleh bosnya iaitu, Tun Mahathir Mohamad. Kini sekali lagi sebelah kaki Anwar sudah pun menjejak kerusi Perdana Menteri.

2.  Kenapa SMB berkata demikian? Malah SMB yakin Anwar juga tahu akan kedudukan dan peluang yang dimilikinya sekarang. Cuma yang menjadi tanda tanya, bukan hanya SMB malah seluruh rakyat Malaysia, kenapa seorang yang sehebat dan sebijak Anwar tidak mahu merebut peluang yang terhidang di depan mata ini.

3.  Seluruh rakyat Malaysia sebenarnya sedang menanti langkah seterusnya yang akan diambil oleh Anwar. Menjadi hak seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui dan mengambil tahu siapa sebenarnya pemimpin yang bercita-cita menjadi PM, Anwar Ibrahim. Adakah benar Anwar dianiaya atau sememangnya Anwar terlibat dalam kes liwat Saiful Bukhari?

4.  Jawapannya ada di tangan Anwar. Hanya dengan memberi sampel DNA maka segala persoalan yang bermain di benak seluruh rakyat Malaysia akan terjawab. Dan dengan sampel DNA milik Anwar juga akan membantu rakyat Malaysia samada untuk memilih Anwar sebagai PM atau tidak. Begitulah mahalnya harga yang perlu dibayar hanya semata-mata untuk mendapatkan sampel DNA Anwar. Semua jawapan terhadap persoalan ada pada sampel DNA Anwar.

5.  Bukankah sepatutnya Anwar mengambil peluang ini untuk menjadi PM, seperti yang menjadi impiannya selama ini? Mustahil bagi orang yang sebijak dan seberani Anwar tiba-tiba menjadi takut untuk memberikan sampel DNAnya. Kenapa Anwar begitu cuak dengan konspirasi terhadap DNAnya walhal SMB yakin orang seperti Anwar yang mempuanyai nama besar dan memiliki pengaruh serta sokongan yang hebat berupaya mencari jalan agar sampel DNAnya tidak dieksplotasikan.

6.  Dengan hanya sampel DNA milik Anwar, jika benar tidak bersalah dan keupayaan yang dimilikinya untuk mengelak dari sebarang konspirasi maka Anwar berupaya membuktikan dirinya tidak pernah meliwat Saiful. Dan sekaligus, SMB yakin sokongan rakyat Malaysia akan kembali kepada Anwar dan dalam masa yang sama, Anwar berada di landasan yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

7.  Denga sampel DNA milik Anwar juga, jika benar Anwar tidak bersalah, seluruh rakyat Malaysia akan dapat mengetahui betapa teraniayanya Si Anwar dan betapa sadis serta kejamnya pihak yang cuba menganiayai Anwar. Malah SMB yakin, jika Anwar berjaya membuktikan melalui DNAnya bahawa dirinya tidak bersalah, maka pihak yang menganiayainya termasuk Saiful mahupun UMNO (jika benar terbabit) akan dihadapkan ke muka pengadilan dan akan menerima balasan atas sumpah laknat yang telah dibuat.

8.  Begitulah kedudukan dan senarionya sekarang. Dan begitu jugalah peluang yang terhidang di depan mata Anwar untuk menjadi PM. Hairan Bin Pelik Bin Ajaib apabila seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi PM seperti Anwar tiba-tiba teragak-agak dan tidak mahu mengambil peluang keemasan ini. Tidak lagi timbul isu fitnah kerana sekarang Anwar berpeluang untuk menutup mulut pihak yang dikatakan menfitnahnya.

9.  Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Anwar? Jika yakin tidak bersalah kenapa tidak mengambil peluang untuk buktikannya. Semakin lama Anwar membiarkan isu ini tergantung tanpa jawapan membuatkan rakyat Malaysia menjadi semakin muak dan meluat. Akhirnya seluruh rakyat Malaysia menjadi benci terhadap Anwar. Adakah ini pilihan yang diingini oleh Anwar?

Liwat atau tidak : Fitrah manusia membuktikan Si Anwar sah seorang peliwat... Apa rasionalnya???

1.  Bilamana kita menuduh Dato' seri Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari, maka terkonyong-konyong lah puak PKR dan para penyokong yang tak ketahuan punca bangkit mempertahankan pemimpin 'Anugerah Tuhan' ini. Pelbagai cara digunakan oleh puak bebal ini hanya semata-mata untuk menegakkan benang yang basah. Ada yang berdemostrasi, ada yang mengeluarkan fatwa sendiri, ada yang mengaitkan dan memutar belitkan dari segi perundangan dan pelbagai cara lagi.

2.  Lebih menarik, apabila mereka menuduh pula UMNO cuba untuk mengaibkan dan menjatuhkan dengan cara menfitnah Si Anwar ini. Malah, mereka juga mendesak agar rakyat yang mahukan kebenaran agar ditangkap. Apa sebenarnya konsep keadilan yang mereka perjuangkan. Adakah keadilan untuk rakyat dan keadilan untuk insan kerdil seperti Saiful tidak termasuk dalam konsep keadilan yang mereka laung-laungkan?

3.  Perlu diingat, kes liwat yang membabitkan Anwar ini tidak timbul secara tiba-tiba atau wujud tanpa hujung pangkalnya. Liwat ini timbul setelah aduan dibuat oleh Saiful yang merupakan mangsa yang diliwat oleh Anwar. Aduan ini bukan dibuat oleh orang ketiga. Saiful mengadu bahawa dirinya sendiri telah diliwat oleh Anwar, bukan orang lain.

4.  Apatah lagi, aduan yang dibuat oleh Saiful turut disertakan bersama bukti dan laporan kesihatan yang bertauliah. Malah Saiful dengan yakin dan berani telah bersumpah laknat bahawa dirinya telah diliwat oleh insan bernama Anwar. Sumpah laknat dan akuan bersumpah adalah 2 perkara berbeza. Orang mungkin berani membuat akuan sumpah walaupun palsu, tetapi sebagai orang Islam, melafazkan sumpah laknat merupakan satu perkara yang sangat berat. Apatah lagi jika dirinya berada di pihak salah walaupun hanya sedikit percanggahan. Seseorang itu bakal berhadapan untuk dilaknat Allah di dunia dan akhirat jika sumpah yang dibuat palsu apatah lagi jika ia membabitkan pihak lain.

5.  Senarionya sekarang, laporan perubatan telah mengesahkan bahawa memang wujud aktiviti liwat terhadap Saiful samada secara sukarela atau paksa. Ini bermakna memang benar kemaluan seseorang telah dimasukkan ke dalam dubur Saiful dan telah meninggalkan cecair yakni air mani di dalam duburnya. Dalam konteks ini, Saiful telah menuduh bahawa kemaluan yang masuk ke dalam duburnya adalah milik individu bernama Anwar.

6.  Laporan perubatan juga mengesahkan bahawa cecair air mani yang tertinggal dalam dubur Saiful adalah milik individu yang dilabel sebagai 'male Y' walaupun tidak spesifik kepada Anwar. Baru-baru ini, pihak polis telah mengesahkan bahawa DNA 'male Y' sepadan dengan DNA milik Anwar. Ini berdasarkan sampel DNA yang diambil dari barangan peribadi yang pernah digunakan oleh Anwar sewaktu ditahan di lokap. Namun, Anwar berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak sampel DNA tersebut kerana dikatakan ia diambil secara tidak sah.

7.  Baiklah, itu mungkin hak Anwar untuk menolak sampel tersebut. Bagi seseorang yang telah dituduh melakukan kesalahan, pastinya dia akan melakukan apa sahaja dengan apa jua cara bagi membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Ini bertujuan untuk meletakkan diri di pihak yang benar dan untuk membersihkan nama yang telah tercemar akibat dari tuduhan tersebut. Ini akan berlaku jika diri yakin berada di pihak yang benar tidak kira siapa pun yang cuba mempersoalkannya. Orang yang tidak bersalah akan sentiasa mencari jalan untuk mempercepatkan usaha bagi membuktikan dirinya tak bersalah dan dengan yakin sedia menyerahkan diri untuk disiasat dengan apa jua cara kerana tidak mahu diri dan fikiran terus terbeban dengan perkara yang tidak pernah dilakukan.

8.  Lain halnya jika tahu bahawa pertuduhan yang dibuat terhadap diri seseorang adalah benar dan kesalahan yang dituduh memang telah dilakukan oleh individu tersebut. Menjadi fitrah manusia, apabila berada di pihak yang salah, seseorang itu akan hanya menafikan di mulut. Seseorang itu akan cuba mengelak dengan apa jua cara sekiranya ada usaha atau kaedah yang berpotensi untuk mensabitkan kesalahan. Orang yang bersalah tidak suka kesalahannya menjadi tumpuan dan dia cuba untuk mengaitkan hal lain atau orang lain yang tak berkaitan. Seseorang itu juga akan cuba melengahkan masa kerana biasanya seseorang yang sedang marah akan pudar kemarahannya lama kelamaan dan akhirnya pertuduhan yang dibuat yang selama ini menjadi priority tidak lagi menjadi keutamaan. Mangsa akan menjadi feed up dan tertuduh akan menerima kemaafan.

9.  Rasanya seluruh rakyat Malaysia boleh menilai di mana kedudukan Anwar Ibrahim. Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kes liwat ini iaitu melalui sampel DNA. Anwar mesti menyerahkan sampel DNA dirinya jika benar dan yakin bahawa dirinya tidak pernah meliwat Saiful. Peguam Anwar berhak untuk menyelia sepanjang siasatan bermula dari saat Anwar menyerahkan sampel DNA hinggalah keputusan rasmi dikeluarkan.

10.  Seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin apatah lagi seorang Perdana Menteri perlu membuktikan bahawa dirinya tidak pernah melakukan jenayah dan meletakkan diri bebas sebarang jenayah dan pertuduhan. Menjadi hak seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui samada pemimpin mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tidak. Jadi tidak perlu menyalahkan rakyat Malaysia jika mereka bangkit hanya untuk mendapatkan kebenaran.


Rabu, 16 Mac 2011

Anwar di persimpangan : Azizah pun tak mampu nak desak Si 'Anugerah Tuhan' untuk serah DNA...

Perbualan antara Wan Azizah dan suaminya yang juga merupakan 'Anugerah Tuhan', Anwar Ibrahim.

Lokasi   : Di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari mahkamah setelah selesai perbicaraan kes liwat Anwar.

Anwar    : Tak guna betul... Tak habis-habis diorang nak menyusahkan aku.

Azizah    : I tak faham la dengan u satu perkara...

Anwar   : Apa yang u tak faham... U pun nak menyusahkan I jugak ke???

Azizah    : I bukan nak nyusahkan u... malah sampai sekarang I setia belakang U... Cuma yang I tak faham...  Kenapa susah sangat untuk U bagi DNA U tu?

Anwar   : I tak kan bagi sampel DNA I kat diorang. Kenapa I perlu tunduk dengan ugutan diorang??? I tak salah... Ataupun U yang sebenarnya dah hilang keyakinan kat I???

Azizah   : I sentiasa yakin dan percaya dengan U... Cuma, I takut kita akan hilang sokongan rakyat hanya disebabkan isu DNA ni... U sendiri pun sedar, rakyat mula menekan kita agar U serahkan sampel DNA U tu. Lagipun, apa yang U takutkan... kan kita di pihak yang benar???

Anwar    : I tetap tak kan serahkan DNA tu. Takkan U tak tahu, polis dan mahkamah semuanya milik UMNO. Mereka akan lakukan apa saja untuk kaitkan I dengan kes liwat ni. Mereka tak kan duduk senang selagi tak sumbat I dalam penjara. (dalam hati - nak mampus serah DNA. Terang-terang dalam bontot Si Saiful tu DNA aku)

Azizah    : Kalau macam tu, sampai bila pun kes ni takkan selesai. Apa kata kalau kita minta lawyer kita agar ikut je ke mana DNA U pergi... At least tak de orang yang boleh eksplotasikan DNA U tu. Setiap ujian yang dijalankan mesti disaksikan oleh lawyer kita... Biar lawyer ikut sampai kuar keputusan. Apa pendapat U???

Anwar    : No way. I tetap tak kan serahkan DNA I. U ingat I percaya sangat ke dengan semua lawyer I. Diorang bila-bila masa boleh dibeli oleh UMNO untuk kenakan I. (dalam hati - lagi bahaya macam tu... aku dah tak de peluang nak ngelak dan bagi alasan kalau lawyer aku sendiri jadi saksi sampai kuar keputusan)

Azizah    : Habis tu, apa yang U nak buat?

Anwar    : Macam biasa, I akan cari jalan untuk lengah-lengahkan kes ni...Kita bangkitkan isu lain asalkan boleh tutup kes I...Sampai PRU nanti, kita akan lawan sampai menang dan I jadi PM... masa tu kita boleh gugurkan kes liwat ni... I akan gunakan kuasa I sebagai PM masa tu dan kemudian I akan pastikan orang tua Si Che Det dan Si Najib tu disumbat dalam penjara sampai mampos...

Azizah    : Itu kalau U sempat jadi PM... U sendiri kata UMNO kan buat apa saja untuk kenakan U... Diorang akan gunakan kuasa mahkamah untuk desak U serahkan sampel DNA U tu...

Anwar    : I tau la apa I nak buat... U tunggu dan lihat je sudah... Dah lah... I penat ni... dah malas nak fikir... I nak rehat jap... Kejutkan I bila sampai PJ nanti...(dalam hati - ada bontot yang menanti di PJ...)

Azizah    : Ye lah... nanti I kejutkan U... (dalam hati - boleh percaya ke laki aku ni???)

Lim Guan Eng mempergunakan orang Melayu untuk mengusir orang Melayu... Syabas Melayu...

1.  Sungguh bangsat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ni. Kepalanya siapa lagi kalau bukan 'malaun' pendatang Si Lim Guan Eng. Dan seperti biasa, mangsanya, tak lain dan tak bukan adalah kaum Melayu beragama Islam di Pulau Pinang.
Nik Ajis sekadar 'hiasan'

2.  Jika sebelum ini, ADUN DAP, Ng Wei Aik dengan angkuh, bongkak dan sombongnya cuba mengusir peniaga restoran supaya balik India, kali ini perkara hampir sama berulang. Untuk makluman, mungkin disebabkan tak tahan menerima tekanan, Ng terpaksa beralah dan memohon maaf secara terbuka dan bersemuka kepada peniaga restoran yang dihalaunya.

3.  Kejadian kali ini adalah melibatkan para peniaga yang rata-ratanya dari bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dengan menjaja di sepanjang pantai SeaGate, Pulau Pinang. Para peniaga ini telah dihalau secara kasar tanpa diberi notis dan tidak dibenarkan berniaga di sepanjang persisiran Pantai Seagate. Malah ada beberapa peniaga di mana peralatan berniaga telah disita dan dirampas.

4.  Seperti juga kejadian sebelum ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekali lagi diperguna dan diperkuda oleh puak-puak penyangak Guan Eng untuk kepentingan politik mereka. Anggota penguatkuasa MPPP dipaksa dan dikerah untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga ini. Dan, seperti jua kejadian sebelum ini, rata-rata anggota penguatkuasa MPPP merupakan dari bangsa Melayu juga.

5.  Untuk makluman, para peniaga ini telah lama berniaga di sepanjang persisiran Pantai seagate yakni sejak pentadbiran BN lagi. Mereka ini diusir dengan alasan bahawa perniagaan mereka telah mengganggu lalu lintas dan menyebabkan sepanjang pantai menjadi kotor. Mungkin alasan yang diberikan sedikit rasional, namun tidak adakah cara lain atau alternatif lain sebagai pilihan kepada para peniaga ini selain diusir secara paksa.

6.  Mungkin tindakan kerajaan negeri DAP ini seperti mahu menunjukkan bahawa mereka telus dan tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan. Mereka juga mungkin mahu menonjolkan ketirisan yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran BN. Namun banyak perkara sebenarnya boleh dipertikaikan atas tindakan mereka ini.
Chai Leng Park : Berniaga di atas jalan raya...

7.  Kenapa seperti wujud unsur rasisme dalam tindakan mereka ini? Kenapa rata-rata yang menjadi mangsa adalah peniaga kecil bangsa Melayu? Bagaimana kedudukan dan status para penjaja yang berniaga di sekitar bandar GeorgeTown, Jalan Raja Uda, Chai Leng Park, Bukit Mertajam dan beberapa bandar lain dalam Pulau Pinang? Adakah disebabkan para penjaja ini berbangsa Cina maka mereka bebas menjaja tanpa perlu risau akan diambil tindakan oleh para penguatkuasa?

8.  SMB pernah dedahkan bagaimana para penjaja Cina yang berniaga di TENGAH jalan sekitar Chai Leng Park. Para penjaja di Jalan Raja Uda dan bandar GeorgeTown jelas membuka permis perniagaan mereka di tepi jalan utama hingga menyebabkan kesesakan melampau terutama pada waktu puncak. Kenapa mereka tidak dikenakan sebarang tindakan? Adakah disebabkan para penjaja ini merupakan penyumbang undi utama kepada DAP menjadi sebab mereka tidak boleh dikenakan tindakan?

9.  Mungkin langkah pengusiran peniaga Melayu sudah termasuk dalam agenda DAP untuk melenyapkan bangsa Melayu dari muka bumi Pulau Pinang. Langkah dimulakan dengan penjaja Melayu kecil-kecilan. Para kontraktor bumiputera kini ketandusan projek dari kerajaan negeri dan ini juga antara langkah pengusiran oleh DAP. Nilai hartanah dan rumah yang kian meningkat juga termasuk dalam agenda. Pembangunan kawasan setinggan, perkampungan tradisi yang majoriti Melayu, kediaman atas tanah kerajaan negeri yang turut melibatkan Melayu sudah pun digegar DAP dalam usaha merealisasikan agenda mereka mengusir Melayu.

10.  Banyak lagi agenda dan rancangan yang sedang dan sudah direncanakan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP untuk mengusir Melayu dari Pulau Pinang. Ramai yang masih tidak sedar terutama di kalangan pemimpin Melayu PAS dan PKR gara-gara kemaruk kuasa. SMB akan dedahkan sedikit-demi sedikit agenda yang dibawa oleh DAP. Sedihnya, masih ramai kalangan Melayu yang galak mengangkat si Khalifah 'Penyangak' Guan Eng. Mungkin ini yang dimaksudkan 'Menang sorak, kampung tergadai'. Nantikanlah...

Ada Si'Mangkuk Hayun' yang sibuk menfitnah Malaysia di saat Dato' Lee sibuk menjulang nama Malaysia...

1.  Rasanya tak terlambat lagi untuk SMB mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei di atas kejayaan beliau menjulang kejuaraan dalam kejohanan badminton All England. Sekalung tahniah juga diucapkan kerana berjaya menewaskan musuh tradisi yang juga merupakan pemain terbaik dunia dari China, Lin Dan.

2.  Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan All England merupakan antara kejohanan badminton yang berprestij dan menampilkan pemain terbaik dari seluruh dunia. Kejayaan Dato' Lee memang sewajarnya dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan ia sekaligus membuktikan bahawa Dato' Lee memang merupakan antara pemain badminton terbaik dunia dan menjadi igauan ngeri kepada sesiapa sahaja yang menjadi pencabarnya.

3.  Pengikhtirafan yang diberikan oleh PM dan isteri memang kena pada masa dan tempatnya. Dato' Lee memang wajar diberi penghargaan eksklusif atas kesungguhan dan daya usahanya hingga berjaya menjadi juara All England. Bukan satu perkara mudah untuk menjadi juara jika tidak disusuli dengan usaha keras dan semangat tinggi dan ini ada pada Dato' Lee.

4.  Dato' Lee sememangnya layak diletakkan sebagai antara ikon terbaik kepada rakyat Malaysia terutama di kalangan belia. Semangat beliau yang sentiasa mahu mengharumkan nama Malaysia dan meletakkan tanggungjawab membawa panji negara sebagai keutamaan wajar dijadikan contoh oleh semua anak muda.

5.  Sebenarnya menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan belia untuk menjulang nama Malaysia di mata dunia dalam apa jua bidang. Bukan sahaja sukan malah akademik, idea, politik dan lain-lain. Namun, apa yang menyedihkan adalah wujud segelintir golongan yang sering memandang rendah dengan keupayaan negara.

6.  Memandang rendah satu hal. Lebih menyedihkan lagi apabila ada pihak yang lebih melampau hingga sanggup menfitnah, memburuk-burukkan, mencaci, mengkeji dan pelbagi jenis meng lagi kepada negara Malaysia tercinta. Golongan ini bertindak demikian setelah kecewa apabila gagal mendapat apa yang dihajati untuk kepentingan diri.

7.  Seperkara lagi, ingin SMB persoalkan, siapa pula selepas Dato' Lee Chong Wei. Pada pandangan SMB, hala tuju sukan badminton negara seperti tidak berada di landasan yang tepat. Hingga sekarang SMB belum melihat pencapaian cemerlang dari barisan pelapis negara. Adakah sukan badminton sedang mengahadapi ketandusan skuad pelapis. Siapa yang bakal meneruskan kecemerlangan selepas Dato' Lee dan 'team'nya berundur?

8.  Sedikit kritikan dari SMB adalah apabila melihat kepincangan yang berlaku dalam BAM. Apa puncanya hingga menyebabkan Misbun berundur dan Dato' Lee sendiri membayangkan untuk keluar dari BAM? Dimanakah peranan BAM untuk memacu kecemerlangan sukan badminton negara termasuk menyediakan barisan pelapis yang kuat dan bersedia pada bila-bila masa menggantikan skuad senior? Hanya BAM sahaja yang berhak menjawab persoalan ini.

Selasa, 1 Mac 2011

Pemimpin PAS lebih berminat menambah cawangan 'masjid' di Sempadan Siam berbanding membina masjid baru di Kelantan...

 Percayakah anda... PAS akan tetap menyalahkan kerajaan BN terutama UMNO kenapa mereka hanya mampu membina 2 buah masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan. Ini beerti PAS mengambil masa 10 tahun untuk membina 1 buah masjid.

Salah UMNO juga kenapa perkara ini boleh berlaku. Terlalu banyak masjid yang dibina oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO BN menyebabkan PAS sudah tidak ada ruang dan tempat yang sesuai lagi untuk membina masjid di Kelantan. UMNO sepatutnya memberi keutamaan kepada PAS untuk membina masjid mereka sendiri. Mungkin sudah banyak niat untuk membina masjid yang terpaksa dibatalkan oleh Nik Aziz tatkala melihat UMNO terlebih dahulu membinanya.

KUALA KRAU 28 Feb. – Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti ‘Membangun Bersama Islam’ dan ‘Negeri Serambi Mekah’.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

Sebenarnya, PAS terlalu gah dengan pelbagai slogan dan cogan kata yang mana kebanyakannya bercirikan Islam. Namun realiti dan dari segi pelaksanaannya, PAS nyata telah gagal merealisasikan setiap logan yang mereka laung-laungkan. PAS tak ubah seperti sapi yang hanya mendapat nama walaupun susu dihasilkan oleh lembu. PAS dengan angkuh mendakwa kononnya pembangunan termasuk pembinaan masjid di Kelantan terhasil dari kejayaan kepimpinan PAS.
Lebih memalukan lagi, PAS tanpa rasa segan silu dan rasa bersalah sering menyalahgunakan prasarana seperti masjid yang hakikatnya telah dibina oleh kerajaan pusat untuk kepentingan politik mereka. Masjid yang dibina oleh UMNO digunakan untuk menabur fitnah, memaki hamun, mengeluarkan fatwa songsang dan banyak lagi.

“Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.

“Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan,” katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.


Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.

Percayakah anda, kerajaan DAP di Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng telah membina lebih banyak tokong dan rumah ibadat untuk agama mereka berbanding pembinaan masjid di Kelantan oleh PAS walaupun DAP baru 2 tahun mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang. PAS terlalu taksub menghentam orang Melayu walaupun realitinya mereka juga orang Melayu. Semua ini dilakukan semata-mata kerana mahu menunjukkan bahawa mereka bukan sebuah parti berciri perkauman. Walhal dalam masa yang sama, DAP dalam diam menjaga dengan baik kaum mereka.

Di Pulau Pinang, DAP terang-terangan membuktikan bahawa mereka mengamalkan politik berat sebelah. Orang Melayu yang beragama Islam telah dianak tirikan dan dinafikan hak. Orang Cina dijaga dengan baik. Walaupun mereka tidak pernah mengaku bahawa mereka mengamalkan politik perkauman namun dari segi cara pentadbiran jelas menunjukkan bahawa mereka hanya menjaga kebajikan kaum tertentu.

Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.

Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

“Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup,” kata beliau. - UMNO Online

Mungkin ada sebab lain kenapa PAS hanya mampu membina 2 buah masjid di Kelantan sepanjang tempoh pentadbiran selama 20 tahun. Kebanyakan pemimpin PAS terlalu sibuk membina masjid di sempadan Thailand termasuk di Golok. Bezanya, kebanyakan mereka bukan membina masjid baru tetapi menambah cawangan 'masjid' yang sedia ada.








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE