-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Selasa, 22 Februari 2011

Azmin gagal KPI ... Mampukah Anwar singkirkan 'bontot' kesayangannya dari senarai PRU13 ???

Rupa-rupanya Ahli Parlimen Gombak dari Pakatan rakyat yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR dan merupakan makhluk kesayangan Sang Anwar, Azmin Ali dan beberapa konco-konconya telah tersenarai sebagai antara ahli parlimen pembangkang yang gagal berkhidmat dengan cemerlang dan gagal mencapai KPI yang diaudit oleh puak mereka sendiri.

Antara mangkuk hayun lain selain Azmin yang turut gagal adalah Ahli Parlimen Teluk Kemang, Ahli Parlimen Balik Pulau dan beberapa nama lagi. Perkara ini didedahkan menerusi sebuah laman potal, Free Malaysia Today, yang juga merupakan antara laman portal yang sebelum ini cenderung kepada pakatan pembangkang. Seperti biasa, Azmin menafikan dakwaan tersebut dan mahu laman portal menarik balik laporan tersebut.

KPI yang menjadi penentu aras kemampuan seseorang ahlu parlimen ini sebenarnya telah dibina dan deselia oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Pakatan Rakyat sendiri, bukannya dari pihak luar. Dan setiap laporan dan keputusan disalurkan terus kepada Presiden PKR, Wan Azizah.

Bagaimana Azmin dan konco-konconya mampu berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat Malaysia jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa? Sedangkan audit dalaman yang dilakukan oleh mereka sendiri pun Azmin dilihat telah gagal memenuhi kriterianya. Mungkin disebabkan Azmin terlalu tamakkan kuasa hinggakan tanggungjawabnya kepada rakyat terutama penduduk yang diwakilinya di Gombak terabai.

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali berkata beliau tidak tahu mengenai laporan audit luar yang mengatakan beliau dan enam lagi ahli parlimen PKR telah gagal dalam ujian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan mencabar portal berita yang melaporkan mengenainya supaya membuktikannya.

"Setakat yang saya ketahui, tidak ada perbincangan mengenai laporan ini. Saya agak terkejut Free Malaysia Today (FMT) menyiarkan laporan yang tidak berasas ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

NONEDalam laporannya hari ini, portal berita itu memetik sumber yang mendakwa Azmin (kanan) adalah antara tujuh ahli parlimen PKR yang diklasifikasikan sebagai 'wakil rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka', dalam laporan audit luar, yang disediakan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Nik Mahmood Nik Hassan.

Ahli parlimen lain yang disenaraikan ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya).

Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, mencabar portal berita itu supaya membuktikan kebenaran laporan tersebut.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali juga menyuarakan pandangan yang sama dengan Azmin.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada laporan mengenai PKI ahli parlimen PKR," tulis Syed Husin di Twitter. - MalaysiaKini

SMB yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia sudah pun dapat menilai tahap keupayaan kepimpinan Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan laporan KPI yang jelas memperlihatkan kegagalan pemimpin Pakatan Rakyat membuktikan bahawa mereka ini tidak mampu lagi membela dan menjaga kebajikan rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari PKR secara terang-terangan menonjolkan ciri-ciri keperibadian mereka yang hanya mementingkan kuasa dan kedudukan. 

Walaupun 1000 penafian keluar dari mulut mereka, namun mereka tidak mampu lagi membohongi rakyat. Rakyat dapat melihat setakat mana sumbangan mereka kepada rakyat. Mereka telah gagal membawa perubahan positif di kawasan yang diwakili mereka. Mereka hanya bermegah dengan pembaharuan yang sebenarnya telah pun dicetuskan sebelum mereka menjadi wakil rakyat. Terlalu banyak pembohongan dan janji manis yang ditabur oleh mereka kepada rakyat. Rakyat faham memang sukar untuk merealisasikan 100% apa yang dijanjikan. Tapi setidak-tidaknya tunaikanlah sekurang-kurangnya 70% dari janji yang ditabur. Janganlah sampai langsung gagal menunaikan janji. Rakyat sudah muak untuk mendengar alasan. Rakyat mahu melihat langkah pertama ke arah sesuatu pembaharuan. Jangan sekali-kali menabur janji jika tidak mampu menunaikannya di kemudian hari.

MENARIK !!! FOOT DETOX serendah RM10.00... Dapatkan segera...

Anda menghadapi masalah kesihatan???


  1. Kencing manis
  2. Darah tinggi
  3. Berat badan berlebihan
  4. Gout
  5. Lenguh sendi, lutut dan pinggang
  6. Keletihan
  7. Dan pelbagai lagi....
Anda sudah muak dengan pelbagai jenis ubatan dan jamu yang perlu dimakan???
Disini saya memberi anda pilihan lain...
Dengan harga yang amat berpatutan...




Setiap punca peredaran darah akan melalui tapak kaki anda...
Dengan gaya pemakanan kita sekarang yang tidak terkawal maka amat perlu untuk kita mengimbangi semula sistem di dalam badan kita...

Pernahkah kita terfikir berapa banyak makanan yang mengandungi minyak, garam, lemak, gula dan lain-lain yang telah masuk ke badan kita???




Perlukah kita terlalu bimbang untuk mengeluarkan sedikit wang demi untuk kesihatan kita???

Kenapa perlu menanggung pelbagai kesakitan walhal umur belumpun menjangkau 40 tahun???

Dengan hanya menggunakan 'Foot Detox' dengan harga yang berpatutan, setidak-tidaknya ia dapat mengimbangi semula apa yang telah kita makan...

Hanya perlu tampal di tapak kaki sebelum tidur...

Dan keesokannya kita akan dapat melihat sendiri kesan yang amat drastik...


Bukan sekadar di tapak kaki...

Di pinggang, belakang bahu, betis pun boleh ditampal...

Ia akan bertukar menjadi hitam dan berlendir bergantung kepada berapa banyak toksin yang berada di dalam badan anda...

Dan seperti yang anda ketahui, toksinlah menjadi punca pelbagai penyakit...

Produk ini datangnya dari GuangZhao, China dan dipek di Korea dan Jepun...

Dan pastinya produk ini memiliki sijil kebenaran dari kementerian kesihatan China...


Setiap pek mempunyai 10 keping bersamaan 5 pasang...
Dan ianya dijual pada harga RM18.00 sahaja....
Kami tetap akan menghantar walaupun anda hanya membeli 1 pek...

1 pek = rm18.00
5 pek = rm85.00
10 pek = rm150.00
50 pek = rm650.00
100 pek = rm1000.00

Jika berminat sila bank in ke :
      Bank          : Maybank
      Nama         : Muhammad Ariff Bin Ahmad
      No. Akaun : 157112 - 091596



selepas Bank in, Minta tuan/puan email/ sms / msg via Fb kepada saya :
   1) Amaun Bank In
   2) Masa Bank In
   3) Alamat untuk proses penghantaran menggunakan pos laju
   4) No HP untuk dihubungi


Pembelian sebanyak 100 keping (10 pek) sudah melayakkan anda untuk mendapatkan harga borong...
Untuk maklumat lanjut dalam apa jua hal berkaitan boleh hubungi saya melalui:



  1. ariffraazdinamik@gmail.com
  2. raazdinamik@yahoo.com     - YM
  3. 019-479 7995

Haluan nik Ajis kian sesat. Syurga bukan lagi hala tuju utama parti PAS...

KOTA BHARU 21 Feb. - Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah  menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi tersebut.

Beliau berkata, keadaan itu jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini.

Apa sebenarnya prinsip yang dipegang oleh Mursyidul Am PAS, Nik Ajis ni. Sekejap dia cakap begitu, dan kemudiannya dengan mudah mengubah pendirian. Setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Ajis sebenarnya sudah tidak menggambarkan kedudukan dirinya yang sebelum ini gah digelar sebagai seorang ulama. Semuanya bergantung kepada isu semasa dan setiap dakwaan dan fatwa kononnya hanya memenuhi tuntutan dan keperluan politiknya.

Sebelum ini, Nik Ajis sering menghantam bangsa Melayu sedangkan dirinya sendiri pun berbangsa Melayu. Umum mengetahui bahawa ahli UMNO merupakan bangsa Melayu. Dan boleh dikatakan keseluruhan bangsa Melayu merupakan beragama Islam. Nik ajis gemar menuduh bangsa Melayu yang menyokong UMNO sebagai kafir dan tidak berbau syurga . Manakala bangsa Melayu yang menyokong PAS akan ditentukan tempat di dalam syurga.

"Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.

"Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba hari ini keluar kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Namun kini semuanya sudah berubah. Apatah lagi memandangkan tarikh untuk pilihanraya Umum ke 13 dijangka kian hampir. Nik Ajis dilihat cuba mencari jalan selamat bagi meraih semula sokongan orang Melayu. Ini kerana berdasarkan statistik dan peratusan sokongan Melayu kepada PAS melalui PRK akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa PAS sudah ditolak oleh kebanyakan bangsa Melayu.

Nik Ajis terlalu mengaharapkan sokongan Melayu jika mahu PAS menjadi sebuah parti yang kekal relevan. Nik Ajis mahu orang Melayu melupakan setiap dakwaan dan tuduhan yang pernah dilemparkannya. Secara tiba-tiba, Nik Ajis mendakwa bahawa PAS akan tetap mempertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu sebagai bangsa pribumi di bumi Malaysia. Sudah tidak keluar istilah kafir dari mulut Nik Ajis. Semuanya kerana ingin menambat hati orang Melayu supaya menyokong PAS.

Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.

"Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar," katanya.

Apa sebenarnya niat di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Nik Ajis? Kenapa secara tiba-tiba Nik Ajis tidak menjadikan agenda penubuhan negara Islam sebagai matlamat utama perjuangan PAS? Adakah sekutu PAS terutama DAP masih tidak merestui hajat PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan hukum Islam sepernuhnya? Jadi PAS terpaksa beralih memperjuangkan aegnda Melayu, yang sebelum ini ditolak oleh PAS dan cuba mendiamkan agenda negara Islam.

SMB tidak berminat untuk menyentuh isu mengkafirkan orang Islam seperti yang telah dilakukan oleh PAS terutama Nik Ajis  Ini kerana segela tindak tanduk PAS mengambarkan mereka sebuah parti yang 'cakap tak serupa bikin'. Mereka mengkafirkan orang Melayu yang jelas Islam dan menolak sebarang kerjasama sesama Islam. Tetapi dalam masa yang sama, mereka mengampu, mengiakan, menuruti, menjadi hamba kepada sebuah parti yang secara nyata dan terang-terangan menolak sebarang usaha ke arah memartabatkan agama Islam yakni parti DAP. Adakah PAS selayaknya menjadi parti yang mampu membela nasib orang Malayu dan Islam?

Katanya, sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.

"Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan? Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.

"Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal," katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga ahli Pas yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sekiranya memerintah kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.

"Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP," katanya. - Utusan Online

Khamis, 17 Februari 2011

Orang Melayu yang tolak DEB boleh dikategorikan sebagai 'Bangsat Syok Sendiri'...

Hanya 3 orang dari kalangan bumiputera yang termasuk dalam senarai individu paling kaya di Malaysia. Dalam 3 individu tersebut, hanya 1 orang sahaja yang tersenarai sebagai top10. Beliau adalah Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary yang memiliki Yayasan Al-Bukhary dan peneraju DRB-Hicom. 2 lagi individu menduduki tangga ke-11 iaitu pemilik Kumpulan Arab-Malaysian dan seorang lagi adalah pemilik Kenchana Petroleum yang juga merupakan anak mantan Perdana Menteri, dato, Mokhzani Mahathir.

Yang lainnya kekal dikuasai oleh bangsa asing yakni dari bangsa Cina. Tan Sri Robert kuok kekal sebagai pendahulu sebagai individu terkaya dan diikuti rapat oleh pemilik Maxis, Tan Sri T Ananda Krishnan di tempat ke-2. Walaupun Tan Sri Robert tidak lagi tinggal di Malaysia namun sumber kekayaannya tetap datang dari bumi Malaysia malah beliau turut digelar sebagai jutawan gula.


Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion. - MalaysiaKini

Apakah kesimpulan yang boleh kita katakan berdasarkan kedudukan kekayaan yang tersenarai ini? Jelas menunjukkan bahawa kedudukan dari kaum bumiputera jauh ketinggalan dan masih tidak mampu menyaingi bangsa lain. Hasil dari bumi Malaysia masih lagi dibolot, didominasi dan dimonopoli oleh bangsa lain, bukan dari bumi putera yang sepatutnya menjadi pemilik terhadap sumber di bumi Malaysia.

Adakah disebabkan bumiputera kurang berusaha dan masih berada di takuk yang lama berbanding bangsa lain yang kuat berusaha dan sentiasa mencari peluang baru menjadi penyebab kenapa bumiputera masih ketinggalan? Atau adakah bumiputera hanya layak menjadi kuli bawahan kepada orang-orang kaya ini? Bukan niat SMB untuk merendah-rendahkan kemampuan kaum bumiputera, namun inilah realitinya.

Jadi rasanya tidak salah jika kerajaan terus membantu kaum bumiputera untuk terus survive dalam gelombang yang serba mencabar ini. Kenapa perlu ada pihak yang sering mempertikaikan peranan kerajaan membantu bumiputera? Apatah lagi pihak yang mempertikai itu datangnya dari kaum bumiputera. Kaum bumiputera perlu sedar dan bersyukur kerana kerajaan Malaysia masih dikuasai oleh kaum bumiputra. Bayangkan jika kerajaan juga dikuasai oleh bangsa asing. Adakah nasib bumiputra akan terbela?

AWAS !!! Niat Lim Guan Eng di sebalik penubuhan portfolio hal ehwal bukan Islam...

PULAU PINANG 16 Feb. - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ini merupakan pertama kali portfolio seumpama itu diperkenalkan di negeri ini yang mana beliau sendiri akan menjadi Exco.

Menurutnya, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy pula dilantik sebagai Timbalan Exco Hal- Ehwal Bukan Islam itu.

Beliau menjelaskan, cadangan penubuhan portfolio tersebut telah dikemukakan Ramasamy dan diluluskan semasa mesyuarat Exco minggu lalu.

Dimanakah rasionalnya penubuhan portfolio baru di negeri Pulau Pinang? Portfolio yang ditubuhkan ini adalah untuk menjaga hal ehwal agama bukan Islam dan ianya dipengerusikan sendiri oleh ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Penubuhan portfolio baru ini merupakan satu lagi langkah popular yang diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tujuannya jelas, adalah untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang. Kerajaan negeri sedar bahawa sokongan masyarakat Melayu beragama Islam di Pulau pinang mulai pudar terhadap kerajaan negeri. Apatah lagi beberapa tindakan yang diambil kerajaan negeri dilihat tidak memihak malah boleh dikatakan menindas masyarakat Melayu sejak akhir-akhir ini. Ini termasuklah tindakan meroboh gerai, pengambilan tanah Melayu, rampasan terhadap prasarana seperti dewan dan beberapa lagi membuatkan orang Melayu muak untuk menyokong kerajaan negeri.

Memandangkan timbul ura-ura bahawa kabinet bakal dibubarkan dan PRU akan diadakan dalam masa terdekat, maka kerajaan negeri terpaksa mencari alternatif lain bagi mengekalkan sokongan terhadap mereka dan sekaligus Pulau Pinang kekal dalam tangan mereka. Orang bukan Islam pastinya gembira dengan penubuhan portfolio baru ini apatah lagi ianya dipengerusikan sendiri oleh guan eng.

"Tidak seperti jawatankuasa agama di bawah Kerajaan Pusat yang menggalakkan hubungan harmoni di kalangan penganut pelbagai agama di negara ini, kerajaan negeri tidak menubuhkan jawatankuasa sebaliknya Exco portfolio penuh.

"Ini membuktikan keikhlasan kerajaan negeri terhadap perkara-perkara berkaitan agama," katanya di sini hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu memberitahu, penubuhan portfolio tersebut amat bertepatan dengan pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Dengan penubuhan portfolio baru ini, tidak mustahil akan ada pihak yang akan membanding-banding peranan dan sumbangan antara portfolio yang menjaga hal ehwal Islam dengan portfolio baru ini. Malah penubuhan portfolio baru ini mampu mencetuskan konfrontasi antara agama. Seperti cadangan penubuhan IFC yang ditentang sebelum ini, perkara sama mungkin boleh wujud dengan penubuhan portfolio baru ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu memastikan konfrantasi seperti ini tidak timbul jika benar-benar ikhlas dengan penubuhan portfolio baru ini. Peruntukan yang diberi kepada portfolio Hal Ehwal Islam perlu diasingkan dengan peruntukan portfolio baru ini. Maksudnya peruntukan kepada portfolio baru ini merupakan bajet yang lain dan bukan ditarik, dibahagikan samarata atau datangnya dari peruntukan untuk portfolio hal ehwal Islam. Malah bajet yang diperuntukan juga tidak boleh melebihi bajet kepada portfolio Ehwal Islam bagi menjamin kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi.

Jelasnya, ia sudah pasti akan mempromosi kepelbagaian dan interaksi positif masyarakat dalam perkara membabitkan kebudayaan, agama dan sosial.

"Meskipun terdapat perbezaan agama dan budaya, rakyat tetap bersatu menerusi aspirasi yang sama dengan mempraktikkan nilai-nilai moral sejagat ke arah keamanan, keadilan, kesederhanaan dan harmoni.

"Kerjasama bukan konfrontasi, saling menghormati bukan toleransi dan memahami bukan kejahilan akan menjadi penentu kejayaan portfolio baru ini," ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dalam ucapan Perdana Menteri pada Perbahasan Umum Sesi Ke-65 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di New York 27 September lalu yang tidak mahu kumpulan ekstremis dan militan menggugat perpaduan serta keselamatan di negara ini.

"Kerajaan negeri prihatin dengan kemunculan kumpulan-kumpulan ekstremis yang memainkan isu-isu perkauman untuk kepentingan diri sendiri.

"Pulau Pinang telah menjadi sasaran dan dilabel sebagai anti-Melayu walaupun isu-isu itu melibatkan hanya 10 peratus Melayu atau hanya seorang Melayu daripada 10 pihak terlibat," katanya lagi dalam kenyataan itu. - Utusan Online

Rabu, 16 Februari 2011

Jalur Gemilang ditiru dari bendera Amerika??? Mungkin ini fitnah seterusnya dari Sang Anwar...

Inilah yang dinamakan manusia durjana. Sang Anwar bukan lagi bermusuhan dan membenci kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO, tetapi yang sebenarnya Sang Anwar sangat membenci negara Malaysia. Tindakan Sang anwar terutama sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa Negera Malaysia menjai mangsa kebencian yang membuak-buak dalam diri Anwar. 

Sang anwar bukan sahaja gemar memburuk-burukkan kerajaan Malaysia termasuk apa sahaja yang dilancarkan oleh kerajaan malah Sang Anwar mula memperlekeh, menghina dan memalukan parkara yang secara asasnya menjadi simbol negara dan sepatutnya menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia. Anwar bukan sahaja tergamak membiarkan orang lain memijak maruah negara malah Anwar turut sama menghulur kakinya memijak martabat negara Malaysia.

Anwar sebenar sudah mula kehilangan pengaruh di luar negara. Apatah lagi sejak pendedahan tentang salah laku liwatnya yang dipaparkan melalui laman web Wikileaks. Anwar terpaksa mencari jalan bagaimana untuk menaikkan semula populariti dirinya. Cara paling mudah, Anwar memilih untuk mendedahkan keburukan dan keaiban negara di luar Malaysia. Malah Anwar sedia untuk menfitnah, menghina dan termasuk sedia untuk mendedahkan pelbagai rahsia negara walaupun tidak benar kepada dunia luar. Anwar menggunakan kelebihannya bercakap untuk menarik perhatian luar agar percaya dengannya. Sudah menjadi resam manusia, lebih gemar mendengar keburukan dan kelemahan pihak lain dari mendengar kelebihan dan kebaikan. Dengan ini secara tak langsung populariti Anwar akan meningkat dan setiap ucaptamanya di majlis luar negara akan mendapat sambutan yang hebat.

KUALA TERENGGANU 16 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlekehkan keluaran batik tempatan di luar negara.

"Kita bertungkus lumus perkenal batik kita sehingga ke luar negara, tiba-tiba orang kita sendiri memperlekehkannya.

"Kalau dia tidak suka kerajaan Malaysia, jangan kata semua tak betul, jangan buat benda yang tak rasional. Nak sokong batik Indonesia, sokonglah, tapi jangan sampai melemahkan pengeluaran batik kita,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang dilaporkan memperlekehkan batik tempatan pada satu festival di Jakarta baru-baru ini.

Kenapa batik Malaysia dijadikan bahan atau isu untuk Anwar memburukkan negara. Anwar boleh memilih untuk tidak mengenakan pakaian bercorak batik Malaysia jika Anwar tidak sukakannya. Tidak perlu Anwar memburuk-burukkan kebanggaan negara ini dan memuji batik Indonesia. Bukankah tindakan ini seperti cuba menabur pasir di dalam periuk nasi pengusaha batik Malaysia?

Batik Malaysia berbeza dengan batik Indonesia. Kedua-dua jenis batik ini memiliki kelebihannya yang tersendiri. Malah batik Malaysia juga turut menjadi pilihan dikalangan para pelancong luar negara. Mungkin niat Anwar sebenarnya untuk menarik hati pemimpin dan rakyat Indonesia kerana memuji batik mereka. Tetapi rasanya tidak perlulah untuk membanding-bandingkan batik kedua-dua negara, apatah lagi memburuk-burukkan batik negara sendiri.

Ahmad berkata, kerajaan negeri “merasa tempias” daripada perbuatan Anwar itu, memandangkan Terengganu adalah pengeluar utama batik sutera dan kain batik di negara ini.

"Lagipun batik kita berbeza dari keluaran negara jiran itu kerana batik mereka banyak gunakan gambar binatang, burung dan sebagainya, sedangkan batik kita berbentuk bunga atau abstrak yang lebih menarik,” katanya - Utusan Online

Anwar sebenarnya sedar peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kian malap. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah mula benci dan muak akan sikapnya yang buruk dan hina. Jadi bagi Anwar, jika dirinya gagal untuk menjadi PM, dia akan pastikan negara Malaysia akan jatuh, mundur dan dipandang hina. Setidak-tidaknya, ini boleh dijadikan alasan oleh Anwar akan kesilapan rakyat Malaysia tidak memilihnya menjadi PM.

Ahad, 13 Februari 2011

Pakatan Rakyat Perak : Tidak sampai 1 tahun memerintah, kini mereka bakal berdepan pelbagai pendedahan salah guna kuasa...

Inilah yang dinamakan kerajaan lanun. Belum pun 1 tahun mentadbir kerajaan negeri Perak, sudah ada pihak yang mengaut keuntungan melampau hingga mampu bergelar jutawan segera. Adakah ini yang dinamakan kerajaan berhemah, telus, amanah, menjaga kebajikan dan adil. Nampak sangat bahawa matlamat sebenar golongan Pakatan Rakyat Perak mahu mendapatkan kuasa kerajaan negeri adalah semata-mata untuk kepentingan poket sendiri dan poket puak kroni.

IPOH 11 Feb. – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.


Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.

Salah guna kuasa dan menyamun hak rakyat untuk kepentingan sendiri yang dilakukan oleh penyangak di Perak bukan didedahkan oleh orang luar atau orang UMNO. Perkara ini telah didedahkan dan dilaporkan kepada SPRM oleh pemimpin yang pernah berada dalam Pakatan Rakyat bersama penyamun-penyamun ini. Pendedahan ini turut disusuli dengan bukti yang kukuh untuk mengaitkan kejahatan puak-puak penyamun ini. 

SMB yakin Saudara Fauzi dan rakannya pasti kenal sangat dengan golongan penyamun ini dan yakin mereka ini tidak akan mampu lari lagi dari laporan yang telah dibuat. Puak penyamun ini memang sangat teringin untuk hidup mewah setelah sekian lama dihimpit dalam kesusahan. Perjuangan untuk kepentingan peribadi semata-mata pasti akan gagal jika mereka cuba menggunakan platform UMNO. Jadi bilamana PR menjadi kerajaan negeri maka mereka ini terus mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mengaut kekayaan.

Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.

“Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.

“Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?” soalnya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.

Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

Mereka ini mungkin tidak menyangka bahawa Pakatan Rakyat hanya mampu memerintah negeri Perak selama 11 bulan. Sangkaan mereka bahawa PR bakal berkuasa setidak-tidaknya untuk tempoh 1 penggal sebelum PRU 13 berlangsung. Akibat salah jangkaan, puak-puak ini tidak sempat untuk menutup semula lubang duit yang telah digali. Maka segala penyelewengan dan salah laku yang dilakukan telah dapat dihidu ramai pihak termasuk di kalangan Paktan Rakyat sendiri.

Itu baru 11 bulan memerintah. Cuba bayangkan jika kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak selama 1 penggal. Sudah pasti puak penyamun ini akan menyamun habis-habisan harta rakyat. Allah itu Maha Kaya, jadi tidak hairanlah apabila perbuatan mereka terbongkar dan sekurang-kurangnya telah dapat menyelamatkan banyak wang rakyat dari diseleweng oleh manusia seperti mereka.

“Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.

“Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan,” tegasnya.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.

Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

“Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini,” ujarnya. - UMNO Online

Golongan ini sebenarnya mengalami simptom kejutan budaya. Sepertimana PAS dan DAP, mereka ini tidak pernah berpeluang berada di kedudukan tertinggi dalam kerajaan. Malah mereka juga tidak pernah menjangka akan berpeluang untuk berada di kedudukan tersebut. Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 telah menjadikan mereka tak ubah seperti 'merak naik ekor'. Hidup mereka berubah dalam sekelip mata. Peluang yang tidak pernah mereka mimpikan tiba-tiba berada di depan mata. Jadi tanpa berfikir panjang, mereka cuba mengambil kesempatan dan mengaut sebnayak yang boleh apa sahaja yang terhidang di depan mata apatah lagi perkara ini hanya akan datang sekali dalam seumur hidup. Dan kini padah dan akibat dari kesilapan singkat mereka bakal dihadapi. Pastinya apa yang mereka kaut sebelum ini tidak akan mampu untuk membantu mereka lagi...

DUN Kerdau menjadi destinasi terakhir untuk PKR sebelum terjubur... Oooppppssss, 'terkubur'...

Sesungguhnya ajal maut menjadi hak mutlak Allah dan tidak ada satu pun yang mampu melambatkan atau mempercepatkan ajal maut seseorang itu. Semuanya sudah pun mejadi ketentuan Allah. Allah berhak menarik nyawa seseorang itu walaupun dalam keadaan sihat walafiat dan Allah berhak menyembuhkan seseorang itu walau dalam keadaan nazak.

Belum pun berlangsung PRK DUN Merlimau di Melaka, negara sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang lagi pemimpin peringkat DUN untuk mengadap Ilahi. ADUN Kerdau di negeri Pahang, Dato' Zaharuddin Abu Kassim dari UMNO telah meinggal dunia jam 7.15 petang tadi setelah terjatuh dalam bilik air akibat serangan jantung. Kematian beliau telah disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO dan seluruh rakyat Pahang. Sebelum ini beliau telah pun beberapa kali menerima rawatan di hospital kerana mengalami masalah kesihatan yang serius. Yang Dipertua dewan undangan Negeri Pahang akan mengeluarkan laporan kekosongan DUN Kerdau sebelum ianya diumumkan secara rasmi oleh SPR.

Satu perkara yang mungkin sedikit menyedihkan apabila ada suara-suara sumbang dari pihak tidak bertanggungjawab kononnya cuba mengaitkan PM dengan kematian beberapa wakil rakyat secara berturut-turut akhir-akhir ini. Suara sumbang tersebut mendakwa bahawa PM membawa nasib malang atau 'suwey' sehingga meragut nyawa ramai wakil rakyat. Suara sumbang ini jelas cuba untuk menafikan ketentuan Allah dan ia merupakan satu tindakan dari seseorang yang boleh digelar 'dungu'.

Apapun SMB mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dato' Zaharuddin dan berharap ianya dapat ditempuhi dengan redha dan sabar. Kepada seluruh jentera BN, bersiap sedialah kerana Kerdau bakal menanti selepas Merlimau... Al-Fatihah...

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
azlanSementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.
Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. - MalaysiaKini

Sabtu, 12 Februari 2011

Rejim Hosni tumbang di Mesir... Selepas ini, Rejim Al-Juburi pula bakal ditelanjangi...

Akhirnya... Suara rakyat membuktikan kemampuan untuk menundukkan sebuah kerajaan diktator. Walaupun semalam Hosni mengumumkan untuk tidak meletak jawatan namun hari ini beliau terpaksa tunduk dengan tuntutan rakyat yang mahu dirinya berundur. Ditambah dengan desakan dari negara luar termasuk dari negara-negara kuasa besar seperti Amerika membuatkan Hosni tidak ada pilihan lain.

Dengan pengunduran Hosni maka pentadbiran Mesir diambil alih oleh kuasa tentera sementara menanti Pilihanraya Presiden baru atau perlantikan pemangku Presiden. Demonstrasi dan protes yang terbesar pernah berlaku di Mesir membuktikan bahawa rakyat sudah tidak tahan lagi malah rakyat sanggup melihat kehancuran negara dengan rusuhan tanpa kawalan dari terus berendam air mata hidup dalam kepimpinan Hosni yang dilabel sebagai diktator.

Wujud ura-ura kononnya Anwar ingin membawa semangat rakyat Mesir ke Malaysia. Kononnya Anwar mahu rakyat Malaysia bangkit dan menjatuhkan kerajaan BN bagi memberi laluan kepada dirinya sebagai Perdana Menteri. Inilah bangangnya Si Anwar. Kerajaan Mesir adalah jauh bezanya dengan kerajaan Malaysia. Rakyat Malaysia sedar tidak ada sebabnya untuk bangkit seperti di Mesir. Kemakmuran dan keharmonian yang dikecapi di Malaysia tidak memerlukan rakyat untuk bangun menentang dan sekaligus menggadaikan segala apa yang telah rakyat Malaysia miliki. Kalaupun Anwar masih berhajat untuk bertindak seperti yang berlaku di Mesir, SMB percaya Anwar akan gagal mendapatkan sokongan dari rakyat malah tidak mustahil mungkin hanya Anwar dan Azmin sahaja yang akan terpekik terlolong di depan PutraJaya...

Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

NONEBerita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

NONEEnam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981. - MalaysiaKini

Jumaat, 11 Februari 2011

Kempen 'Mari Masuk NERAKA' bersama Ulle...mak Nik Aziz. Penyertaan Percuma...

Lihat lah betapa berdosanya manusia yang bernama Nik Aziz. Satu ketika dahulu memang SMB pernah memanggil Nik Aziz sebagai Tuan Guru. Namun kini, SMB sudah hilang rasa hormat dan kagum kepada manusia yang bernama Nik Aziz. Malah Nik Aziz sbenarnya sudah tidak layak untuk digelar mahupun dipanggil sebagai ulama.

Tindakan, sikap, perbuatan, percakapan yang datang dari Nik Aziz langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang ulama yang boleh dihormati. Yang tinggal mungkin hanya serban yang dipakai yang membuatkan diri Nik Aziz boleh disamakan dengan ulama. Nik Aziz telah memalukan seluruh umat Islam di Malaysia dan telah menjatuhkan maruah dan martabat Islam.

SMB tidak layak untuk menentukan seseorang samada akan menerima ganjaran syurga atau bakal dihumban ke dalam neraka. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Namun jika dinilai setiap apa yang dilakukan oleh Nik Aziz di atas muka bumi ini, tidak salah jika SMB katakan bahawa Nik Aziz tidak layak untuk menghidu bau syurga dan selayaknya dihumban ke dalam neraka jahanam.

Kenapa SMB membuat dakwaan sebegini? Semuanya kerana SMB sangat terkilan melihat sikap Nik aziz. Siapa yang pernah mengeluarkan kononnya fatwa bahawa Tuhan mencarut dan Tuhan itu Samseng??? Nik Aziz. Siapa yang tergamak mengkafirkan orang muslim yang lain hanya disebabkan perbezaan politik??? Nik Aziz. Siapa yang mempermainkan Islam dengan mendakwa hanya orang yang memangkah PAS sahaja akan dimasukkan ke dalam syurga??? Nik Aziz. Siapa yang tergamak mendoakan bala kepada orang muslim yang lain??? Nik Aziz. Siapa yang mengeluarkan fatwa hasutan hingga terputusnya silaturrahim sesama Islam apabila sembahyang jemaah mempunyai 2 imam dalam satu masa, majlis perkahwinan UMNO tidak boleh dihadiri oleh orang PAS dan lain-lain??? Nik Aziz.

Banyak lagi kemungkaran yang dilakukan oleh Nik Aziz. Namun yang paling menyedihkan apabila melihat Nik Aziz sedaya upaya cuba menggagalkan sebarang usaha yang membawa kepada perpaduan di kalangan umat Islam. Tindakan Nik Aziz yang mencabar Majlis Fatwa untuki berdebat dengannya jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz semakin bongkak dan angkuh dengan kuasa yang ada. Tidak mustahil jika Nik Aziz dibiarkan lebih lama lagi berkuasa dan mengeluarkan fatwa songsangnya maka nescaya satu hari nanti PAS boleh menjadi sebuah pertubuhan yang mengamalkan ajaran sesat.

KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik - B. Harian Online

Rakyat Pulau Pinang dijadikan hamba pencacai di bawah pentadbiran ber'hemah' Lim Guan Eng...

GEORGETOWN, 9 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan Bekas Ketua Menteri, Tan Sr. Dr.Koh Tsu Koon, kononnya kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Pulau Pinang sekarang adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Lim berkata, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh rakyat negeri ini kepada kerajaan negeri adalah faktor utama kepada kejayaan yang berjaya dicapai.

Memang tidak dinafikan, kejayaan sesebuah kerajaan mentadbir turut disumbangkan oleh kerjasama dan sokongan dari rakyat. Rakyat memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan jatuh bangunnya sebuah kerajaan. Seperti yang berlaku di Tunisia, kuasa rakyatlah yang telah menjatuhkan rejim kerajaan yang dianggap mereka kejam dan tidak demokrasi.

Namun begitu, kerajaan yang baik dan cemerlang juga diperlukan bagi memastikan pentadbiran dan pembangunan berjalan lancar dan teratur. Kerajaan perlu bijak merancang, menentukan dan membuat keputusan dalam urusan pentadbiran supaya tindakan yang diambil memberi kesan positif kepada semua pihak. Rakyat pastinya akan memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan yang mampu membentuk pembangunan yang baik dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan soal kebajikan rakyat.

"Dr. Koh berkata pengurusan kewangan terbaik mereka pada tahun 2007 apabila berjaya memperolehi lebihan bajet sebanyak RM43 juta. Namun begitu pada hakikatnya setelah kerajaan negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR), lebihan bajet kita adalah sekali ganda.

"Sebagai bukti pada tahun 2008, kerajaan negeri berjaya mencapai lebihan bajet sebanyak RM88 juta. Manakala pada tahun 2009 pula lebihannya adalah lebih dari RM77 juta. Ini adalah hasil dari amalan perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan, " kata Limi.

Lim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri adalah antara penyumbang kepada kejayaan ini jika dibandingkan dengan kerajaan sebelum ini yang banyak mengamalkan ketidaktelusan dalam pentadbiran mereka.

Kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang kini sebenarnya sedikit sebanyak disumbangkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu. Kerajaan DAP hanya meneruskan momentum dari apa yang telah direncanakan dari kepimpinan terdahulu. Kerajaan DAP perlu sedar bahawa mereka bernasib baik kerana hanya perlu menyambung pentadbiran dari kerajaan BN yang sememangnya telah banyak menyusun pembangunan dan ekonomi untuk tempoh masa akan datang.

Lebihan yang dicatatkan oleh kerajaan BN mungkin kurang berbanding DAP disebabkan sewaktu pentadbiran BN, banyak pembangunan yang dipacu untuk kebaikan Pulau Pinang. Kerajaan negeri ketika itu sanggup berbelanja lebih asalkan ia tidak merugikan dan menyusahkan rakyat. Lain halnya dengan kerajaan DAP. Guan Eng dan penyamun bawahannya sanggup menghalau rakyat Pulau Pinang, mencuri dan merampas prasarana milik rakyat yang dibina oleh kerajaan terdahulu, merampas dan mengambil alih tanah dan banyak lagi tindakan singkat yang menguntungkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat.

Tanah yang dirampas di Pulau Pinang kemudiannya diatur agar pembangunan mewah dijalankan atas tanah tersebut. Kediaman dan premis jutaan ringgit dibina dan dimiliki hanya oleh golongan kaya terutama dari luar. Jadi tidak hairanlah bila Guan Eng akui yang kerajaannya berjaya membawa masuk pelaburan walhal hakikatnya ia adalah atas kepayahan penduduk tempatan.

"Kita harus berterima kasih kepada rakyat negeri ini yang telah memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap kepimpinan kerajaan negeri sehinggakan mereka sanggup untuk memberi komitmen dengan bekerjasama dengan kerajaan negeri sedia ada, " ujar beliau. - Harakah Daily

Anwar hilang pengaruh di kalangan masyarakat India... Siapa lagi yang tinggal untuk Anwar???

KUALA LUMPUR 10 Feb – Masyarakat India di negara ini sudah cukup serik dan tidak akan menjual sekali lagi kepercayaan mereka kepada pimpinan parti pembangkang khususnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai politik opurtunis.


Ketua Penerangan MIC, S Murugessan berkata Anwar hanya tahu menabur janji dan perkara itu terbukti hari ini apabila banyak janji manis yang diungkapkan pada kempen pilihan raya umum yang lalu terbiar begitu sahaja.

Menurut beliau tidak hairanlah pada kali ini masyarakat India menolak kepimpinan pembangkang yang hanya tahu memperalatkan mereka ketika menjelangnya musim pilihan raya dan membiarkan masyarakat India terkapai-kapai menuntut janji yang ditutur sebelum ini.

Apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa wujud Double Standard di kalangan ahli dan kepimpinan parti. PKR dan Anwar sering menuduh kononnya UMNO gagal bertindak adil kepada semua kaum di Malaysia. Anwar berjaya mempergunakan isu ini pada PRU12 yang lalu. Hasilnya, PKR dan Pakatan rakyat berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat India hingga membawa kepada Tsunami Politik pada PRU tersebut. Kesannya sangat jelas sepertimana yang kita lihat apabila Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu yang tewas kepada calon PKR. Perkara yang sama juga belaku kepada hampir semua calon MIC.

Malah pada satu ketika, Anwar turut mempergunakan Hindraf untuk kepentingan politiknya. Pelbagai demostrasi, tunjuk perasaan, protes, tindakan sabotaj dan pelbagai lagi dilakukan dan semuanya mempergunakan rata-ratanya dan kebanyakannya adalah dari kaum India. 

“Tengok apa jadi dengan Kg Buah Pala, lihat apa jadi kepada kumpulan Hindraf, renungkan bagaimana Datuk S.Nallakaruppan yang merupakan seorang kawan baik beliau boleh meninggalkan Anwar. Tengok bagaimana keluh-kesah masyarakat India di cabang dan ranting seluruh negara.

“Dan terbaru Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala krishnan turut angkat kaki meninggalkan Anwar dan pakatan pembangkang. Jika rakan terdekat, pemimpin di dalam parti sendiri mula angkat kaki, apa lagi yang masyarakat India mahu tungu.

“Sebab itu kita penuh yakin dan percaya, masayarakat India tidak akan tertipu sekali lagi kali ini biarpun Anwar dan bala tenteranya turun dan giat melaksanakan pelbagai strategi untuk mengambil hati kaum India,” katanya.

Untuk mempengaruhi pemikiran dan untuk mendapatkan sokongan dari kaum India, Anwar terpaksa menabur pelbagai janji manis. Akibatnya kini terpaksa ditelan oleh Anwar apabila boleh dikatakan ke semua janji yang ditaburnya gagal ditunai. Bukan itu sahaja, nasib dan kebajikan masyarakat India gagal dibela sewajarnya oleh Anwar dan Pakatan rakyat. Amat menyedihkan apabila melihat nasib orang India masih ditakuk lama tatkala anwar sedang bercita-cita untuk menjadi PM. 

Bagaimana untuk membela nasib orang India sedangkan hak mereka telah pun dinafikan sejak dari awal lagi. Lihat sahaja dalam pemilihan kepimpinan PKR di peringkat ranting, cabang mahupun di peringkat tertinggi. Kebanyakan pemimpin India yang berpotensi untuk berkhidmat kepada orang India gagal mendapat tempat. Yang menang pula semuanya mempunyai kepentingan tertentu dan bukan untuk membela nasib kaum India. Walau pun seorang Naib Presiden dilantik dari kaum India namun perlantikan ini gagal memenuhi aspirasi orang India memandangkan beliau masih muda dan cetek pengalaman dalam politik. Perlantikan beliau sekadar untuk memenuhi kuota kaum india dan untuk menutup mulut masyarakat India.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang menyebut Anwar dan kuncu-kuncunya sedang giat melaksanakan pelbagai strategi untuk menarik kembali sokongan kaum India yang kelihatan merosot dan menjauhkan diri daripada parti pembangkang.

Pada pilihan raya sebelum ini, kaum tersebut dijanjikan dengan pelbagai janji manis dan apa yang berlaku selepas pilihan raya umum 2008 adalah sebaliknya.

Murugesan seterusnya menambah, apa jua janji dan apa jua tawaran yang akan datang selepas ini tidak akan dapat  mengubati dendam kesumat kaum India di negara ini.

“Saya yakin dan percaya, apa yang akan dibawa dan apa yang dilontarkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya untuk memujuk kembali kaum India tidak akan berhasil.  Bagi saya, sebelum datang dengan janji baru, tunaikan dulu janji yang lama. Jika gagal, usah bercakap kerana apa yang keluar daripada mulut beliau sekadar retorik dan umpan untuk memnacing undi kaum India semata-mata.

Percayalah, masyarakat India sebenarnya sudah menolak kepimpinan Anwar ibrahim. Mereka sudah sedar dan tahu tidak akan mendapat apapun jika terus bersekongkol dengan Anwar. Lain bezanya jika mereka bersama MIC dan BN. Kalaupun tidak semua yang dipinta akan dapat diperolehi, setidak-tidaknya 60% permohonan akan cuba dipenuhi oleh kerajaan. Malah kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib masyarakat India dan banyak peluang diberikan oleh kerajaan untuk melihat kaum India tidak ketinggalan.

MIC dan Bn perlu bijak mengambil peluang ini untuk menambat semula hati masyarakat india. MIC juga dilihat telah melakukan banyak perubahan positif terutama membabitkan rombakan kepimpinan. Presiden MIC, S. Samy Vellu juga bersetuju untuk berundur dan memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mentadbir urus MIC dengan lebih baik dan telus. Kewujudan parti Makkal Sakthi juga sebenarnya membuka lembaran baru dan ini akan memberi peluang kepada masyarakat india untuk menyuarakan pendapat mereka dalam kerajaan.

“Masyarakat India sudah kembali bersama BN dan melihat BN jauh lebih prihatin dan peka serta sebuah parti yang mengotakan janji. Mereka melihat Datuk Seri Najib dan kepimpinan BN yang lain jauh lebih ikhlas dalam membantu mereka di negara ini,” katanya. -MediaUMNO

Tasek Gelugor sudah muak dengan Tan Sri Nor. Hanya Dato' Shariff mampu kembalikan kekuatan UMNO Tasek Gelugor...

Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.



Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Tan Sri Nor Mohamed Yaacop merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Parlimen Tasek Gelugor boleh dikatakan merupakan salah satu kubu kuat UMNO dan biasanya sesiapa pun yang menjadi calon di Tasek Gelugor mewakili BN tidak akan menghadapi kesukaran untuk memenanginya. Di Tasek Gelugor, Tan Sri Nor adalah merupakan calon 'payung terjun' yang dipilih di saat akhir menggantikan penyandangnya, Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Omar. Beliau merupakan orang luar dan pemilihan beliau dibuat oleh Pengerusi BN ketika itu yakni Tun Abdullah Badawi.

Pada ketika itu, Tun Abdullah mahu melantik Tan Sri Nor dalam kabinetnya tanpa melalui tiket senator. Jadi Parlimen Tasek Gelugor dijadikan mangsa manakala Dato' Shariff dijadikan korban. Perlantikan Tan Sri Nor telah mengguris banyak pihak termasuk penduduk Tasek Gelugor dan Dato' Shariff sendiri. Dato' Shariff hilang semua jawatan apabila Tan Sri Nor dipergunakan sepenuhnya untuk menjatuhkan Dato' Shariff.

Bagi SMB Tan Sri Nor bukanlah seorang ahli politik yang hebat dan layak memimpin. Mungkin beliau memiliki kelebihan dan kepakaran dalam bidang ekonomi terutama dalam membuat perancangan atau pelan tindakan ekonomi namun tidak dalam bidang politik.

Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Tidak bekerja

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Semenjak Tan Sri Nor dipilih sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan ketika itu dilantik memegang portfolio Kementerian Kewangan oleh Tun Abdullah maka ramailah individu yang mengelar diri mereka sebagai penyokong dan pengikut setia Tan Sri Nor. Mereka-mereka ini pernah cuba untuk mempergunakan Dato' Shariff demi kepentinagn politik mereka tetapi gagal apabila Dato Shariff dengan pengalaman yang ada telah dapat mengesan niat serong golongan ini. Jadi, apabila Tan Sri Nor diumumkan sebagai calon Parlimen tasek Gelugor maka mereka inilah yang mula-mula bersorak riang. Mereka mula merangka strategi untuk mengusir Dato' Shariff dari politik dan Ustaz Shabuddin digunakan untuk mencabar Ketua Bahagian Tasek Gelugor.

Golongan ini ada antaranya telah berjaya memperoleh pelbagai projek bernilai jutaan ringgit sewaktu Tan Sri Nor menjadi Menteri Kewangan. Tetapi Allah itu Maha Kaya. Apabila Dato' Seri Najib dipilih menerajui kepimpinan negara menggantikan Tun Abdullah, beliau telah melakukan banyak rombakan kabinet. Antaranya termasuklah melibatkan Tan Sri Nor. Tan Sri Nor ditukarkan portfolio dari Menteri Kewangan ke Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri. Beliau kembali ke jawatan asal sebagai salah seorang perancang ekonomi negara. Tugas beliau hanyalah merancang dan tidak melibatkan peruntukan projek . Maka ramailah yang kecewa dengan rombakan yang berlaku.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.


"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya

Empat hari selepas ditahan oleh SPRM berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.

nor mohamed yakcopHasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.

Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009.

Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. - MalaysiaKini

Khamis, 10 Februari 2011

Anwar diberi kata dua !!! Jangan hampiri Merlimau atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat...

JASIN, 9 Feb -  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata formula MatJenPeCal akan sekali lagi menjadi asas bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac nanti.


Jelasnya formula tersebut meletakkan Matlamat untuk menang besar, Jentera yang kukuh dan bersepadu, Perpaduan menerusi Gagasan 1Malaysia dan Calon yang ditampilkan adalah yang calon yang terbaik dan diterima pengundi.

Menurut beliau BN sekarang berada dalam momentum yang terbaik setelah memenangi beberapa pilihanraya kecil lalu bermula di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi hingga yang terbaru di Tenang, Johor.

Peluang untuk BN terus kekal berkuasa di ADUN Merlimau sememangnya cerah. Berdasarkan rekod lampau, kerusi ini sememangnya menjadi milik mutlak BN tanpa pernah dimenangi sekalipun oleh barisan pembangkang. Jadi tidak salah untuk mengklasifikasikan DUN Merlimau sebagai salah satu kubu kuat BN di Melaka.

Apatah lagi jika dinilai momentum yang dimiliki oleh BN berdasarkan keputusan beberapa PRK yang baru lepas jelas menunjukkan bahawa BN berada di laluan yang tepat. Penerimaan rakyat dan keyakianan yang tinggi terhadap BN sebenarnya menjadi modal yang besar bagi memastikan kemenangan di Merlimau.

“Kejayaan BN ini mesti diteruskan di Merlimau menerusi asas formula MatJenPecal.  Merlimau terletak di sebuah negeri yang sudah mencapai status negeri maju maka pilihanraya kecil ini satu ujian buat BN.

“Jentera BN janganlah selesa sebab kalau kita ada strategi tentu saja pembangkang ada strategi juga nak lawan BN dan nak tebus malu kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini”, katanya ketika mengadakan pertemuan dengan jentera BN di sini, hari ini.

Malah beliau turut mengingatkan jentera BN sentiasa bersiap sedia dengan serangan jentera pihak lawan yang sudah tentu akan melancarkan tindakan luar biasa bagi menebus kekalahan berterusan mereka pada pilihanraya kecil lalu.

Namun begitu, Bn tidak boleh sama sekali memandang remeh terhadap usaha untuk mengekalkan kerusi DUN Merlimau. Setiap jentera parti BN termasuk sokongan dari komponen BN amat diperlukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dari kem pembangkang. Startegi yang digunapakai oleh BN hingga membawa kemenangan dalam PRK yang lepas perlu dikekalkan. Dalam masa yang sama, sebarang kelemahan yang wujud perlu diperbaiki dengan kadar segera.

Calon yang bakal dipertaruhkan oleh BN mestilah memenuhi kretirea yang diperlukan. Faktor calon turut memainkan peranan penting memandangkan tahap penilaian rakyat yang mahu melihat pemimpin yang bakal mewakili mereka mesti seorang yang berkelayakan dari segenap aspek. Bukan sahaja dari segi akedemik, malah cara berinteraksi, nilai-nilai murni yang dimiliki dan rekod lampau turut dititikberatkan oleh rakyat sebelum mereka memangkah calon yang dikehendaki.

“Kita tahu pembangkang terutama Pas tidak akan biarkan kita mendapat laluan mudah.  Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka”, ujarnya.

Mengenai fatwa-fatwa karut dan mengelirukan pengundi seperti mana kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada pilihanraya kecil DUN Tenang lalu, beliau berkata, ”Kita lupakan saja Nik Aziz dengan alamnya tanpa perlu kita letih fikirkan kenyataan-kenyataannya”.

Pembangkang yang bakal diwakili oleh PAS pastinya tidak akan memberi laluan mudah untuk BN memenangi kerusi DUN Merlimau. Apatah lagi luka kekalahan di DUN Tenang masih lagi berdarah. Namun begitu, situasi yang berlaku dalam Pakatan Rakyat banyak memberi kelebihan kepada BN. Menurut sumber, seperti di Tenang, kali ini PAS juga turut meminta Sang Anwar agar tidak turun membantu jentera kempen di Merlimau.

Kedudukan Sang Anwar dalam PR kini jelas menunjukkan bahawa dia merupakan liabiliti dalam Pakatan Rakyat. Pergolakan yang berlaku dalam PKR membuktikan bahawa rakyat sudah muak dengan corak politik Sang Anwar. PKR masih boleh bertahan hanya disebabkan kelebihan Anwar yang bijak memanipulasikan keadaan. Walhal jika dinilai berdasarkan kekuatan parti PR, jelas menunjukkan bahawa PAS lah yang memiliki kuasa pendesak manakala PKR sepenuhnya bergantung harap di atas kekuatan rakan sekutu seperti PAS dan DAP. 

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar. -MediaUMNO

PAS memang sial !!! PAS hanya bawa pulang penyokong parti mereka dan tinggalkan yang lain bersabung nyawa di Mesir...

KUALA LUMPUR 9 Feb – Wanita UMNO Malaysia kesal dengan sikap serta tindakan parti pembangkang yang cuba mempolitikkan program sambutan kepulangan rakyat Malaysia dari Mesir `Ops Piramid’ di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai landasan politik.


Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar menyifatkan perbuatan penyokong parti pembangkang yang `menangguk di air keroh’ dengan menyalah gunakan program itu untuk tujuan politik.
“Pembangkang seharusnya tidak menyalah guna program sambutan `Ops Piramid’ ini dengan mengambil kesempatan dan menjadikannya sebagai tempat untuk berpolitik. Ini satu perbuatan tidak bermaruah. Kalau nak berpolitik biarlah kena pada tempatnya bukan mengambil kesempatan.

“Program yang dilakukan oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia itu adalah bertujuan untuk membantu rakyat negara ini yang berada di Mesir pulang dengan selamat, tanpa ada sebarang agenda politik.
“Tapi ia sudah disalah guna, perbuatan penyokong Pas itu adalah suatu perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengamalkan sikap kepartian tanpa mengira tempat, mereka ini seperti orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira tempat atau keadaan asalkan ada peluang,”  katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian selepas menerima laporan berhubung sikap penyokong Pas yang hanya meraikan dan menyambut mereka yang dikenal pasti sebagai penyokong parti berdasarkan senarai nama yang dibekalkan kepada mereka.

SMB ingin melahirkan rasa simpati kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia dari Mesir melalui Ops Piramid. Rakyat Malaysia terutama para pelajar terpaksa menempuh kesukaran dan detik bahaya sewaktu berada di Mesir tatkala keadaan yang begitu meruncing dan sangat membahayakan nyawa. Dan apabila dibawa pulang, lebih menyedihkan lagi setelah melihat mereka ini dijadikan mangsa keadaan dan dipergunakan demi kepentingan politik pihak tak bertanggungjawab.

Rosni kesal dengan apa yang berlaku dan membidas sikap pembangkang yang tidak tahu berterima kasih di atas usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membawa rakyat negara ini pulang ke tanah air denganh selamat tanpa mengira kaum dan fahaman politik mereka.

“Sepatutnya kita bersama-sama menyambut dan meraikan kepulangan tanpa mengira siapa sahaja,  fahaman politik harus diketepikan , yang penting mereka selamat tiba di tanah air tanpa sebarang masalah.

“Itulah perangai pembangkang, kalau dulu mereka mengutuk dan menuduh kerajaan  lambat bertindak untuk membantu dan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir, kini mereka pula yang lebih-lebih dan ambil kesempatan untuk tujuan politik.

Bukanlah ucapan terima kasih yang dipinta oleh kerajaan tetapi sepatutnya sebagai sebuah parti yang mendakwa bahawa mereka membawa aspirasi Islam, menjadi tanggungjawab PAS untuk setidak-tidaknya melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Kerajaan BN tidak langsung membeza-bezakan antara penyokong BN atau pembangkang. Apa yang menjadi keutamaan adalah untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia selamat dari segala kecelakaan.

Belum lagi PAS dipilih menjadi sebuah kerajaan, PAS sudah menunjukkan sikap double standard. SMB percaya jika ketika ini PAS menjadi kerajaan Malaysia nescaya urusan pemindahan ini hanya akan berlaku kepada mereka yang sah menjadi penyokong mereka. Kepada rakyat yang menyokong BN, mereka perlu menyertai PAS serta merta atau akan ditinggalkan terkontang kanting menyabung nyawa di Mesir.

“Seharusnya apabila semuanya berjaya dan berjalan lancar, mereka harus mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di atas segala usaha yang dilakukan, bukannya mengambil kesempatan menjadikan program itu sebagai tempat untuk  berpolitik,” katanya. -MediaUMNO.

Rabu, 9 Februari 2011

PR mula mati akal tatkala PM sedang menyusun strategi baru bersama semua Ketua Bahagian UMNO...

KUALA LUMPUR, 8 Feb. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar sikap pakatan pembangkang yang sanggup memburuk-burukkan negara dengan meminta rakyat melakukan tindakan sia-sia bagi menjatuhkan kerajaan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO adalah sebuah kerajaan yang mantap dan sentisa melakukan yang terbaik demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Pembangkang kononnya cuba ikut apa yang dilakukan oleh rakyat di negara-negara seperti Mesir, Yaman dan Tunisia sedangkan keadaannya adalah berbeza iaitu rakyat di sini tidak ada yang tertindas atau ditindas sebaliknya sentiasa prihatin terhadap rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Pakatan Rakyat sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja asalkan populariti parti mereka berada di tahap tertinggi. Mereka gemar memainkan isu remeh dan langsung tak rasional bagi memastikan nama Pakatan Rakyat bermain di bibir rakyat. Bagi memenuhi aegnda jahat mereka maka rakyat yang tak berdosa sering dipertaruhkan. Merekalah yang membawa masuk budaya demostrasi jalanan kononnya atas nama reformasi dan keadilan. Akibatnya terpaksa ditelan oleh negara dan rakyat.

Dalam hal ini, beliau menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar menolak mana-mana pihak yang mahu menghuru-harakan negara ini.

“Saya berkeyakinan bahawa rakyat di negara kita ini matang dan sedar apatah lagi untuk melaksanakan perkara-perkara yang akan memburukkan keadaan, memusnahkan kemanan yang kita kecapi dan merosakkan kesejahteraan yang telah dibina,” ujarnya.

Tegasnya, pakatan pembangkang sekarang ini sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan ekoran pelbagai kegagalan dalam perancangan mereka selain pertelingkahan dan retaknya persefahaman dalam pakatan itu sendiri.

Rakyat Malaysia kini sebenarnya sudah jauh lebih bijak. Apa yang berlaku pada tahun 1999 tatkala bekas TPM, Sang Anwar dipecat tidak akan berulang lagi. Rakyat sedar tidak ada gunanya melakukan perkara tak berfaedah seperti berdemostrasi hanya disebabkan oleh manusia jahat seperti Anwar. Tidak sepatutnya keamanan dan keharmonian negara diperdagangkan hanya disebabkan Anwar apatah lagi kerajaan yang memimpin sekarang yakni BN telah berjaya membawa aspirasi sebenar, seperti mana yang diingini oleh rakyat Malaysia. 

Hanya mereka yang tidak tahu bersyukur tak langsung tidak menghargai keharmonian yang selama ini mereka kecapi sahaja yang mahu melihat negara bergolak. Antara negara yang mengalami kekacauan sekarang seperti Mesir dan Tunisia berbanding negara Malaysia sebenarnya amat jauh bezanya. Tidak pernah berlaku penindasan di Malaysia kerana selama ini kerajaan berusaha keras bagi memastikan seluruh rakyat menikmati apa yang sepatutnya. Malah kerajaan berusaha keras bagi membela nasib rakyat yang benar-benar memerlukan. Negera Malaysia juga mengamalkan konsep demokrasi sebenar dan konsep yang dipilih rakyat ini jugalah yang mengangkat BN sebagai sebuah kerajaan. Jadi tidak ada sebab yang konkrit yang memerlukan rakyat Malaysia bangkit seperti yang berlaku di Mesir.


“Pakatan pembangkang telah sekian lama retak, berpecah dan hampir pupus kerana orang sudah tidak percaya pada perjuangan mereka. Jadi mereka tentunya akan buat pelbagai onar untuk pastikan kehidupan mereka sebagai pembangkang akan dapat terus bernyawa.

“Mereka akan buat macam-macam keburukan seperti apa yang mereka disuarakan pada rakyat kononnya pemerintahan BN adalah pentadbiran yang rakus dan tidak pedulikan rakyat. Ini adalah satu pembohongan yang sangat besar,” tegasnya.

Dalam hal ini, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN turut membidas sikap pembangkang yang turut memanipulasikan pertemuan Perdana Menteri dengan Adli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak hujung minggu lalu.

“Pembangkang mulai gentar kerana selepas Program Transformasi Kerajaan (GTP), Government transformasi program, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kita ada Program Transformasi Politik yang ini telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan juga Perdana Menteri Malaysia.

“Tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri yang lepas iaitu bertemu dengan tiap-tiap Adun dan ahli-ahli Parlimen malahan pada 12 Februari ini Datuk Seri Najib akan bertemu dengan tiap-tiap ketua bahagian kerana ini merupakan trasformasi politik.”

PM Malaysia yakni Dato' Seri Najib melakukan banyak perubahan terutama dari segi pendekatan yang dibawa bagi memastikan kerajaan BN terus diterima rakyat. Usaha beliau yang melakukan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat dan akan datang dengan ketua-ketua bahagian merupakan satu lagi transformasi yang harus dipuji. Perkara ini tidak sepatutnya dipolitik. Ini menunjukkan PM komited terhadap tanggungjawabnya dan mahukan semua wakil rakyat BN turut komited terhadap tugas menjaga kawasan. 

Pertemuan yang diadakan juga bagi memastikan setiap wakil rakyat atau pemimpin di peringkat bahagian tidak hanya goyang kaki setelah berjaya menjadi pemimpin. PM mahu mendengar setiap permasalahan yang wujud di kawasan masing-masing. Dalam masa yang sama PM juga mahukan cadangan peyelesaian bagi setiapa masalah yang timbul. Kalau tidak dapat diselesaikan serentak, setidak-tidaknya rangka cadangan perlu disediakan dan kerajaan boleh memilih yang mana yang menjadi keutamaan.

Ujarnya lagi, dengan perancangan rapi dan pelaksanaan yang lancar maka pembangkang semakin gentar kerana mereka tahu bahawa agenda dan pembohongan mereka akan terus gagal.

“Melalui pertemuan yang berlangsung antara Perdana Menteri dan semua ADUN maka tentunya transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan akan sampai hingga ke akar umbi.

Tambahnya, pakatan pembangkang cuba memancing populariti dengan isu-isu lapuk yang mula dimainkan semula oleh mereka termasuklah membangkitkan hal-hal berkaitan peribumi Sarawak.

Saya baru-baru ini terbaca dalam media elektronik dimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah menyebut jika sekiranya pakatan pembangkang mendapat kuasa dan berkerajaan maka orang pertama yang akan dikenakan ISA ialah Tun Dr. Mahathir serta kemudiannya diri saya. Persoalannya kenapa mereka nak kenakan saya. Inilah bukti kerakusan mereka, tetapi janganlah mereka berangan-angan kerana impian mereka hanya ibarat angan-angan Mat Jenin. - UMNO Online

Memilih Pakatan Rakyat menjadi sebuah kerajaan adalah merupakan satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Pakatan Rakyat terutama PKR dan PAS sepatutnya menumpukan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti mereka sebelum mula bercakap soal nasional dan untuk menjadi kerajaan. Kepincangan yang berlaku dalam PKR hingga membawa kepada keluarnya pemimpin dan pengasas parti mereka secara besar-besaran menjadi bukti bahawa PKR tidak layak untuk memimpin sebuah negara. Mereka bercakap tentang ketelusan, demokrasi dan keadilan tapi dalam masa yang sama mereka gagal melaksanakannya walaupun dalam peringkat parti mereka sendiri.



Selasa, 8 Februari 2011

Shamsidar rindukan saat ber'karaoke' bersama Sang Anwar yang dicintai...

 Ikuti pendedahan menarik dari rakan blogger SMB...

1. Heboh AnWAR menyumbangkan suara dalam album tajaan Ahli Parlimen Kelana Jaya (laporan mstar/hiburan). Siap berduet dengan Elizabeth Wong lagi! Ini bukanlah senario luar biasa bagi Ketua Pembangkang itu. Azizah tahu AnWAR gemar berduet dengan Shamsidar menyampaikan lagu Endless Love, setiap kali meraikan harijadi AnWAR.

2. Di rumah AnWAR juga dalam program-program tertentu, mereka akan berduet. Setiap kali berduet, muka Azizah akan mencuka.Menurut sumber, AnWAR ada 'think-tank' yang yang dikenali sebagai "Guitar Group". Antara ahlinya ialah Faiz Abdullah (gambar), seorang peguam dan bekas proksi AnWAR di NST.

3. Yang lain ialah Rahman Adnan, bekas Pengarah IKD, juga pernah menjadi Pegawai Penyelidik di Parlimen Malaysia (tidak pasti masih ada atau tidak) dan beberapa lagi teman rapat mereka di IKD seperti Abu Bakar Hashim (ex NST). Bila AnWAR memanggil kumpulan ini ke rumah, maknanya beliau mahu relaks dan bersantai.

4. AnWAR akan bernyanyi sambil Faiz bermain piano dan Rahman Adnan/Bakar akan memetik gitar. Mereka bernyanyi riang sambil bertepuk tangan. Tanpa segan silu, AnWAR akan menjemput Shamsidar menyanyi bersama beliau. Azizah mencuka, manakala Azmin diam sahaja melihat isterinya menjiwai lagu-lagu bersama AnWAR!

5. Antara lagu kegemaran AnWAR ialah It's Now or Never (Elvis Presley) dan Beautiful Maria of My Soul dendangan Los Lobos. Endless love (spt yg dikatakan tadi) adalah lagu 'istimewa' duet AnWAR dan Shamsidar. Hanya mereka sahaja yang menyanyi dengan penuh minat dan teruja. Tetamu lain hanyalah anak-anak AnWAR dan 'senior staff' AnWAR.

6. Ini adalah penceritaan dari mereka yang rapat dengan AnWAR. Banyak yang terkejut mengetahui 'perangai' seorang bekas Presiden ABIM yang begini. Dalam video-video yang kita lihat dlm khazanah, lagak nyanyian dan tarian AnWAR tidak canggung langsung. Langkah tarian diatur amat bersahaja dan penuh pengalaman.

7. Jangan terkejut jika AnWAR kata beliau kekok menyanyi dan menari. Itu hanya putar alam beliau menunjukkan kepada PAS dan ulama' beliau dipaksa melakukan perkara-perkara demikian, walhal beliau gemar dan rela melakukannya. Jangan tertipu apabila buka mulut menyatakan beliau sungguh kekok untuk menyanyi....

Jika ada sebarang keraguan, bolehlah dirujuk tentang kepandaian AnWAR ini kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.......

Sumber - X-PKR.blogspot.com








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE